Pesanan Imam Hasan Al-Basri-
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."
Diriku menasihatimu bukan tandanya diriku sempurna. Kekadang diriku ada juga melakukan salah dan silap didunia. Bukanlah diri ini baik disisi Ilahi, meskipun dianggap semua itu oleh insani, kerana hakikat yg lebih mengenali diriku adalah daku sendiri. Bukan tanda diriku ego kerana bertindak sebegitu rupa, namun ku cuba ingin merawat suatu keadaan agar tidak semakin keruh jadinya, disebabkan oleh emosi jiwa manusia.
No comments:
Post a Comment