Sunday, 10 August 2008

5 days tour..day 2

Day 2_melewati daerah yang bakal ditinggalkan..

semalam yang ditinggalkan meninggalkan seribu kenangan..
hakikatnya, semalam adalah kenangan, yang mencipta seribu kemanisan tersulam jua kepahitan..
hari ini adalah kenyataan..sedang esok adalah sesuatu yang tidak pasti..
pun demikian hari ini dan esok membawa seribu harapan
moga ia akan mendatangkan seribu kebaikan..buat semalam, hari ini, esok dan masa hadapan

arah tujuan, hala tuju, dipersimpangan, diperhentian dan perjalanan sang kelana
musafir di perantauan
tiap detik ada permulaan jua ada pengakhiran
di sinilah permulaan ku dan keluarga tercinta..


perjalanan menghampiri stadium idaman anak2ku


dua jejaka bersama gadis pingitan
bergaya ala bebas
di belakang tabir stadium gah NCL FC
yang pernah membarisi pemain terkemuka England
...alan shearer dan michael owen antara lainnya



sempat bergaya dihadapan kelab shearer NCL FC

di tengah kesibukan bandar newcastle
dibelakangi oleh monument land mark utama city centre


untuk pertama kali dan terakhirnya
berposing di hadapan stor NCL United di tengah bandar NCL



Northumberland street
membarisi gedung gedung membeli belah terkemuka



my style..
anak bujangku yang sorang ni ingin merakamkan kenangan ditabiri starbuck
di tengah Northumberland street



di sinilah tersemadinya kenangan membeli belah buah-buahan
dan sayur sayuran secara borong dan murah
berkotak cherries, satsumas, strawberries, grapes, pears, kiwi
antara lainnya di sini tinggal kenangan kini



dari univ menuju ke haymarket


berehat sebentar dalam eldon square gedung lumrah tempat window shopping


gedung barangan yang lazim dilawati dan dilanggani


salah satu pintu masuk eldon square
tempat melepak student univ dan warga sekitarnya


membelangkangi bangunan king george vi
terletak di dalamnya department of speech tempat my honey menuntut ilmu
yang bakal diwarisi generasi kami insyaAllah



posing terakhir di hadapan pintu masuk utama king george vi tersemadi di sini


cheerful post from my sweet daughter on the way to speech and language sciences section


di sini tersimpan pelbagai kenangan
dibelakangi oleh bilik2 yang antara lainnya dihuni si gerry mahaguru my honey
di sini jua buat pertama kalinya kami dihulurkan surat 'cinta' oleh city council officer
kerana parking off permit
nak buat macamna hubby nak submit report in a hurry
jangkanya sekejap alih alih terlebih masa
apa nak buat dah nasib



perjalanan ini.. terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan..
banyak cerita yang mestinya kau saksikan di tanah kering berbatuan
tubuhku bergoncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini.. meskipun jadi saksi gembala kecil menangis sedih
kawan..cuba dengar apa jawabnya ketika ia kutanya mengapa...


angel of the north.. kata omputeh
landmark pintu masuk utama ke NCL upon tyne


moga ada keizinanNya jua
tika dan suatu hari nanti aku kan kembali semula di sini
Tuhanku dalam termangu
ku seru namaMu biar susah sungguh mengingatKau penuh seluruh


Tuhanku..cahayaMu panas suci bagai kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku..aku hilang bentuk kembara di negeri asing
Tuhanku..pintuMu ku ketuk aku tak bisa berpaling


saat dan tika ini
tak terungkap seluruh rasa hati
jiwa nan sendu rasa sanubariku
tak terungkai sepenuhnya dengan titipan bait bait indah di sini
ya Rabb..ampunilah aku apalah dayaku
tidak termampu menolak takdirMu
teruja oleh dugaan pertemuan dan perpisahan ini
pun demikian sambutlah doa kudusku yang lahir dari hati yang sarat dengan pilu dan rindu
izinkanlah aku untuk kembali bertamu di daerah ini
suatu ketika nanti..amin

2 comments:

CikguZue said...

jauh perjalanan mengukir banyak nostalgia hidup...

kak, jemput datang rumah. nak bagi award dan tag sikit...hehehe

MalayConfinementLady said...

kak,
entry nie mengusik jiwa la..
saya pulak yg terbayang saat2 sy nak tinggalkan UK nnti bersama kenangan2 yg pernah terpahat...