Saturday, 31 December 2011

di pinggiran rindu...

Alhamdulillah...
selaut syukur padaMu Illahi atas kurniaanMu..
aku tahu sesungguhnya Engkau Maha Mendengar 
setiap bicaraku..
setiap madah rinduku..
dan..
semalam..
sebelum berakhirnya lembaran lama..
Engkau hadiahkan aku dengan kunjungan'tetamu' yang amat kurindu..
di waktu itu..hanya berbicara dan mendengar suara kasihnya di hujung talian
namun..
semalam..
sebelum berakhirnya lembaran lama..
..terima kasih Illahi atas kesempatan itu..
....terima kasih 'emak T' kerana sudi menziarahi ku..
..terima kasih 'emak T' kerana masih menyayangiku ..
doaku moga ukhuwah dan kasihku padamu tiada akhir
doaku moga kasih dan rindumu jua tiada penghujung
buatku dan permata hatiku..
sesungguhnya 
kasihku padamu.. 
jua kasihku pada bonda dan ayahandaku ..
terlalu agung!



1 comment:

Anonymous said...

Allah sentiasa bersama sama orang yg sabar