Monday, 27 August 2012

shafakallah buat ayah dan emak tercinta

suasana pilu di malam syawal
bila ayah tanpa sedar terjatuh tika bangun untuk bertahajud 
hampir 12 jam di hospital menunggu  pemeriksaan doktor
namun resultnya tidada jawapan dari pakar
pada Allah kami anak-anakmu mengadu dan bertawakal
sungguh
doa kami tiada putus pada yang Maha Esa
moga ayah dikurniakan kembali nikmat sihat
agar terus dapat beramal ibadat padaNya
jua doa kami buat emak tercinta
moga dikurniakan Allah afiat selamanya
rindu kami pada kalian
sering bertamu di hati
ya Allah peliharalah kedua ibubapa kami dengan rahmahMu
ya Allah lindungilah mereka dengan kasih dan sayangMu
walau kami jauh di sini namun kami tahu bahawa Engkau sentiasa di samping mereka
dengan itu kami tenang dan damai
 kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemelihara buat kedua permata cinta kami



No comments: