Saturday, 22 December 2007

Happy birthday..aiman


Feelings...
Something that we felt inside
something touchy…
Above is not a poem, it is just a thought of what I think about feelings.
I’m hard when it comes about feelings.
Or you can simple say feeling less.
I don’t know how and why I come to that eventually at this point in my life.



Yesterday, I had celebration Eid with my beloved kids and hubby at HIMEAD.
Kesempatan berkumpul di situ bersama warga Lampeter ...so I and honey mengadakan surprise birthday party for Aiman yang suppose diraikan last week.
He was so happy and delighted when we treated him with ‘birthday cake’…


Dearest Aiman..
If I was sitting down to write
a birthday card to you today
i would to search my heart to find the words
I'd really to say

From the moment of your birth
you've the treasure of my heart
you're my love and my dearest son
the best that heaven could impart

no greater joy my life could bring
than to give my life away
for all I give, is then to you
my heart of love on your birthday

May Allah bless you my dearest
On this your special day Melihat keriangan wajah anak2 tersayang…syukurku pada Illahi atas kurniaan ini..mohon ku padaNya moga kebahagiaan ini dirahmatiNya…and my wish also I hope that my presence and my life are of beneficial, every second....every second...
On top of everything, I would be happy if people around me are happy.

Wednesday, 19 December 2007

Salam Eid al-Adha



Caption: Shahidi A Hamid

Lokasi Pengirim: HIMEAD, Wales

Nama Penerima: Hjh Sa'adiah, Hj Abdul Majid dan Pn Rohani

Lokasi Penerima: Negeri Sembilan & Kedah

Ucapan:
Buat bonda di Tampin NS, ayahanda dan bonda di Jabi Alor Setar, abang-abang, adik-adik, kakak-kakak dan adik-adik ipar, sanak saudara serta rakan-rakan yang mengingati kami di sini. Salam Eid al-Adha dari kami di perantauan.
Di kejauhan ini kami mohon kemaafan tulus ikhlas; Zahir dan Batin.

Pengenalan Gambar: Shahidi, Latifah, Shahmie, Kamilia & Ayman

E-mel Pengirim: zedic04 @ yahoo.co.uk


location: di atas gunung Alps, Bregentz, Austria





Tuesday, 18 December 2007

Happy Eid al-Adha

















Allah Akbar
Allah Akbar
Allah Akbar
La Ilaha Illa Allahu wa Allah Akbar
Allah Akbar walillahi al-hamd..

bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Allah..
menyambut salam al-Adha dari jemaah di Arafah

InsyaAllah esok umat Islam di UK akan menyambut Eid al-Adha bersama umat Islam di Saudi
Malaysia pula sehari selepasnya..
sempena sambutan Eid tahun ni..
besar jugalah program yang dirancang oleh warga Lampeter..
dengar2 12 ekor sheep dan 4 lamb akan dikorban..
seperti kebiasaan tahun2 lepas juga..
kami akan bersolat sunat hariraya di HIMEAD bersama warga Arab di sana
dan kemudiannya akan diadakan jamuan ringan..
emmm..makan lagi..

Saturday, 15 December 2007

tudor house


The name Tudor suggests that these houses imitate English
architecture from the early 16th century.
However, most Tudor style homes were inspired by building techniques from an earlier time. Some Tudor houses mimic humble Medieval cottages -
They may even include a false thatched roof.
Other Tudor homes borrow ideas from late Medieval palaces.
They may have overlapping gables, prapets,
and beautifully patterned brick or stonework.
These historic details combine with Victorian or Craftsman flourishes.


more info bolehlah google mana2 website kat internet.


kesian juga aku tengok my hubby and my elder son bertungkus lumus ..
'build and design' school project yang suppose disubmit before xmas holiday..
aku pulak hal2 kretiviti ni..memang tangan aku kaku..
setakat tolong 'cut and paste' bolehla..hee..hee



alhamdulillah
setelah seharian mengerah tenaga
siap juga akhirnya

memory indah di Dhu al-Hijjah


''...bulan haji telah tiba lagi
menunaikan ibadah
panggilan Bait Allah
tanah suci Makkah
ya Makka al-Mukarramah..''

emmh.. tak berapa ingat tajuk lagunya..
tak berapa ingat juga liriknya
namun itulah 'song' yang sentiasa berkumandang bila Dhu al-Hijjah menjelma

teringat suatu waktu dulu..
ketika bersama mak dan ayah berserta penduduk kampung menghantar tok dan jemaah haji lain di airport Bayan Lepas Pulau Pinang..
aku hairan bila tengok jemaah yang menghantar lebih ramai dari mereka yang akan bergelar 'Haji atau Hajjah'..
dari kanak2 kecil hingga tok tokwan yang bertongkat
ada yang pergi dengan kereta
ada juga yang pergi dengan rombongan bas
meriah betul suasana tika tu...
lagi satu..yang aku hairan tu...mengapa diaorang asyik minta maaf sambil nangis2..
bila aku tanya mak..
mak kata..diaorang nak pergi jauh..tak tahu balik lagi ke tidak..
tapi..sebenarnya bukan jawapan mak yang aku nak tahu..
yang pentingnya bagi aku dan abang udin..
masa nilah kesempatan bagi kami
dapat pergi jalan-jalan..
naik bas ramai-ramai..
makan-makan kat padang Kota Lama
emmh..indahnya..kenangan waktu itu..

album di aberaeron


ku selitkan di sini album kenangan aberaeron
di akhir musim luruh
bersama honey tersayang
walau hampir dua tahun menetap di Lampeter
namun..inilah kali pertama bergambar di sini









Lampeter 'night'





Assalamualaykum
ketak.. ketuk ketak ketuk..
pantas jejariku berlari larian dikeyboard
ahh..banyaknyerrrr nak kena edittt
emh masih terlalu awal untuk rehat
ring...ring...deringan telefon..
huh pantas melontarkan aku kembali ke ruang empat segi kamar sepi ini
emmm rupanya Seri yang call bagitahu ada pasar malam kat town..
ye ke..cam tak caya je..
tapi camna nak poie...
sojuk kat luar..
apa kata tanya hubby..

















walaupun dalam kesejukan winter,
ramai jugalah rakyat Lampeter yang keluar memeriahkan suasana..


















dalam setengah jam..aku dah mula menggigil..
tak tahan...sojuknya..aku ajak balik ..
emm..pekena kopi panas lagi sodap..



Tuesday, 4 December 2007

all these dreams have died..


ketika membaca dan meniliti kandungan 'Muslim News' tersentuh di hati ini..
betapa sengsaranya umat Islam di negara 'penjajah'
teringat aku pada keluhan seorang teman..
Rayhana namanya..seorang Muslimah dari Pakistan yang sudah lama menetap di Newcastle..
menempuhi perjalanan kehidupan di sini amat memeritkan baginya
bagai mengharap 'mimpi indah' menjadi kenyataan
seperti katanya padaku..

to learn from each others,
the richness our differences
to share our smile and tears
in one united body
to be as loyal as swans
to be at peace; with all guns grown silent
a word of love and harmony
the music of understanding filling the air
healing the dance of life
expectant like blossom
remembering hope like the days of our childhood
yet..
all these dreams have died..

Monday, 3 December 2007

..tetamu Allah

..seringkali teringat kenangan indah di Makkah al-Mukarramah
bersama arwah tok, adik syed n paklang sefamily ketika mengerjakan ibadah umrah dua belas tahun yang lalu
kenangan ketika pertama kali menjadi tetamu Allah
kenangan ketika perjalanan ke Madinah al-Munawwarah
kenangan ketika menziarahi maqam Rasulullah s.a.w
.. kesayuan di saat berangkat pulang
serasakan baru berlalu...
mohonku padaNya
moga aku diterima lagi menjadi tetamuNya...
insyaAllah bersama hubby tercinta
dan InsyaAllah bermula hari esok 04 December , emak dan ayah pula akan menjadi tetamu Allah di sana..

doaku dari kejauhan ...
moga mak dan ayah selamat berangkat ke sana
doaku jua ...
moga mak dan ayah menjalani segala ibadah dengan sempurna
doaku lagi ...
moga emak dan ayah dikurniakan nikmat kesihatan yang terbaik
doaku seterusnya...
moga mak dan ayah mendapat haji yang mabrur
doaku buat sekian kalinya ...
moga mak dan ayah dipanjangkan umur hendaknya
doaku tiada putusnya...
moga mak dan ayah selamat kembali ke tanah air
doaku tiada hentinya...
moga kerinduan di hati ini
tertunai jua akhirnya nanti...