pada ketika ini tetiba aku teringat suamiku bercerita tentang seorang temannya yang hanya berhubung via 'alam cyber'..Menurutnya temannya ini sering menghantar pesanan dan peringatan khusus buat 'diri yang leka'..
Antara pesanannya yang sering bermain di ingatanku....
''Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan
dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan
seribu kekalutan, kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
Renungilah.."
tika dan di saat ini aku masih terus dibayangi makna disebalik pesanan ini
apakah aku seorang sahabat 'pendengar' kepada teman-temanku
atau,
pesanan ini yang sebenarnya ingin kutujukan buat teman-teman tersayang
hhmmh..

No comments:
Post a Comment