Monday, 26 June 2017

Syawal 3

Doaku utk mereka yg telah pergi ke alam sana,  seperti saranan  baginda ketika wafatnya Abi Salamah sahabat kesayangan:

Ya Allah, ampunilah allahyarham dan para ulama yg telah menemuiMu..  naikkanlah darjat mereka diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunan mereka yang masih hidup. Ampunilah dia..mereka dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya...


Saturday, 24 June 2017

Eid mubarak


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Eid Mubarak

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Mohon maaf atas segala kekhilafan kepada sahabat-sahabat semua. Moga dianugerahi taqwa dengan segala amalan kebaikan

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ ْ 

وَجْعَلْنَا مِنَ الْعَائِدِين وَالْفَائِزِين

كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Semoga berbahagia dan bergembira bersama keluarga dan sahabat handai menyambut Aidilfitri ...

Salam Aidilfitri daripada: Mazli Zakuan, Latifah,  Ammar Muhammad Shahmie, Nawrah Afnan Kamilia,  Ammar Aiman Akmal 2017M/1438H

Friday, 23 June 2017

Ramadan 29




Terpancar seluruh arash dgn tabir2 cahaya, dihadapannya wajah2 insan yg bercahaya, juga pakaian mreka bersinar2 ..... mrk bukan nabi atau shuhada' .... dikatakan; siapakah mrk wahai rasululLah? Jawab baginda; Yg berkasih kerana Allah

.....Bersempena dengan hari baik dan bulan yg baik ini, ku perbahrui kasihku untuk semua... terutamanya
....My hubby ..anak2..keluargaku... dan semua insan...
dan aku berharap agar senyuman mengiringi kalian sepanjang kehidupan...
... Ku panjatkan doa keampunan buat kamu semua, jua ibubapa kalian dan sesiapa sahaja yg kalian kasihi dan sayangi....
...Semoga Allah menghapuskan semua dosa kita hinggalah kita dikumpulkan bersama dalam keni'matan syurga NaiiimNya. Aamiiiiin
تقبل الله منا ومنكم. من العائدين والفائزين في الدين والدنيا والاخرة كل عام وانتم بخير

...bertabahlah

...adanya aku tidak menyempurnakan..
.....tiadanya aku tidak mengurangkan...
..........Allah Khayr al jaza..

Wanita ziarah kubur

Musim raya ni ramai akan ke kubur....sedikit pedoman berdasarkan mazhab al-Shafi'i dan al-Shafi'iyyah

Nas-nas al-Shafi’i dan para ashab (pengikut) menetapkan sunat bagi lelaki menziarahi kubur manakala bagi wanita adalah haram menurut pandangan pengarang (al-Shirazi) namun ia adalah pandangan janggal dalam mazhab. Majoriti ashab mengatakan makruh tanzih (tidak hampir dengan haram). Aku (al-Nawawi) berpandangan ia tidak makruh jika tidak menimbulkan fitnah. Menurut al-Shashi, jika ziarahnya untuk mengembalikan kedukaan, raungan dan ratapan maka hukumnya haram. Atas dasar inilah hadis yang bermaksud: “Allah melaknat penziarah-penziarah kubur wanita”. Jika sebaliknya maka tidak makruh.

Disunatkan bagi penziarah untuk memberi salam dan berdoa kepada ahli kubur dan afdalnya bersumberkan hadis. Disunatkan membaca ayat-ayat Quran (untuk memberkati bukan sedekah pahala) yang mudah baginya dan berdoa sejurus selepasnya sebagaimana dalam nas al-Shafi’i dan para ashab.

Dilarang mengusap kuburan dengan tangannya dan menciumnya. Menurut al-Za’farani, ia adalah bid’ah munkarah (dibenci) yang perlu dilarang dan menjauhinya. Beliau menambah lagi, ketika berdoa hendaklah mengadap kiblat. Ini benar kerana terdapat larangan mentakzimkan kubur.

Nas-nas al-Shafi’i dan para ashab juga menetapkan larangan duduk di atas kubur, larangan ini bermaksud makruh tanzih. Para ashab juga memandang makruh duduk bertongkat tangan dan bersandar pada kubur, begitu juga tidur di kuburan tanpa keperluan.

al-Shafi’i dan para ashab juga memandang makruh membina masjid atas kubur dan solat mengadap kubur. al-Za’farani menambah tidak boleh juga solat di sisi kubur untuk mengambil berkat dan mentakzimkannya.

Menurut Ibn al-Sabbagh,  amalan keluarga simati menyediakan makanan dan berkumpul adalah bid’ah dan tidak disunatkan. Ini berdasarkan hadis Jarir ibn Abdillah: “Kami menganggap berkumpul bersama keluarga simati dan membuat jamuan selepas mayat ditanam sebagai meratapi kematian”. Adapun berkorban dikuburan adalah perbuatan terkutuk. – Kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab oleh al-Nawawi

Adapun bacaan Quran, menurut pandangan al-Mashhur oleh al-Shafi’i, tidak sampai pahala bacaan Quran yang dihadiahkan pada simati. Sebahagian para ashab mengatakan sampai. – Sharh Muslim oleh al-Nawawi

Al-'Izz ibn Abd al-Salam mengatakan tidak harus menghadiahkan pahala pada simati kerana ia melibatkan urusan pahala tanpa keizinan Syarak. - Fatawa al-'Izz

Bagi yang mengatakan pahala tersebut sampai, perlu berdoa supaya ia disampaikan pada simati. – Rawdah al-Talibin oleh al-Nawawi

Ibn Hajar al-Haythami menambah: bukanlah yang dimaksudkan memindahkan pahala bacaan pada simati tetapi maksudnya berdoa supaya Allah memberi fadilat dan ganjaran sebagaimana bacaan tersebut. – al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra

Thursday, 22 June 2017

Ramadan 28

Lembutnya nasihat ni...

Baca perlahan-lahan dan Baca Sampai Akhir..

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .      

 Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                              

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه .

Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitn bersama kemudahan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 الحياة سألت الموت :
لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟
أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة

Kehidupan bertanya kepada kematian:
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
 maka maut menjawab: "Kerana kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟
أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!
فاعمل ولا تستصغر !!!!!!

Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??
Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين
  وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله

Ketika kau meyakini bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكره

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh kerana itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang Maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah.

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁: كلام جميل 💯%💯

إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.

Jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......kerana rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......nescaya dia akan sampai kepadamu...

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!
قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"

Jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!
Allah berfirman "dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!
Ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu kerana malu kepada majikan.....maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"

Jangan kau iri kepada seorang pun kerana sebuah nikmat, kerana kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya...... dan janganlah bersedih kerana sebuah musibah, kerana kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu......... Allah berfirman "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira"

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :
حكمة يابانيةُِ :
ليس كل سقوط نهاية  فسقوط المطر أجمل بدايةُ

Bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..
دائما الحمدلله علىَ كل حال ''

Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki.... namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya......maka selalu ucapkanlah Alhamdulillah pada setiap keadaan.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يوماً ما ستكتشف:
"أن حزنك حماك من النار
  وصبرك أدخلك الجنة"

Pada suatu hari kau akan menemukan bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).

Di antara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..
استعن بالكريم
استعنْ بالرحيم
استعن بالعظيم

Jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
•إن ضاقت عليك أمورك!
    » ففي القرآن جنتك .

• إن آلمتك وحدتك !
    » فإلى السماء دعوتك .

• إن سألوك عن أخبارك !
    » فاحمد الله و ابتسم .

Jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu
Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamu
dan jika mereka bertanya tentang khabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
أخيراً:
• إذا نويت نشر هذا الكلام!
    »  انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا

Sebagai penutup..
Jika engkau berniat utk share faedah yang sangat berharga ini,,
Jangan lah lupa berniat baik/Luruskan Niat
Semoga dengan niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dalam segala urusan kita..
Keberkahan dalam rezeki kita..
Dijaga dari segala mara bahaya..
Diluaskan rezeki kita..
Dijaga aqidah kita beserta keluarga dan anak cucu daripada segala aliran dan aqidah yang menyimpang..
Dan ditutup umur kita semua dalam keadaan husnul khatimah,
Amiinn Allahumma Amiinn..

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
هدية للأحباب..🎁
أرسلها لقائمتك ليشهدوا لك بذلك غداً ولا تحرم نفسك الأجر بإذن الله

Hadiah untuk saudaraku yang kucinta..
Berbagilah akan faedah ini kepada handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.

..mug


Terima kasih atas ingatan anda pada ustazah... Moga anda tidak jemu menyebarkan ilmu

Wednesday, 21 June 2017

..teharu

Terharu menerima ucapan penghargaan dari bekas student PhD ku...

“Jika aku  pada waktu itu hanyalah sebuah bongkahan batu yang tidak bernilai. Maka suatu saat batu itu akan menjadi bongkahan yang bernilai. Tahukah mengapa perkara itu berlaku?. Kerana engkau guru-guru kami telah mengajar dan mendidik kami dengan penuh motivasi dan ketulusan. Kesungguhan dan ketelusan sikap yang kamu tampilkan sangat menyentuh hati kami dan membuat hati dan seluruh tubuh kami untuk sentiasa istiqamah dalam menuntut ilmu dan belajar sehingga menjadikan kami batu mutiara. Terimah kasih Wahai Guru-guruku”

celebrating 3 years SV+Student friendship and counting more in future.
بارك الله فيك يا معلمتي الفضيلة

Tuesday, 20 June 2017

Ramadhan 26

..kebahagiaan akan datang se­­telah diuji dengan pelbagai masalah. Walau berat walau pahit, bersabarlah kerana dalam apa juga keadaan, Allah akan pulangkan hak hambaNya kepada mereka yang berhak. Jangan putus berdoa dan jangan putus mengharap.

naluri seorang wanita

Sekadar berkongsi catatan seorang sahabat yg mungkin boleh diambil manfaat darinya....

...Kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan wife sendri hidup berdikari dan menguruskan anak-anak . Its good for them but not healthy for the relationship, I tell you . Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju ...ambil n hantar.. urus anak....Beli barang keperluan di pasaraya sendiri . Eat alone among the crowds . Menguruskan emosinya sendiri . Either menangis bawah shower..menangis sambil telan nasi...or menangis sambil ketawa kerana ingin menjaga emosi sendiri.
... Atau seronok makan cake depan tv sendiri....makan sendiri sbb husband sibuk dgn aktiviti sendiri.......Dan kamu sebagai husband tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tidak banyak beza pada rutinnya setiap hari . Kamu sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial , smartphone application atau lainnya daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri . Leka bersama dunia masing2.

True, mark of an independent woman is you all know she can live without you . She maybe 'extremely comfortable' with the ease at which she feels she can manage everything in her life .

..But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily . Jadikan itu rutin walau di mana jua . Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu . bukan malas reply msg...paling paling OK OK  saja reply.....kena call ....At least ask her - Hows your hectic day today ? Are you well sleep last night ? bukan kena minta emas intan permata pun...treat her nicely.......treat her like you're going to lose her......bukan slps  sdh  kahwin tidak lagi menghargai...
Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia , paling dalam..
... Dan sekurang kurangnya dia masih rasa you are still there in her life .
Jadi, belajarlah hargai wanita sblm merasa kehilangannya..

###
sekadar sharing..tiada kena mengena dengan sesiapa pun..jadikan sbg teladan

Monday, 19 June 2017

..mencari bahagia

...sekadar catatan dr pelbagai kisah kehidupan insan yg bergelar wanita

Wahai teman2ku...
Kelemahan wanita ini apabila dia menyayangi seorang lelaki membuatkan dia hilang kasih sayang terhadap dirinya sendiri. Di luar sana ku lihat betapa ramai isteri yang menyembunyikan kisah tragik mereka atas alasan mahu mempertahankan bahtera rumah tangga, takut mendapat status janda dan malu dituduh tidak pandai menjaga suami. Lebih malang lagi apabila si suami seorang yang 'berpengaruh'dan hebat dengan watak seorang sufi.
Wahai teman2 ku...
Apalah ada dengan cinta seorang manusia sebegini. Sebaiknya kembalikan dirimu kepada cinta Ilahi. Syurga seorang isteri itu di bawah redha suami. Andai seumur hidup berada dlm kedurhakaan akibat krisis yang tidak menemukan titik kebahagiaan, maka sayangilah diri sendiri agar dapat pulang ke negeri abadi dengan sesuci diri.

Salam Ramadhan ke 24...moga bahagia menjadi milik kita bersama.

Ramadhan 24


Hidup ini satu perjuangan wahai sahabat....Kita berjuang dengan ujian-ujian yg Allah swt berikan - sakit, kemiskinan, putus kasih sayang, dikhianati, dipergunakan...
namun
Apa sekalipun yg datang dalam hidup ini, terkandung rahsia yang membuka pintu-pintu bahagia suatu ketika nanti.
Allah swt Maha Penyayang... yakinlah dengan Kasih SayangNYA.
 Yakinlah bahawa dalam setiap perjuangan destinasinya adalah kejayaan.
 Usahlah berputus asa...

Sunday, 18 June 2017

..moga diberkati Illahi



As time passes by..
darkness seems to start fading away to the point I can see clearly....
....the rain fades away to a bright sun shining day..
My fears have passed and I can finally move along as I fly past many oceans and rivers..
I really admire he can take me to a place where I will always be safe...and all the animals and insects will play wth me..and keep me safe from harm...


Saturday, 17 June 2017

Tazkirah 23 Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
🌾السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته🍂

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sobahul Khayr

🌙23 Ramadhan 1438H

🍀HADITH:-

:: Sudahkah Anda Membaca Sayyidul Istighfar?

Syaddad bin Aus radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ
Sayyidul Istighfar ialah engkau membaca:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ،
Ya Allah, engkau Tuhan ku, tiada yang layak disembah selain engkau.

خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ،
Engkau telah menciptakan aku, dan aku hamba Mu.

وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ،
Aku berusaha untuk memenuhi sumpah dan janji ku semampu kemampuanku.

أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،
Aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan perbuatan ku.

أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ،
Aku mengakui dengan segala nikmat Mu ke atas ku.

وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي
Aku mengakui kepada Mu tentang dosa ku.

فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.

قَالَ : وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، .
Sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum masuknya malam, maka dia adalah ahli syurga.

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
Sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal sebelum masuknya waktu siang, maka dia adalah ahli syurga.

صحيح البخاري»كِتَاب الدَّعَوَاتِ»بَاب أَفْضَلِ الِاسْتِغْفَارِ
[Sahih al-Bukhari, Kitab Doa, Bab Sebaik-baik Istighfar, hadis no: 5858]

#tazkirah alkahfi

Ramadhan 23


Tazkirah dari Syeikh Ali Tantawi:...

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan suami tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!


Malam 23

Pesan mama buat anak2 yg tersayang...
.............            ............      .........
Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini  atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”.
 Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
       ...............
             ................
         ..    ..........  ......
Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta.
..Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. ..
Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku... kasihanilah aku Ya Allah....

Wednesday, 14 June 2017

Ramadhan 20

🌸 _Tazkirah Ramadhan_🌸
      _Siri 20/1438H_

📓📓 *Tadabbur Al Quran* 📓📓

*Juzuk: 20: Surah Al-'Ankabut: Ayat 1-5*

*💌 Firman Allah serta terjemahannya:*

الم (١)
_Alif Lam Mim._

 أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (٢)

_Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji lagi?_

 وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣)

_Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta._

 أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ (٤)

_Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari (azab) Kami?Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu._

مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (٥)

_Barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu pasti datang._

📖 *Tafsir ringkas:*

*Ayat 1*

Ada ahli tafsir berpendapat bahawa huruf-huruf abjad ini didatangkan oleh Allah pada permulaan beberapa surah-surah untuk menarik perhatian. Memulakan pembicaraan dengan huruf-huruf abjad adalah suatu cara yang belum dikenal oleh bangsa Arab di waktu itu, kerana itulah huruf-huruf ini  menarik perhatian mereka.

*Ayat 2*

Allah SWT pasti akan menguji hamba-hamba-Nya yang beriman sesuai dengan kadar iman masing-masing. Jika agamanya kuat, maka ujiannya diperberat pula dan manusia yang paling berat ujiannya ialah para nabi.

*Ayat 3*

Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar dan dusta dalam pengakuan imannya. Dia juga Maha Mengetahui apa yang telah, akan dan yang tidak akan terjadi dan apakah akibatnya seandainya suatu hal itu terjadi.

*Ayat 4*

Jangan sekali-kali orang-orang yang belum beriman mengira bahwa mereka boleh lari dari ujian kerana sesungguhnya di belakang mereka terdapat siksaan dan pembalasan yang jauh lebih berat dan lebih pedih daripada apa yang mereka alami di dunia.

*Ayat 5*

Sesungguhnya Allah pasti akan merealisasikan harapan dan menunaikan pahala amal yang melimpah dan sempurna kepada orang yang mengerjakan amal soleh. Kerana Allah Maha Mendengar Maha Melihat semua doa dan semua makhluk-Nya.

🎀 *Pengajaran*

1) Manusia diuji tanda Allah SWT sayang sesuai dengan kemampuan seseorang untuk menghadapi ujian. Jadi, berbaik sangkalah dengan Allah apabila kita diuji.

2) Allah SWT telah menjanjikan balasan dan siksaan bagi orang yang tidak beriman dan mereka tidak akan terlepas dari ujian sama ada di dunia mahupun akhirat. Apabila kita diuji, peliharalah akidah dan janganlah menyalahkan Allah kerana menguji kita yang beriman sedangkan orang-orang yang tidak beriman tidak diuji.

3) Tingkatkanlah amal soleh kerana Allah. Semoga kita beroleh pahala berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah.

4) Berdoalah pada Allah SWT segala apa yang dihajatkan kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui juga Maha Melihat hambaNya

*📚Rujukan:* Apps Tafsir Ibn Kathir

*Disusun oleh:*
*Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Penerangan & IT DMPK Gombak.*
_20 Ramadhan 1438_ / _15 Jun 2017_

Hoarding disorder

..worth reading



I'm suffering from what psychologist called as "Hoarding Disorder."

It means that, it is hard for me to let go the old and personal stuff of mine.

Having this kind of mental disorder as part of my life is really challenging. I will keep on hoarding things that are no longer useful for me, and stack it more and more in my room.

(and I'm afraid that it runs in the family)

One of the criteria of having this Hoarding Disorder is the inability to let go the things that I don't need anymore.

It means, whenever I want to throw it away, I will keep on thinking, "It will be useful in the future," which turns out as just another lie to keep my mind at peace, and to to be able to keep it, along with the other useless stuff in the room.

It is really hard for me throw things away, even though I want to.

( when it's getting severe, it can become like this :https://www.facebook.com/litefm.com.my/videos/1485623031456479/?hc_ref=SEARCH )

My housemates when I lived in UK, knows this. They all realised it. Although I have the largest room in the house, it seems that I'm the one with the smallest space to move, because of my items. What made it worse, after I graduated from Nottingham, I brought most of my stuff with me, back to Malaysia.

:(

The photos shown in this post is some of the stacked items in my room. Those are the items that I have acquired during my time for this late 6 years, and majority of them were from my study in UK, on which I have been struggling to clear it away. Although I really want to, I cannot do it.

Whenever I go through all of the items, to choose which to throw away, I ended just just organising it just the way it already is. I was only able to throw probably about 10%, which is not really that much.

I'm admitting this condition of mine not to be proud of it, but to show everyone that mental health is important as any kind of physical health.

Just because it doesn't show on our physical skin, doesn't mean that it is not there.

Study shows that about 30% of Malaysian are affected by depression, and those are exclusive of other kind of mental disorder.

OCD, Narcissism, Sociopathy, Bipolar, etc.

A lot of mental disorder are "available" out there, and I'm quite sure that Malaysian, just like any other people in other countries, are prone to have this disorder.

The question is,

How do we know that we have it?
Then, how do we get the treatment for it?
Even so, do we want to treat from it?

Take this Hoarding Disorder as an example.

The person who has it, one of the challenges is that they will never admit that they have it. They don't see it as a problem or a disorder, but only see it as "keeping items for sentimental value" or "sayang la kalau buang, nanti ada guna".

But I'm a bit happy that me as one of the person who have the disorder, I was able to admit that I have it, because I realised of the symptoms. Probably because I studied human psychology, so that helps a lot for me to understand this.

But what about the people out there?
How will they know about this?

The answer lies in our education system.

Just as much as we educate our generation to understand a bit about cough, fever or what not, we should educate them about mental health awareness as well.

And the first step being us to learn about it first.

Right now, although I'm struggling with the condition, slowly, I'm admitting and working towards fighting it.

I already started to differentiate what is needed and what is "needed", and I'm starting to have the strength to finally throw them away or let go the things that I know, are just another lie to keep it with me.

Some of the channel I have been thinking is through Free Market, so I will lie myself that I am not throwing it away, but giving it to other people (tak muncul rasa sayang barang elok dibuang).

I'm strongly urge that whoever reading is, please learn more about mental health, and please be more aware of their conditions. It's an era of IT, just google them. Everything is there.

They say that diseases started from having an unhealthy mind. Mental health is important just as any other physical health.

Learn about it.
Be aware of it.
Educate the others as well.

-----

With Love,

Aiman Amri,
BSc in Psychology,
University of Nottingham

Tuesday, 13 June 2017

..ingatan d aidilfitri



..time is a river of which is the water..ohh my dear friend, what I scoop up from the river is all yearning for you..

..setiap tahun sahabat ini tidak pernah melupakan diri ini dgn kiriman kad ucapan..terima kasih atas kasih sayang persahabatan...
...moga Allah memberkatimu sahabat..

La tahzan..

Hidup adalah tarbiyah daripada Allah..
La tahzan innallaha ma'i~

Usah gentar selagi dirimu berpegang dgn tali agamaNya..


Monday, 12 June 2017

Ramadhan 18

Catatan Perindu Raudhah

Raudhah Rasulullah... Raudhah Jannah... begitulah sabda Rasul Junjungan... Rahmat melimpah... Barakah meruah... begitulah rasa yang tumpah...

Tenang yang luar biasa... syahdu yang tidak terkata... syukur yang merata... segarnya memenuh jiwa...

Ruangnya hanya sempit... namun naungannya hingga ke langit... Menjadi rebutan setiap detik... Perindunya tidak sedikit...

Bersimpuh di sini... bagai mengimbau sejarah... hadirnya Rasul di sisi... dengan senyumnya yang meriah... tanda cinta dan kasih di hati... buat umatnya yang berziarah...

Raudhah... semoga sedikit doa dan munajat ini... mendapat perhatianNya...


Sunday, 11 June 2017

Ramadhan 17

Anak2 mama yg tersayang
 ..andai di dalam hatimu ada rasa terluka...
..andai di dalam hatimu ada rasa resah...
...andai di dalam hatimu ada rasa sedih..

Ingatlah..
Nabi menganjurkan membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

....tika dan saat ini mama amat rindu kalian...hasbunallah wani'mal wakil...☺

Thursday, 8 June 2017

Ramadhan 14..jum'ah mubarakah


Duhai diri..
Tetaplah rendah hati..
Begitu banyak orang sombong di luar sana. 
Tolonglah..
.... jangan jadi seperti mereka. 

Kita punya Tuhan, maka bersikaplah selayaknya manusia ber-Tuhan.
Kepintaran fikiran bisa jauh menembus tinggi di atas langit.
Bisa dalam menembus kedalaman bumi.
Tapi biarkan hati dan kakimu tetap pada pijakannya 
Agar kau selalu ingat dari mana asalmu.

"Berjalanlah dimuka bumi dengan rendah hati, dan apabila orang jahil menyapa, ucapkanlah kata-kata yang baik."  (Surah Al Furqaan: 63)

Nota diri: 
Tetaplah rendah hati walau setinggi mana kedudukan kita  INGAT ...La haula wala quwwata illa billah..

Wednesday, 7 June 2017

Ramadhan 13

...catatan dari sahabat

Keheningan awal fajar Ramadan hari ke 13... saat ini dihiasi dgn solat dan munajat, istighfar dan taubat, muhasabah dan tilawah...
       ......Saat fajar Ramadan adalah saat meletakkan dahi utk sujud dalam tahajjud demi utk meraih nilai TAQWA yg ditawarkan...
      moga dgn nilai TAQWA itu mengekalkan status mukmin yg sejati sehingga ke penghujungnya..
..... Teruslah menghias diri di awal fajar ini dgn warna iman dan akhirnya tercapai TAQWA seperti yg didambakan....

..teruskan langkah



Anak2 mama n ayah yg tersayang...
..Abang
  ...Angah
       .....Adik
...sedikit pesanan dari kami..
hidup adalah sebuah perjalanan....dan di tengah perjalanan...you guys mungkin akan berada di persimpangan atau bahkan menemui jalan buntu.
    .... Ketika itu, kalian  pun tidak tahu lagi ke mana harus melanjutkan langkah...

  ......Dan
       ...Jika saat ini, kalian sedang merasakan hal itu, mungkin perlu direnungkan kembali hidupmu...
      Kemanakah kamu akan meneruskan perjalanan? Apakah yang sebenarnya kamu inginkan dalam hidup?
              .............
Ketika kamu merasa bimbang menentukan arah hidupmu, teruslah melangkah. 
               Jangan menyerah!!

Tuesday, 6 June 2017

Ramadhan 12..



MAAF..
..andai aku tidak sempurna..
..TERIMA KASIH..
..kerana di sisi sentiasa..
..SYUKUR..
..atas nikmat yg dikurnia..
..SEMOGA..
..Allah memberkati dari mula hingga akhirnya..
..bersama di dunia hingga syurga-NYA..

Chase ur dream, angah!


Alhamdulillah..
..it's gonna be a new chapter in ur life..

My lovely angah,chase your dreams..burst out at the seams.

Angah,  please never stop trying..and never stop learning...live life to the fullest and give it nothing but your best..

..mama yakin angah akan menjadi insan hebat bermanfaat utk ummah d masa depan..inshaAllah
..doa mama sentiasa mengiringi anak2 mama..

Congrats Angah!


I do miss you so much!!

Monday, 5 June 2017

..moga taqwaku bertambah

....menyelami jiwa yg resah


ALLAH YA RABB...
...berikan aku sedikit masa
..untk biarkan hati ini redha

ALLAH YA RABB
..berikan aku kekuatan untuk memaafkan
.....


Friday, 2 June 2017

..kembara ramadhan


      .....tika sahur malam ke 7....
Kurenung dalam diri...

Menunya Zikir dan Fikir...
aku renung sepinggan dosa...
dan ku tenung sayu ...
baru sesudu pahala...itu pun hanya sudu kecil sahaja...!

Ku buka tudung saji...
hajat nak mencedok barang sedikit kebaikan dari mangkok Khairat...
tapi malang...
kuahnya sudah bergaul noda...!

AKU menangis hiba dihadapan hidangan sahur malam ke 7 Ramadhan ini..!

Mungkin esok ada lagi berita takziah...sahabat lamaku ..dijemput kesisiNya..
utk berbuka di alam Baqa...
        ataupun mungkin lusa..
tersebar berita...
bahawa AKU disalatkan dan dan dibaringkan didalam pusara
..Barzakh ku bersama segala yg tiada bernyawa..!

Wahai insan2 yang kuamat sayangi...suamiku..anak2ku..
Wahai kaum keluargaku..
Wahai sahabat2 dan temanku..
Ampun dan Maafkan lah AKU..!!

TERUSKAN KEMBARA RAMADHAN MU UTK MENCARI KUNTUM2 REDHA DARI ALLAH JUA..!!