Wahai anakku,
Ingatlah Allah membuat dunia ini berputar. Ketika
burung hidup, semut adalah makanannya. Tapi apabila burung mati, semut
memakannya pula. Sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis. Tapi
hanya sebatang mancis untuk membakar berjuta pokok.
Wahai anakku,
...
Keadaan boleh berubah dalam sekelip mata... jangan sesekali menyusahkan
atau melukakan seseorang di hidup ini. Ingatlah engkau mungkin berkuasa
hari ini tapi masa adalah lebih berkuasa daripada engkau.
..anyone can carry any burden..however hard until nightfall.. anyone can do his work however hard for one day..anyone can live sweetly..patiently ..lovingly..purely..till the sun goes down.turns to the Creator without doubt...and this is all life really means If you lose your way..believe in a better day..trials will come..But surely they will fade away..if you just believe..What is plain to see Just open your heart..and let His love flow through
Tuesday, 28 May 2013
Sunday, 26 May 2013
ulama berhujjah tentang muzik
HUJJAH ULAMA YG MEMBENARKAN MUZIK / ALAT MUZIK
Terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau
muzik. Dr. Wahbah menyebut bahawa Imam Malik, az-Zohiriyyah dan
sekumpulan ulamak sufi mengharuskan mendengar nyanyian walaupun
bersama-sama dengan alat muzik seperti al-‘ud (alat muzik bertali
seperti gitar dan seumpamanya) dan lainnya. Inilah pendapat sekumpulan
para sahabat seperti Ibnu Umar, Abdullah bin Ja’afar, Abdullah bin
az-Zubair, Mu’awiyyah, Amru bin al-‘As dan lain-lain. Begitu juga
pendapat sebahagian tabi’ien seperti Said bin al-Musayyab.
Antara ulamak yang mengharuskan muzik juga ialah As-Syeikh Mahmud
Syaltut. Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al-Fatawa Dirasah li
Musykilat al-Muslim al-Mu’asir fi Hayatihi al-Yaumiyyah wa al ‘Ammah di
mana katanya:
“ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara
yang merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau
suara manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan
pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan
daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.
Selain itu, Dr.
Ahmad as-Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa ulamak dalam kitabnya
Yas’alunaka ‘an ad-Din wa al-Hayah dalam perkara mendengar muzik dan
nyanyian. Daripada perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa beliau
berpendapat, fatwa al-‘Allamah as-Syeikh Mahmud Syaltut itu adalah
pendapat pertengahan yang adil di antara ulamak yang mengharamkan dan
ulamak yang mengharuskan dalam perkara muzik dan nyanyian itu.
Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi menegaskan dalam kitabnya
Idhoh ad-Dilalat fi Sama’i al-Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam
masalah yang berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) - bahawa
hukum haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan dalam hadis
bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian
yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang
demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti suara
burung juga termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulamak telah
bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah
dihukum haram. Bahkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik dihukum
haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta
dengannya dan juga yang membawa kepada “al-Lahwu”. Menurut beliau
“al-Lahwu” ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia
lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah
serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan
dilarang oleh syariat.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa
sesiapa yang memerhatikan semua hadis yang datang daripada Rasulullah
sollallahu ‘alaihi wasallam mengenai alat-alat muzik ini, dia akan
mendapati larangan-larangan tersebut dikaitkan dengan menyebut ‘
al-Malahi ’ – iaitu perkara-perkara yang melalaikan - dan juga menyebut
tentang arak, penyanyi-penyanyi perempuan yang mendedahkan aurat,
perkara-perkara keji dan kefasikan bersamanya. Ini bermakna ia dihukum
haram dengan sebab perkara-perkara haram tersebut bukannya alat muzik
itu sendiri. Hadis-hadis yang tidak menyebutkan perkara-perkara tersebut
adalah hadis-hadis Ahad yang tidak boleh dithabitkan hukum dengannya
secara qot’ie (putus dan muktamad). Bahkan hadis-hadis yang bersifat
mutlak (umum) ini, dikhususkan oleh hadis-hadis yang menyebut tentang
perkara-perkara haram yang mengiringi permainan muzik. Dengan itu, maka
hadis-hadis yang menyebut tentang pengharaman alat-alat muzik hendaklah
dilihat dalam konteks bahawa ianya disertai dengan perkara-perkara haram
dan boleh menyebabkan kelalaian kerana di sana terdapat hadis yang
melarang bermain muzik dikaitkan dengan perkara tersebut.
Beliau juga mensyaratkan tujuan dan niat yang baik walaupun tidak
disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan ketika bermain
muzik dan mendengar nyanyian yang diharuskan. Niat memainkan peranan.
Sekiranya dia mempunyai niat atau cita-cita yang tidak baik melalui alat
muzik yang dimainkan serta nyanyian harus yang didengarinya seperti
bercita-cita atau berkhayal meminum arak, berfoya-berfoya dan berseronok
dengan perempuan ketika bermain muzik dan mendengar lagu itu atau dia
mahu kalau boleh perkara tersebut ada dalam majlis tersebut, maka
hukumnya adalah haram juga. Peranan niat yang membawa kesan kepada hukum
harus dan haram ini samalah seperti peranan niat ketika membaca
al-Quran bagi mereka yang berada dalam keadaan berhadas besar. Jika dia
berniat membaca al-Quran maka hukumnya adalah haram dan jika berniat
zikir maka hukumnya adalah harus. Begitu juga seseorang yang minum air
teh dengan niat minum arak dan juga seorang suami yang bersetubuh dengan
isteri dalam keadaan dia niat menggauli atau menggambarkan isterinya
itu adalah perempuan tertentu yang bukan isterinya maka kedua keadaan
tersebut, hukumnya adalah haram.
Pendapat Al-‘Allamah as-Syeikh
Abdul Ghani an-Nabulsi ini turut dipersetujui oleh al Ustaz Mustofa
Ahmad az-Zarqa sebagaimana tersebut dalam kitabnya Fatawa Mustofa
az-Zarqa. Bahkan beliau turut memperakui bahawa kitab karangan
Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi tersebut adalah sebagai
rujukan terbaik dalam mengetahui hukum yang berkait dengan masalah
alat-alat muzik. Dalam kitab Fatawanya juga, al-Ustaz Mustofa Ahmad
az-Zarqa telah menukilkan pandangan al-‘Allamah Ibnu ‘Abidin r.a. dalam
Hasyiahnya, syarah kepada kitab Raddu al-Mukhtar di mana nas
kata-katanya ialah:
“Aku berpendapat: Ini semua memberi maksud
bahawa alat-alat muzik itu bukanlah haram kerana alat muzik itu sendiri,
tetapi ia di sebabkan al-lahwu (iaitu disertai dengan perkara-perkara
haram dan melalaikan daripada menunaikan tanggunggjawab dan kewajipan
kepada Allah). Hukum ini sama sahaja sama ada orang yang mendengarnya
atau bermain menggunakannya ”. Beliau seterusnya menegaskan “ Apakah
kamu tidak lihat bahawa hukum bermain alat muzik itu, kadang-kadang
harus dan kadang-kadang dihukum haram. Ini semua adalah disebabkan
perbezaan niat dan tujuan mendengarnya. Dan sesungguhnya setiap perkara
itu adalah berdasarkan kepada tujuan dan niatnya ”.
Di
antara ulamak mutakhir di zaman kita ini yang sependapat dengan golongan
ulamak yang kedua ini ialah as-Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhowi sebagaimana
dijelaskan dan dihuraikan dengan pangjang lebar dalam kitabnya Malamih
al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nansyuduhu - ( Ciri-ciri unggul masyarakat
Islam yang kita idamkan) - dan juga al Halal wa al-Haram fi al-Islam - (
Halal dan haram dalam Islam ). Dalam huraian tersebut beliau telah
menolak hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan
alat-alat muzik dengan menyatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan
mengenai alat-alat muzik adalah dipertikaikan kesahihannya.
Sekalipun terdapat hadis-hadis yang menjadi hujjah kepada golongan yang
mengharamkan alat-alat muzik, disebutkan di dalam kitab Sahih al-Bukhari
tetapi ia termasuk dalam kategori “ al- Mu’allaqat” bukan termasuk
dalam kategori hadis yang sanadnya bersambung. Pada sanadnya terdapat
seorang perawi Hisyam bin Ibn ‘Ammar yang dipersoalkan oleh sebahagian
ahli hadis. Abu Daud berkata tentangnya: Beliau meriwayatkan empat ratus
hadis yang tidak mempunyai sebarang sandaran. Imam Ahmad berkata: Dia
tidak teliti dan lemah akal. Al-Hafiz az-Zahabi pernah berkata
mengenainya: Beliau jujur dan banyak riwayat, namun ada perkara yang
tidak disenangi tentangnya. Selain daripada dipertikaikan kesahihannya,
pendalilannya juga dipertikaikan. Ini kerana perkataan al-ma’azif
sebagaimana dalam hadis tersebut belum ada persepakatan tentang maknanya
secara tepat. Menurut sebahagian orang ia bermaksud “
permainan-permainan ”. Ini sangat umum. Ada juga yang mengatakan ia
bermakna “ alat-alat muzik ”.
Selain itu, hadis itu juga tidak
mempunyai makna yang jelas tentang pengharamannya kerana ungkapan (
يستحلون –yang diterjemahkan dengan makna mereka menghalalkan ) dalam
hadis itu mempunyai dua makna sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn
al-‘Arabi. Makna pertama ialah dengan makna hakiki bukan majazi iaitu
mereka beriktikad bahawa perkara tersebut adalah halal. Makna kedua: ia
adalah kiasan (majaz) yang bermaksud bermudah-mudah menggunakan perkara
tersebut. Beliau juga telah menegaskan bahawa hadis ini adalah
menjelaskan tentang perilaku sekelompok manusia yang tenggelam dalam
kemewahan, kefoyaan dan arak. Mereka dikelilingi oleh arak dan wanita,
permainan dan nyanyian serta zina dan sutera. Oleh itu kita dapati Ibn
Majah meriwayatkan hadis ini dari Abu Malik al Asy’ari dengan lafaz yang
bermaksud:
“Akan ada di kalangan umatKu yang akan meminum
arak yang dinamakan dengan nama lain. Kepala-kepala mereka dipenuhi
dengan alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan
memasukkan mereka ke dalam tanah dan akan menggantikan rupa mereka
dengan rupa kera dan babi ”.
Perkara yang sama juga telah
diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya dan al-Bukhari dalam
kitab Tarikhnya. Setiap mereka yang meriwayatkan hadis inibukan melalui
Hisyam Ibn ‘Ammar meletakkan ancaman itu ke atas orang yang meminum arak
dan bukannya pada alat-alat muzik tersebut. Alat-alat muzik tersebut
hanya dijadikan sebagai penyempurna dan yang mengikuti mereka.
blossom love..
Words could never explain how I feel about
you, but I hope you know that I truly Love You two! Ya Rabb.. may You
continue shower upon them with your blessings and care..Allahumma ameen
ya Rabb
Subscribe to:
Posts (Atom)