Dalam hadis sahih Nabi s.a.w menyebut semasa hendak wafat ALLAHUMMA FI 
AL-RAFIQ AL-A'LA (Sahih al-Bukhari dll). Tiada riwayat yang sahih 
menyatakan baginda semasa hendak wafat 
menyebut ummati! ummati!. Perkataan ummati! ummati disebut dalam 
hadis-hadis bukan semasa baginda hendak wafat. 
Dalam al-Bukhari:
إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِىٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ 
الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ » . فَلَمَّا اشْتَكَى 
وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِىَ عَلَيْهِ ،
 فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ « 
اللَّهُمَّ فِى الرَّفِيقِ الأَعْلَى » 
(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan 
diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah s.a.w dalam 
kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam 
keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung 
rumah lalu menyebut: 
"ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA  (YA ALLAH! PADA 
TEMAN YANG MAHA TINGGI)
No comments:
Post a Comment