Monday, 19 June 2017

..mencari bahagia

...sekadar catatan dr pelbagai kisah kehidupan insan yg bergelar wanita

Wahai teman2ku...
Kelemahan wanita ini apabila dia menyayangi seorang lelaki membuatkan dia hilang kasih sayang terhadap dirinya sendiri. Di luar sana ku lihat betapa ramai isteri yang menyembunyikan kisah tragik mereka atas alasan mahu mempertahankan bahtera rumah tangga, takut mendapat status janda dan malu dituduh tidak pandai menjaga suami. Lebih malang lagi apabila si suami seorang yang 'berpengaruh'dan hebat dengan watak seorang sufi.
Wahai teman2 ku...
Apalah ada dengan cinta seorang manusia sebegini. Sebaiknya kembalikan dirimu kepada cinta Ilahi. Syurga seorang isteri itu di bawah redha suami. Andai seumur hidup berada dlm kedurhakaan akibat krisis yang tidak menemukan titik kebahagiaan, maka sayangilah diri sendiri agar dapat pulang ke negeri abadi dengan sesuci diri.

Salam Ramadhan ke 24...moga bahagia menjadi milik kita bersama.

No comments: