something beautiful and meaningful
  sharing is caring
..caring is loving
to my beloved kids...
Sudilah anak-anak mama mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri  r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika  itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.
Kata  ‘Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik  kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas  hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu  kesalahan di sisi agama?
Kata  Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai  Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah  sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada  bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada  bertindak ke atasmu.
Wahai  ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang  bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah  perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan  memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.
Tanggungjawab kepada Allah
Di  sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.  Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan  kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan  akhirat.
Jika  engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan  menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah!  Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka  menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. 
(rujukan: Mir at al-Jinan wa  ‘Ibrah al-Yaqzan)
No comments:
Post a Comment