"Apa komen kau terhadap Nik Omar?"
.
"Menarik. Cakapnya mirip gaya Almarhum Tuan Guru. Sentiasa guna analogi. Cuma..."
.
"Cuma apa?"
.
"Aku ada satu kerisauan".
.
"Apa dia?"
.
"DIPERKOTAK-KATIKKAN".
.
"Maksud kau?"
.
"Ketika ini Ustaz Nik Omar adalah #MOSALAH Pakatan. Dia menjadi fokus ramai orang. Popularitinya melangit terbang. Cakapnya pada saat ini menjadi pujaan. Lalu dia akan digunakan habis-habisan"
.
"Boleh jelaskan lagi? Kurang faham".
.
Lihat satu contoh. Nik Omar buat pernyataan.
Dia berkata,
"Banyak tender-tender contohnya tender balak tidak telus.
Apabila tidak telus, untungnya hanya 2-3 kerat.
Yang ruginya rakyat"
.
Video pernyataan ini disiarkan oleh Malaysiakini.
Kemudian dikongsikan oleh page Anwar Ibrahim.
Sudah dapat 2,800 shares.
.
Persoalannya adakah benar isu balak di Kelantan ini tidak telus?
.
Satu watak yang sering dikaitkan dengan isu balak ini adalah Nik Amar.
Nik Amar sering dituduh menyalahgunakan 'kuasanya' bagi meluluskan proses penebangan balak.
.
Menurut Husam Musa,
"Dari segi keluasan tebangan balak pada hari ini ini, rekod yang PAS buat lebih dahsyat daripada kerajaan Umno Barisan Nasional di Pahang, Perak, Johor pada hari ini. Dato' Nik Amar adalah ORANG yang bertanggungjawab dalam hal ini"
.
Sejauh mana KEBENARAN kata-kata Husam Musa?
.
Baik.
Sekarang mari kita dengarkan penjelasan dari Nik Amar sendiri.
.
Nik Amar menerangkan,
"Balok di Kelantan ini ada jawatankuasa. Namanya Jawatankuasa Kecil Perhutanan Negeri Kelantan. Ini nama jawatankuasa. Ini yang bertanggungjawab tentang balak. Kelulusan balak, batal kelulusan balak seluruh Kelantan- ini jawatankuasanya. Siapa pengerusi? Menteri Besar.
.
Sejak dari mula lagi, sewaktu saya (Nik Amar) kembali ke Kelantan 2004 lagi, Tok Guru (Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz) jadi pengerusi jawatankuasa ini.
.
Sehinggalah dia berhenti tahun 2013. Selepas dia digantikan dengan Dato' Ahmad Yakob, Dato Ahmad Yakob jadi pengerusi. Dalam jawatankuasa ini ada,
.
Dato Setiausaha Kerajaan Negeri
Dato Pegawai Undang-Undang Negeri
Dato Pegawai Kewangan Negeri
Dato Pengarah Tanah Galian Negeri
Pengarah Perhutanan
3 orang Exco
.
Tapi yang naik nama saya seorang saja (Nik Amar). Seolah saya seorang yang meluluskan"
.
Bahkan sebenarnya satu laporan polis sudah dibuat terhadap Husam Musa bagi menafikan dakwaan ini. Lihat laporan Berita Harian, 16 April 2018.
.
Ada dua persoalan di sini.
.
Pertama, bagaimana Nik Omar yang betul-betul baru terjun ke arena politik sudah boleh membuat dakwaan sebegitu rupa?
.
Sebagai seorang Ustaz yang terdidik pintar, Ustaz Nik Omar akan berhati-hati dalam mengeluarkan setiap butir kata.
.
Tapi mengapa dalam hal ini dia main bedal saja?
.
"Ustaz Nik Omar dapat maklumat dari sumber yang salah.
Jadi dia beritahu maklumat yang salah"
.
Siapakah yang menyuapkan maklumat yang salah ini?
.
Fikir-fikirkan...
.
Kedua, dalam banyak-banyak exco kerajaan Negeri Kelantan, kenapakah watak Nik Amar ini MESTI DIMATIKAN?
.
Cerita keburukkan Nik Amar ini ada di mana-mana.
.
Bahkan corak dan pattern-nya SEJIBIK seperti kes PAS MAKAN DEDAK UMNO.
.
"Ada orang dalam beritahu..."
"Ada orang cakap..."
.
Siapa orang itu?
.
Krik, krik...
.
Baik.
Kenapakah watak Nik Amar ini perlu dimatikan?
.
Rafizi beritahu dalam mesyuarat terakhir Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015, Dato' Nik Amar hadir bagi mewakili PAS Kelantan untuk memberikan penerangan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.
.
"Pada PRU ke 13, walaupun Pakatan Rakyat menang pada jumlah yang signifikan, jumlah undi kepada PAS menurun sebanyak 2%. PKR turun 6%. Berbanding tahun 2008"
-Rafizi-
.
Maka Dato' Nik Amar beritahu sekiranya keadaan ini berterusan, PAS berada dalam keadaan yang rugi. PAS akan berhadapan dengan cabaran yang sukar untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan.
.
Selepas daripada peristiwa ini, Pakatan Rakyat mula bergolak.
Berlaku serangan daripada DAP kepada PAS.
Dan PAS kepada DAP.
.
Dipendekkan cerita, akhirnya PR pecah.
.
Nah, apa yang ingin saya sampaikan adalah Nik Amar adalah tulang belakang kerajaan Negeri Kelantan.
.
Dia adalah watak penting dalam PAS Kelantan.
Dia adalah orang yang berdiri teguh mempertahankan Menteri Besar Kelantan.
.
Justeru 'membunuh' watak ini adalah satu perkara yang mustahak.
Bahkan kejayaan 'character assassination' Nik Amar adalah satu milestone yang MESTI dicapai pihak lawan.
.
"Pastu yang keluar gambar kereta mewah bagai apa cerita?"
.
Senang sahaja.
Buat laporan kepada SPRM.
SPRM datang siasat.
Andai terbukti salah, bawa ke pengadilan.
.
Namun begitu, merujuk jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low di Dewan Rakyat, ada 92 pemimpin politik yang disiasat.
.
71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin Pakatan Harapan.
.
Dalam erti kata lain, TIDAK ADA SEORANG PUN PEMIMPIN PAS yang disiasat SPRM dalam tempoh 2013-2017!
.
Namun pihak masih musuh, sampai sekarang, masih canang kisah dongeng yang tidak ada sandaran!
.
Fikir-fikirkan...
.
Kesimpulannya,
Adakah wajar mempercayai satu pihak dalam keadaan kita tidak mendengar penjelasan dari satu pihak lagi .
.
Lebih parah, adakah wajar MENYEBARKAN SATU ISU dalam keadaan kesahihannya diragui.
.
Kepada Ustaz Nik Omar, saya mendoakan supaya Tuan dilindungi daripada manusia-manusia yang mahu mengambil kesempatan ke atas kelebihan Tuan.
.
Kepada Dato' Nik Amar, selepas membuat penilaian, saya akan kekal bersama Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan.
.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, selamat mengundi.
Apapun jua keputusan kita, semuanya mahukan yang terbaik untuk Malaysia.
.
#HidupRakyat!
#MalaysiaSejahtera!
.
Wan Yusof Wan Jeffery
7 May 2018
Dun Panchor, Parlimen Pengkalan Chepa
=======
Rujukan tambahan:
Video penerangan dari Dato' Nik Amar:
facebook.com/datonikamar/videos/1504206553042131/
Gambar 1:
bhplus.com.my/berita/kes/2018/04/412791/laporan-polis-terhadap-husam
Gambar 2:
FB Page Anwar Ibrahim
Gambar 3:
FB Page Profesional Istiqamah
Gambar 4:
Screenshot dari video di atasm
No comments:
Post a Comment