Monday, 1 October 2012

life is to solve..

..
whenever i read from my beloved friend..deeply in my heart.. feeling love that so much..thanks dear
REDA

Biarlah hujan dan panas
mendandan diri silih berganti
...

tetaplah kaki terus menapak
memetai simpang siur kehidupan
walau hati pedih terpanggang
di bawah titik matahari rembang
sejuk membeku di dingin malam.

Kita tidak pernah meminta
untuk merenangi lautan hidup
berhempas pulas menerjang gelombang
kerana takdir bukan dipilih
oleh telunjuk sendiri
kerana derita tidak bermata
tiba ketikanya kitalah mangsa.

Rembang matahari tidak menanti
panasnya berengsot ke dingin pagi
pulanglah kepada cinta hakiki
nescaya hidup kembali bererti
diri tak mengenal patah hati
di sana ada bahagia yang dijanji
bunga-bunga cinta kembang mewangi.

Lembah Bujang,
01102012

No comments: