Friday, 23 November 2018

Tazkirah hati

❤❤❤❤

Ketika kita menyakitkan hati orang dengan kata-kata yang pedih dengan keadaan kita sedar, pernah terfikir ia akan kembali kepada kita?. Apabila ada sekelumit rasa kita lebih baik daripada orang lain, ketahuilah ALLAH itu Maha Lebih Mengetahui. Naikkan semangat diri.  Sebarkan kata-kata yang baik.

Jika kita mengkaji cara Nabi Muhammad SAW sebagai individu, baginda adalah seorang yang sentiasa mendorong orang lain membuat perubahan diri. Dan juga, memberitahu larangan dengan cara berhikmah mahupun ketegasan. Jika Nabi marah, ada caranya. Baginda adalah motivator yang berpengaruh.

Ya, kita perlu membezakan cara komunikasi berdasarkan situasi dan jangan sampai orang menjauhi kita. Tanpa kita sedar, setiap masa kita adalah inspirator atau motivator atau apa sahaja termanya, kepada diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Jangan menegur orang apabila kita merasa kita lebih baik dari orang lain.

Kita disuruh BERCAKAP BAIK atau pun DIAM. Kenapa kita tak disuruh BERCAKAP BENAR atau pun DIAM?. Bercakap benar belum tentu baik. Contohnya kita cakap "Makcik dah tua ingatlah mati, tak payahlah pergi tenguk wayang". Cakap itu benar tapi tidak baikkan?.

Tidak boleh garangkah kalau menegur dan memperbetulkan kesalahan orang?..Boleh. Garang boleh, nak perli atau nak kutuk. Cuma hanya selepas itu orang sudah tidak mendekati kita. Sayang dakwah kita jika tidak didengari atau dijauhi. Menggunakan ayat betul untuk mengajak kepada kebaikan, lebih berimpak tinggi.

Air liur dikeluarkan oleh lidah yang tidak bertulang. Ketajaman ibarat pedang yang dihunus. Perkataan baik tidak semestinya boleh menggoncang dunia. Mungkin jadi perang saudara. Menjaga hati orang lebih utama. Moga ALLAH rahmati dan ampuni kita.

Status kita di Dunia ini barangkali berbeza pendidikan, latar belakang, minat, pendedahan ilmu agama, kerjaya dan lain-lain. Namun kita semua sama sahaja, apabila berdiri di hadapanNYA. Lantas masih perlukah kita berasa lebih suci daripada orang lain?.


No comments: