Tuesday, 2 October 2018

..perjalanan kami

Perjalanan hidup kita unik dan tersendiri. Tak perlu susah hati, tak perlu iri hati pada rumput hijau di laman orang lain. Laman kita ada rumput juga, hijau kan dan indahkan ia.

Tak perlu dengki pada rezeki dalam pinggan orang lain. Kita ada kudrat Allah beri, usaha lah sendiri.

Tak perlu rendah diri dengan bandingkan aku begini. Dia begitu. Kita semua hebat, ada potensi tersendiri.

Jika ada sesuatu perkara yang boleh jadi asbab pergaduhan pergeseran. Aku pilih jauhkan sahaja diri. Tak mahu bermain api. Panas dan terbakar nanti.

Fokus pada apa yang kita mahu capai. Nikmati persekitaran ujiannya. Segala perubahan cuacanya.

Hidup ini singkat. Isi lah dengan kebaikan, kebahagiaan dan segala yang bermanfaat...
Aku rindu sahabat sepeejuangan

No comments: