Saturday, 22 December 2007

Happy birthday..aiman


Feelings...
Something that we felt inside
something touchy…
Above is not a poem, it is just a thought of what I think about feelings.
I’m hard when it comes about feelings.
Or you can simple say feeling less.
I don’t know how and why I come to that eventually at this point in my life.



Yesterday, I had celebration Eid with my beloved kids and hubby at HIMEAD.
Kesempatan berkumpul di situ bersama warga Lampeter ...so I and honey mengadakan surprise birthday party for Aiman yang suppose diraikan last week.
He was so happy and delighted when we treated him with ‘birthday cake’…


Dearest Aiman..
If I was sitting down to write
a birthday card to you today
i would to search my heart to find the words
I'd really to say

From the moment of your birth
you've the treasure of my heart
you're my love and my dearest son
the best that heaven could impart

no greater joy my life could bring
than to give my life away
for all I give, is then to you
my heart of love on your birthday

May Allah bless you my dearest
On this your special day Melihat keriangan wajah anak2 tersayang…syukurku pada Illahi atas kurniaan ini..mohon ku padaNya moga kebahagiaan ini dirahmatiNya…and my wish also I hope that my presence and my life are of beneficial, every second....every second...
On top of everything, I would be happy if people around me are happy.

Wednesday, 19 December 2007

Salam Eid al-Adha



Caption: Shahidi A Hamid

Lokasi Pengirim: HIMEAD, Wales

Nama Penerima: Hjh Sa'adiah, Hj Abdul Majid dan Pn Rohani

Lokasi Penerima: Negeri Sembilan & Kedah

Ucapan:
Buat bonda di Tampin NS, ayahanda dan bonda di Jabi Alor Setar, abang-abang, adik-adik, kakak-kakak dan adik-adik ipar, sanak saudara serta rakan-rakan yang mengingati kami di sini. Salam Eid al-Adha dari kami di perantauan.
Di kejauhan ini kami mohon kemaafan tulus ikhlas; Zahir dan Batin.

Pengenalan Gambar: Shahidi, Latifah, Shahmie, Kamilia & Ayman

E-mel Pengirim: zedic04 @ yahoo.co.uk


location: di atas gunung Alps, Bregentz, Austria





Tuesday, 18 December 2007

Happy Eid al-Adha

















Allah Akbar
Allah Akbar
Allah Akbar
La Ilaha Illa Allahu wa Allah Akbar
Allah Akbar walillahi al-hamd..

bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Allah..
menyambut salam al-Adha dari jemaah di Arafah

InsyaAllah esok umat Islam di UK akan menyambut Eid al-Adha bersama umat Islam di Saudi
Malaysia pula sehari selepasnya..
sempena sambutan Eid tahun ni..
besar jugalah program yang dirancang oleh warga Lampeter..
dengar2 12 ekor sheep dan 4 lamb akan dikorban..
seperti kebiasaan tahun2 lepas juga..
kami akan bersolat sunat hariraya di HIMEAD bersama warga Arab di sana
dan kemudiannya akan diadakan jamuan ringan..
emmm..makan lagi..

Saturday, 15 December 2007

tudor house


The name Tudor suggests that these houses imitate English
architecture from the early 16th century.
However, most Tudor style homes were inspired by building techniques from an earlier time. Some Tudor houses mimic humble Medieval cottages -
They may even include a false thatched roof.
Other Tudor homes borrow ideas from late Medieval palaces.
They may have overlapping gables, prapets,
and beautifully patterned brick or stonework.
These historic details combine with Victorian or Craftsman flourishes.


more info bolehlah google mana2 website kat internet.


kesian juga aku tengok my hubby and my elder son bertungkus lumus ..
'build and design' school project yang suppose disubmit before xmas holiday..
aku pulak hal2 kretiviti ni..memang tangan aku kaku..
setakat tolong 'cut and paste' bolehla..hee..hee



alhamdulillah
setelah seharian mengerah tenaga
siap juga akhirnya

memory indah di Dhu al-Hijjah


''...bulan haji telah tiba lagi
menunaikan ibadah
panggilan Bait Allah
tanah suci Makkah
ya Makka al-Mukarramah..''

emmh.. tak berapa ingat tajuk lagunya..
tak berapa ingat juga liriknya
namun itulah 'song' yang sentiasa berkumandang bila Dhu al-Hijjah menjelma

teringat suatu waktu dulu..
ketika bersama mak dan ayah berserta penduduk kampung menghantar tok dan jemaah haji lain di airport Bayan Lepas Pulau Pinang..
aku hairan bila tengok jemaah yang menghantar lebih ramai dari mereka yang akan bergelar 'Haji atau Hajjah'..
dari kanak2 kecil hingga tok tokwan yang bertongkat
ada yang pergi dengan kereta
ada juga yang pergi dengan rombongan bas
meriah betul suasana tika tu...
lagi satu..yang aku hairan tu...mengapa diaorang asyik minta maaf sambil nangis2..
bila aku tanya mak..
mak kata..diaorang nak pergi jauh..tak tahu balik lagi ke tidak..
tapi..sebenarnya bukan jawapan mak yang aku nak tahu..
yang pentingnya bagi aku dan abang udin..
masa nilah kesempatan bagi kami
dapat pergi jalan-jalan..
naik bas ramai-ramai..
makan-makan kat padang Kota Lama
emmh..indahnya..kenangan waktu itu..

album di aberaeron


ku selitkan di sini album kenangan aberaeron
di akhir musim luruh
bersama honey tersayang
walau hampir dua tahun menetap di Lampeter
namun..inilah kali pertama bergambar di sini









Lampeter 'night'





Assalamualaykum
ketak.. ketuk ketak ketuk..
pantas jejariku berlari larian dikeyboard
ahh..banyaknyerrrr nak kena edittt
emh masih terlalu awal untuk rehat
ring...ring...deringan telefon..
huh pantas melontarkan aku kembali ke ruang empat segi kamar sepi ini
emmm rupanya Seri yang call bagitahu ada pasar malam kat town..
ye ke..cam tak caya je..
tapi camna nak poie...
sojuk kat luar..
apa kata tanya hubby..

















walaupun dalam kesejukan winter,
ramai jugalah rakyat Lampeter yang keluar memeriahkan suasana..


















dalam setengah jam..aku dah mula menggigil..
tak tahan...sojuknya..aku ajak balik ..
emm..pekena kopi panas lagi sodap..



Tuesday, 4 December 2007

all these dreams have died..


ketika membaca dan meniliti kandungan 'Muslim News' tersentuh di hati ini..
betapa sengsaranya umat Islam di negara 'penjajah'
teringat aku pada keluhan seorang teman..
Rayhana namanya..seorang Muslimah dari Pakistan yang sudah lama menetap di Newcastle..
menempuhi perjalanan kehidupan di sini amat memeritkan baginya
bagai mengharap 'mimpi indah' menjadi kenyataan
seperti katanya padaku..

to learn from each others,
the richness our differences
to share our smile and tears
in one united body
to be as loyal as swans
to be at peace; with all guns grown silent
a word of love and harmony
the music of understanding filling the air
healing the dance of life
expectant like blossom
remembering hope like the days of our childhood
yet..
all these dreams have died..

Monday, 3 December 2007

..tetamu Allah

..seringkali teringat kenangan indah di Makkah al-Mukarramah
bersama arwah tok, adik syed n paklang sefamily ketika mengerjakan ibadah umrah dua belas tahun yang lalu
kenangan ketika pertama kali menjadi tetamu Allah
kenangan ketika perjalanan ke Madinah al-Munawwarah
kenangan ketika menziarahi maqam Rasulullah s.a.w
.. kesayuan di saat berangkat pulang
serasakan baru berlalu...
mohonku padaNya
moga aku diterima lagi menjadi tetamuNya...
insyaAllah bersama hubby tercinta
dan InsyaAllah bermula hari esok 04 December , emak dan ayah pula akan menjadi tetamu Allah di sana..

doaku dari kejauhan ...
moga mak dan ayah selamat berangkat ke sana
doaku jua ...
moga mak dan ayah menjalani segala ibadah dengan sempurna
doaku lagi ...
moga emak dan ayah dikurniakan nikmat kesihatan yang terbaik
doaku seterusnya...
moga mak dan ayah mendapat haji yang mabrur
doaku buat sekian kalinya ...
moga mak dan ayah dipanjangkan umur hendaknya
doaku tiada putusnya...
moga mak dan ayah selamat kembali ke tanah air
doaku tiada hentinya...
moga kerinduan di hati ini
tertunai jua akhirnya nanti...

Thursday, 29 November 2007

sepahit madu semanis hampedu di petang syawal

secebis pengertian..
buat (mereka) yang (perlu) memahami...


kata pujangga:
...menunduk bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

ibarat titah sang Jebat:
raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah

tercetus kata hati:
bukanlah sebaris bait hadith atau nas qur'an yang jadi utama
mengamalkannya itulah seharusnya yang jadi keutamaan

sering bermain di lubuk rasa:
benar tetap benar...walau dipertikaikan
salah tetap salah...walau diperselindungkan

bak kata warisan kita:
muda dihormati dek gagahnya
tua dihormati dek pengalamannya
moga, jadilah orang terhormat yang disegani bukan ditakuti

bukanlah hamba selayaknya menasihati sang bijaksana rakyat Lampeter
lamun, terdetak jua di hati ini
bukankah musyawarah penawar derita penyuluh gerhana
moga tiada hati yang terpencil
..takkan melukut di tepi gantang

Akhir kalam, sekalung ucapan
'Selamat Eidulfitri, maafkan kami zahir dan batin'

ikhlas dari kami
..ahli Lampeter jua
October 20th 2007

Monday, 26 November 2007


kan kuteruskan langkahku
dalam kelangsungan perjuangan
walau seribu halangan
walau sejuta rintangan
namun berputus asa sekali jangan..

biar air mata tertumpah
biar kata sindiran bersepah
padaNya aku berserah
moga akhirnya anugerah
jua melimpah...

dear umi..
'unhappy, disappointed and heartbreak' last as long as you want
and cut as deep as you allow them to go
the challenge is not how to survive them
but to learn from them



Friday, 23 November 2007

kenangan 'beraidilfitri' bersama adik2 dan rakan2
di rumah kakwan/ust. muhaimin (swansea)
sodappp tomyam kak wan..

















kuabadikan di sini 'foto keriangan' sebagai
'mutiara rindu' tika berada di tanahair

walau dipenghujung syawal..
namun kemeriahan tetap terasa..

Tuesday, 13 November 2007

Leaves

...kuabadikan di sini
kalimah puitis
lontaran dari hati seni seorang gadis kecil....Kamilia
(sebagai penghargaan dan perangsang dariku buat permataku)

leaves
crunchy as cereal
soft as silky hair
flowing down on the ground
fear to step on them
as they do cry and crack



















leaves
shining in a bright sunny autumn
colorful yellow, green and red
they are pretty as a rainbow
just look at them
shining still on the ground
snap!crack! snap!
oh dear, goodbye little rainbow leaves

(by Kamilia Shahidi-Zurich'07-)




Saturday, 10 November 2007

In Last Love Autumn'07


Its autumn again
They're coming down in showers,
The leaves all gold and red;

















They're covering the little flowers,
And tucking them in bed
















They've spread a fairy carpet
All up and down the street;
And when we skip along to school, they rustle 'neath our feet















Autumn, you are the season about loss.
There is sadness as the leaves drop from your trees.
And I crunch them under my feet.




















The sound, reminding me of the breaking
of hearts when relationships end.
















Bareness of trees, reminding me
I'm getting older as another year comes to an end.










And winter approaches with her loneliness.















Terimakasih Illahi di atas kurniaanMu ini..



Friday, 9 November 2007

Happy birthday...my dearie son
















To our dearest son..

'Happy birthday Shahmie
May Allah bless you always'
moga menjadi anak yang soleh
doa dari Mama dan Papa jua..
moga cemerlang di dunia dan akhirat..insyaAllah
















moga ada keberanian...

insyaAllah..esok akan diadakan perhimpunan Bersih bagi menuntut ketelusan pilihanraya
doaku moga Allah melindungi 'sahabat' semua..kuhayati bait-bait puitis lagi bermakna dari Allahyarham Usman Awang..moga ada keberanian..

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani
di jalan sungai besi
se derap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

Di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
dimana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tidak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

(Allahyarham Usman Awang)


Wednesday, 7 November 2007

Eidulfitri di Europe

Assalamualaykum wbt..
belum terlewat rasanya utk aku mengucapkan

'Happy Eid kepada semua..

maafkan kami zahir dan batin'

rindu sekali pada mak ayah dan adik2..
doa ku moga..
aku dapat bersama meraikan hari mulia ini tahun depan

emm..hampir sebulan jugak tak menitip khabar di ruang maya ini..
kesibukan sebagai pelajar..apatah lagi aku di 'final stage' memang amat memenatkan..
walau apapun..sempat jugalah aku and family menyambut Syawal di Rome..
insyaAllah..kenangan kami di pagi Syawal akan kutitipkan bila berkesempatan..

Wednesday, 19 September 2007

Ramadhan yang dinanti

bait-bait indah dari Raihan sebagai renungan buat diri....

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna
Selangkah-demi selangkah
Setahun sudahpun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagai mana yang diperintahkan
Moga dapat kulenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan tabah
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Dengan rahmatMu kutempuhi jua


Wednesday, 22 August 2007

easy n difficult

tetiba teringat pada suatu nukilan dari sahabat lama di NCL nun di utara UK (daerah mula kukenal tanah salju..)
sekadar peringatan buat diriku yang sering lupa
jua buat mereka yang sudi memahami...


Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes.

Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue

Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound…

Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness

Easy is to set rules.
Difficult is to follow them…

Easy is to dream every night.
Difficult is to fight for a dream…

Easy is to show victory.
Difficult is to assume defeat with dignity…

Easy is to admire a full moon.
Difficult to see the other side…

Easy is to stumble with a stone.
Difficult is to get up…

Easy is to enjoy life every day.
Difficult to give its real value…

Easy is to promise something to someone.
Difficult is to fulfill that promise…

Easy is to say we love.
Difficult is to show it every day…

Easy is to criticize others.
Difficult is to improve oneself…

Easy is to make mistakes.
Difficult is to learn from them…

Easy is to weep for a lost love.
Difficult is to take care of it so not to lose it.

Easy is to think about improving.
Difficult is to stop thinking it and put it into action…

Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt…

Easy is to receive
Difficult is to give

Easy to read this
Difficult to follow

Easy is keep the friendship with words
Difficult is to keep it with meanings


Tuesday, 7 August 2007

..believe in yourself














To my dearest kids..

....from mama and papa

believe in yourself to the depth of your being
nourish the talents your spirit is freeing
know in your heart when the going gets slow
that your faith in yourself will continue grow..
don't forfeit ambition when others may doubt
learn from your errors..don't dwell in the past
never withdraw from a world that is vast
believe in yourself..find the best that is you
Let your spirit prevail..steer a course that is true...

02August


emmh...kembali berbicara di alam maya...
hampir beberapa minggu tak menjengah..
tambahan pula sekarang ni 'summer holiday'..musim cuti sekolah bagi anak2..
summer tahun ni pula weathernya tak menentu..
kejap hujan.. kejap panas..
flood seluruh Yorkshire..
tapi...
itulah hikmah dari Allah s.w.t
dan peringatan buat hambaNya yang sering leka..

emmh...detik 02 August 2007..
alhamdulillah....
setelah sekian lama menuggu..
menanti dengan penuh harapan
akhirnya dimakbulkan Allah jua..
dilahirkan pada march 2001 di chester..
dibesarkan dan dipelihara di liverpool
kemudiannya berpindah ke manchester
sehinggalah ....
aku and hubby mengambil keputusan untuk memeliharanya
bersama kami di wales..
dan insyaAllah akan mengikuti kami pulang ke malaysia..
doaku..
moga rezeki ini diberkati Illahi hendaknya..

Tuesday, 24 July 2007

early summer in Villamora...

di suatu petang nan syahdu..

I close my eyes and I am in Villamora..
hot sand..fine as flour
between my toes..an ice cold coca cola
in my hand..
the music of the sea wise waves..
whispering the secret of happiness
'no problems..life is sweet as rich baklava..'
....the kids cries wailing like a siren..
hungry and tired a dirty pants..
their eyes tight shut..
red-faced and
straining..veins like tiny snakes
climbing their neck...
...oh my God..
I am in brynglass instead..

emmm..bermimpi rupanya aku..


To my dearest kids..















..renungan buat permata hatiku...
Life Is Golden Gift 
There was a blind girl who hated herself
just because she's blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend.
He's always there for her.
She said that if she could only see the world,
she would marry her boyfriend.
One day, someone donated a pair of eyes to her
and then she can see everything, including her boyfriend.
Her boyfriend asked her, "now that you can see the world,
will you marry me?" The girl was shocked when she saw
that her boyfriend is blind too, and refused to marry him.
Her boyfriend walked away in tears,
and later wrote a letter to her saying.
"Just take care of my eyes dear."
This is how human brain changes when the status changed.
Only few remember what life was before,
and who's always been there
even in the most painful situations.


















My sweetheart...

Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who can't speak.
Before you think of pointing the finger
or condemning another
remember that not one of us
are without sin and we all answer to one maker.
Before you complain about
the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat.
Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven.
Before you argue about your dirty house,
someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets.
Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks
the same distance with their feet.
And when you are tired
and complain about your job
think of the unemployed,
the disabled and
those who wished they had your job.
And when depressing thoughts seem to get you down -
Put a smile on your face and
thank God you're alive and still around.
My sweetie… 

















Life is a gift,

live it,
enjoy it,
celebrate it,
and fulfill its purpose wholeheartedly.........

My baby…
















Life is a GIFT and
we must be thankful to Allah
Never blame any DAY in your LIFE.

Good days give you "HAPPINESS",
Bad Days gives you "EXPERIENCE",
Worst Days gives you "A LESSON".



My dearest…

All are essential for life....
"Your life is God's gift to you...
What you do for others is your gift to God"
The best and most beautiful things
cannot be seen or touched…
they must be felt with the heart.
Happiness always looks small
when you hold it in your hands...
But when you learn to share it..
you will realize how big and precious it is!!


Friday, 20 July 2007

best friend forever...

Assalamualaykum
semoga Allah memberi kebaikan
keberkatan
kekuatan
kemudahan untuk kita...
Amin.

Menerima dan membaca e-mail dari seorang sahabat..
terasa sebak sebentar kerana hakikatnya begitulah...
Seorang sahabat sentiasa di situ, di hati…
Masa ..jarak dan tuntutan tugas memang membataskan..
tetapi bukan alasan.
Kalau lama menyepi, itu bukan tanda lupa, di hati tetap ada...

To all my friends and colleagues, ...may Allah bless you all..

Everyone always tells their friends they'll be "Friends Forever,"

but How Often does that last? You might be best friends one year,

pretty good friends then next, don't talk often the next year,

and don't want to talk the year after that!

So, I just wanted to say, even if I never talk to you again in my life,

you are special to me and you have made a difference in my life,

I look up to you, respect you, and truely cherish you.

Let old friends know you haven't forgotten them,

and tell new friends you never will.

Remember, everyone needs a friend.

Someday you might feel like you have no friends at all,

but just remember this and take comfort in knowing

somebody out there cares about you and always will.


Wednesday, 18 July 2007

life is never ending struggle..


Assalamualaykum..

seminggu tak menjengah..
menerima perkhabaran duka dari malaysia..
inalillah wa inna ilaihi rajiuun
moga Allah mencucuri rahmat keatasnya..Amin..insyaAllah.




my head buzzing like a swarm of bees..

...getting the kids to school..
the meeting at three..
the sink is blocked..
the shopping to do..
letters to post..
shoes from the 'sale'..
a thesis to write..
an email to send..
ahh...i'm thinking about my tea time...
after all..

Untuk hari esok, aku pohon kekuatan, ketabahan untuk terus berjuang untuk hidup, agar aku dapat terus memberi...dan aku pinta agar hidayah yang datang tidak pergi..
menemani kelana di daerah sementara..
insyaAllah

Ya Allah, i asked for Your help, huda, wa taufiq in this way of Yours. Lead us Ya Allah to Your mardhatillah.

Monday, 9 July 2007

rindu..


Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi.
Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman.
Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan-
itulah buktinya perkerti mulia lagi terpuji. Sungguh sedikit manusia yang memahami.
Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan.
Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas.
Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami,
mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan."

-AsSyahid Imam Hassan al-Banna



Indah kan kata2 tu, terkesan sungguh aku.
Kadang-kadang rasa susah sungguh utk berakhlaq seindah rasulullah saw,
kejahatan dibalasnya dengan kebaikan.
Aku begitu lemah, mudah sekali terguris dan begitu berkira dalam hal-hal remeh temeh. Macam mana untuk mendidik hati supaya subur dengan iman dan sabar?


Fahamilah umie,
setiap luka adalah gerhana,
sedikit masa lagi nur akan muncul.

Yakinlah,
bahawa yang tiba,
setiap kali bulan melangkahi ufuk,
adalah suria yang menguntum senyum,
pada manisnya IMAN dan SABAR.


..pagi semalam, aku, hubby and my kids pergi ke carboot sales.. tempat aku bershoping untuk mencari keperluan diri..dan anak2 tersayang..begitulah hidup di bumi
England..segala-galanya mahal..tapi kata teman2 ku yang dah balik.. Malaysiapun apa kurangnya…










Hmm, rindu sungguh pd family di Malaysia. seringkali teringat pada family yang ditinggalkan, terbayang wajah2 tersayang..mak, ayah dan adik2.. air mataku bergenang.., rindu betul!






Friday, 6 July 2007

ala alahaai..

pada ketika ini tetiba aku teringat suamiku bercerita tentang seorang temannya yang hanya berhubung via 'alam cyber'..Menurutnya temannya ini sering menghantar pesanan dan peringatan khusus buat 'diri yang leka'..


Antara pesanannya yang sering bermain di ingatanku....

''Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan
dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan
seribu kekalutan, kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
Renungilah.."
tika dan di saat ini aku masih terus dibayangi makna disebalik pesanan ini
apakah aku seorang sahabat 'pendengar' kepada teman-temanku
atau,
pesanan ini yang sebenarnya ingin kutujukan buat teman-teman tersayang
hhmmh..



Thursday, 5 July 2007

temanku....


bingkisan dari seorang sahabat lama..

...a circle of friendship
don't walk in front of me, I may not follow
don't walk behind me, I may not lead
walk beside me and be my friends forever


-ShidahUKM-




album:wedding day of my beloved brother







sekadar mengimbas detik bahagia adik tersayang..
mabruk...selamat pengantin baru
may Allah bless both of you and happiness always..insyaAllah

ku kirim doa dan airmata nun jauh di perantauan
(maafkan kami kerana tidak dapat
menyertai kalian di hari bahagia nan bersejarah itu)
insyaAllah..moga ada kesempatan nanti
untuk kita bertemu di tahun hadapan



masih mencari..




pagi ni....masih lagi mencuba bagaimana nak setting my blog...
kesian my hubby..kerna nak bantu aku..hinggakan study pun dia tinggalkan
alahai....
apakan daya..beginilah seadanya..

Wednesday, 4 July 2007

kelahiran (..pada 'ulangtahun kelahiran')













Assalamu'alaykum..
Alhamdulillah, setelah sekian lama bermusafir di bumi UK ini, akhirnya
lahirlah jua 'myblog' yang kebetulan jatuh pada hari
ulangtahun kelahiranku and my belove daughter..
insyaALlah, akan kutitipkan peristiwa suka duka
yang memahat di hati mengusik di jiwa..
di sini kan tertumpah jua segala catatan memori
perjalanan hidup diri ini sekeluarga
khususnya sepanjang berada di perantaun
yang kini menjangkau usia lima tahun

lima tahun..
bagi usia seorang anak, pastinya ia telahpun melalui
peristiwa merangkak jatuh bangun dan..terluka
bagi diri ini, suamiku yang tercinta juga anak-anakku yang dikasihi
terlalu besar makna perjalanan ini
seperti bait-bait indah yang terlekat di sisi ingatan
"semalam yang ditinggalkan,
mencatatkan seribu kenangan,
ada rasa yang memaut hati,
masih terpahat di kamar hati,
masih segar dalam memori"
ibarat ombak, ada pasang ada surut..
adakala bimbang adakalanya takut
pun demikian.. kuterima hakikat seadanya, lumrah hidup..
suka duka ketawa menangis, asam garam hidup ini
namun tak kuterlupa
setiap kejadian itu pasti ada hikmah di sebaliknya..
redha Illahi..itulah yang kucari..

buat sahabat jua teman yang kebetulan menyinggahi teratak bicara ini
doa dan harapan ku moga kalian sudi menitipkan kata-kata nasihat
dan pandangan yang menggerakkan minda murni
merangsang semangat mengutuhkan nada silaturrahim
dalam kesempatan ini, terlebih dahulu
kususun sepuluh jari memohon maaf
kiranya dalam gurisan tinta hati bicara sepi ini ada jiwa yang terusik
ibarat ribut yang berlalu diakhiri angin sepoi berbisik syahdu..moga ukhuwah terus terjalin

..setakat di sini dahulu coretan buat kali ini
moga dengan keizinan Allah lahir kesempatan untukku berbicara lagi