Tuesday, 28 September 2010

Perlukah aku khabarkan...

lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang..
tapi dalam hati terpendam persoalan....
perlukah aku khabarkan yang kualami....
apakah akan terjawab semua
perlukah aku buka keaibanmu.....
SEMUAnya terletak dalam hati KECILku..
segala KEBENARAN atau penjelasanku.....
mempunyai pelbagai tafsiran yang tersembunyi ...
Ku mohon padaMu Tuhan....
berikanlah kekuatan
untukku menghadapi semua ini
Tuhan..
ku terus berserah..
berikan aku hidayah
agar tidak tersalah arah
atau 
tersilap langkah

Sunday, 26 September 2010

Thursday, 23 September 2010

open your eyes

this lovely lyrics by maher zain to my lovely kids..shahmie, kamilia and ayman
     ..wish all of you in blessing Allah s.w.t always and forever..insyaAllah

...look around yourself, can't you see this wonder spreading from the view, the clouds floating by, the skies are clear and blue, planets in the orbit, the moon and the sun such a perfect harmony..
...
    Let starts question in ourselves..
                isn't this proof enough for us,or are we blind to push it all aside..?
  we just have to open our eyes, our hearts, our minds
           ...if we just look bright to see the signs, we cant keep hiding from the truth

...
           let it take us by surprise, take us in the best way, guide us in every single day
     keep close to You until the end of time
         look inside yourself such a perfect order, hiding in yourself running i your vains
               what about anger love and pain and all the things you're feeling..?
     can you touch them with your hands? so are they really there
...
     lets starts question in ourselves
                  isn't this proof enough for us
                   or are we blind to push it all aside..?
     we just to open our eyes , our hearts, our minds ..if we just look bright to see the signs, we cant keep hiding from the truth

...
               let it take us by surprise, take us in the best way, guide us in every single day
                 keep close to You until the end of time
                    when a baby's born so helpless and weak and you watching him growing
                   .....so why deny..what it is in front of your eyes..the miracles of life
Allah.. You created everything..
we belong to You..we raise our hands and forever thank you

Wednesday, 22 September 2010

kisah seorang teman..

Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Monday, 20 September 2010

Bonds of Love..dedicated to my lovely kids

It's true that we don't know what we've got until we lose it
but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives

why are you so sad
and why is it so bad
when someones leaves you behind
won't you ever know
don't you realize
it's just a part of life
when you fall in love
with someone some time
it's smile with a broken heart
oh falling in Allah
with Allah
the bonds of love survive
no mountain too high when there's way
no rivers too wide when there's way
come to Allah you never fail
the truth's so close it shall prevail
Allah..we belong to You
and everything we do 
we do it all for You
Allah always by our side
guiding us to the light
everything shines bright
no matter day or light



Sunday, 19 September 2010

Beautiful Recitation By Muhammad Al Mohaisany-Surah Rahman

Doa Sheikh Muhammad Al Mohaisany Untuk Umat Islam Sedunia

happy eid al mubarak

masih belum terlewat utk aku mengucapkan
salam syawal dan salam aidilfitri buat semua umat Islam..
doaku di pagi syawal..
moga lebaran syawal disambut dengan penuh kegembiraan dan ketaqwaan pada Allah swt
moga hidupku dan kalian semua dilimpahi kasih sayang dan rahmat dariNya yang tidak putus..
moga ada sirna kebahagiaan dan kedamaian di penghujungnya..insyaAllah