Friday, 25 October 2019

syukuri..

Feeling sick..makin kerap.. Allah ya Rabb kadangkala aku letih dan penat..namun tetap bangun hadapi semua ujian ini..ampuniku Rabb krn terkadang merintih
Bila migrain datang bersama kesakitan dlm perut.kejap sejuk kejap panas...serasakan semua tidak kena..
Hidup  itu seperti sebuah drama, kadang-kala sedih, senang dan sakit. Apapun yang sedang dialami sekarang, bersyukurlah kerana syukur akan membuat hidup lebih baik. Walaupun anda sakit sekalipun, terimalah itu sebagai hikmah untuk berbuat lebih baik lagi. Kamu pasti sembuh. Bukankah bagi Allah itu tiada hal yang tidak mungkin?

Allah menyayangi hambanya bukan hanya dengan kenikmatan tetapi juga rasa sakit. Kerana dengan rasa sakit itu, mereka akan lebih mensyukuri nikmatnya. Sakit hanyalah sebagai penghapus dosa-dosamu.

Bukankah Allah tidak akan memberikan cubaan diluar kemampuan hambanya? Keadaan apapun yang sedang dialami, yakinlah kamu boleh menempuhinya walau separah manapun.Kerana Allah itu Maha Benar.

Semua pasti ada hikmahnya, jangan larut dalam kesedihan. Bersemangatlah kerana itu akan membuat keadaan lebih baik. Sakit itu hanya sebuah penghapus dosa-dosa.

Jangan memohon pada Allah untuk meringankan cubaan yang datang, berdoalah pada Allah untuk memberikanmu kekuatan untuk dapat melaluinya.

No comments: