..anyone can carry any burden..however hard until nightfall.. anyone can do his work however hard for one day..anyone can live sweetly..patiently ..lovingly..purely..till the sun goes down.turns to the Creator without doubt...and this is all life really means If you lose your way..believe in a better day..trials will come..But surely they will fade away..if you just believe..What is plain to see Just open your heart..and let His love flow through
Sunday, 31 January 2010
Mutiara kata Al-Qarni
duhai teman2ku..
Al-Qarni pernah bermadah:
Jalan yang paling selamat adalah jalan menuju ke rumah.
Hari yang paling indah adalah hari yang diisi dengan amal soleh.
saat yang paling buruk adalah ketika engkau melakukan kejahatan terhadap orang lain.
Kebahagiaan itu adalah ketika mushaf menjadi kawan anda,
kerja anda menjadi kesukaan anda,
rumah anda menjadi tempat ibadah anda, dan
perbendaharaan anda adalah sifat Qanaah anda.
Monday, 25 January 2010
monologue
Hidup dikelilingi sahabat-sahabat yang baik adalah satu nikmat. Namun kesibukan membuat aku terpaksa meminggir diri hingga wujud benteng pemisah dengan kawan-kawan lama.
Keadaan hidup dan perjalanan karier membuat ramai kawan lama tercicir dari kehidupan aku. Bukan tidak pernah terkenang saat-saat indah itu tapi bila usia semakin meningkat, kita menjadi lebih matang menyimpan rasa, hinggakan istilah best friend itu bagaikan tidak membawa erti apa-apa lagi.
Dan aku semakin yakin setiap apa yang ditakdirkan terjadi mempunyai hikmahnya sendiri. Kata orang, kawan lama umpama pakaian basahan, yang cukup selesa di badan.
Begitu ramai kenalan yang pernah 'singgah' dalam hidup ini tapi hanya segelintir sahaja yang layak digelar sahabat.
Bagi aku darjat seorang sahabat itu begitu istimewa sekali kerana ia menuntut pengorbanan, kesetiaan dan juga sekeping hati yang mulia untuk memaafkan segala kesalahan.
Memang bertuah kalau kita dianugerahkan sahabat sejati. Bagi aku, makam seorang sahabat bak sebutir permata yang perlu dijaga dengan rapi. Kecuaian dan sikap suka menyendiri membuat aku hilang beberapa permata yang pernah aku simpan selama ini dan itulah antara kesilapan besar aku.
Alangkah bodohnya, bila permata itu hilang satu demi satu, tidak pula aku mencari kerana kononnya pasrah dengan takdir yang telah diatur sedangkan hati ini meruntun setiapkali terkenang.
Dan Tuhan itu sebijak-bijak perancang dan tahu apa yang terbaik untuk hambanya apabila mengirimkan semula satu demi satu permata yang hilang dalam pelbagai cara dan keadaan.
Sebelum berangkat ke tanah suci aku dipertemukan sekali lagi sahabat yang kukenal di perantauan. Ketelusan bersahabat dengan Seri membuat hidup aku dan anak-anak lebih bermakna. Kunjungannya bersama family menjadikan kegembiraanku berganda, disambut penuh kesyukuran kerana diberikan peluang kedua.
Akhir tahun lalu di bumi Rasulullah s.a.w sewaktu menunggu memasuki Raudhah , aku diketemukan semula dengan Miza, seorang sahabat lama di alam persekolahan. Alangkah manisnya saat pertemuan itu. Aku teringat saat senda gurau, hilai ketawa dan tunjuk ajar darinya, Jidah, Kak Za, Faez, CT, Noor, Kak Eda menjadi hari-hari aku begitu indah sekali suatu waktu dulu. Merekalah pendorong dan penawar segala kisah duka aku yang tidak berkesudahan.
Alangkah indahnya saat-saat seperti itu, andai kata aku masih dapat bersama Asma’, Nafizah, Suhaini, Anisah, Ruzana, Kak Gee, Zura dan Seriaton. Aku terus mencari kerinduan di wajah-wajah itu dan bergelut dengan seribu riak duka kerana kebahagiaan aku pernah diragut sekelip mata.
Yang pasti, wajah-wajah mereka akan terus terakam di dalam hati ini meski waktu akan terus memisahkan kami.
Jangan ditanya kenapa aku tidak mencari semua ‘permata hatiku’ itu selama ini kerana aku sudah pun berasa cukup berdosa mensia-siakan kesemua anugerah berharga itu.
Monday, 4 January 2010
sometimes..
kerinduan pada alharamayn kembali berputik semula ketika mana kaki baru saja melangkah masuk ke tempat kerja.. univ..
memenuhi rutin seharian..
menyibukkan diri dengan lecture notes yang belum terusik..
semester break for the semester 1 dah berakhir..kat depan bilik aku dah ramai student yang bertandang mencari bilik lecturer dan booking class tutorial
memenuhi rutin seharian..
menyibukkan diri dengan lecture notes yang belum terusik..
semester break for the semester 1 dah berakhir..kat depan bilik aku dah ramai student yang bertandang mencari bilik lecturer dan booking class tutorial
Subscribe to:
Posts (Atom)