Friday, 6 March 2020

bertabahlah duhai sahabat

9am..deringan bertalu, rupanya dari sahabat Di Utara..
Aku lebih banyak mendengar..sesekali terdengar sayu di hujung talian..dari riak suaranya Aku tahu airmatanya mengalir laju..tak mahu dia larut dgn perasaan sesekali cuba bergurau, dia tertawa tapi aku tahu sekadar mengambil hatiku..
Sahabat aku faham gelora jiwamu..aku tahu gelodak rasamu..tidak mudah bagimu melaluinya..namun  itulah jalan yang ditentukanNya..
Sahabat aku ngerti hatimu amat merinduinya..sakitnya rindu itu kerna ia tak kembali lagi di sisimu, namun ia tetap hidup dlm jiwamu kerna dia sebahagian dirimu
Akhirnya, hanya mampu ku ungkap..sahabatku, kita tidak akan pernah melupakan akan sesuatu yg hadir kerana kita hidup dalam ingatan..jangan nafikan nanti ia menyiksakan

Doaku sentiasa mengiringimu sahabat, terima kasih kerna sudi berkongsi rasa denganku

No comments: