Friday, 22 May 2020

Taqabbalallah..

Ramadhan 30..adakah ia yg terakhir buatku..

sekadar renungan dari hati yg sayu

Ramadan kali ni, begitu aneh. Pelik. Suatu Ramadan yang tidak pernah kita lalui. Asing.

Masjid sunyi sepi. Pagar tertutup rapi. Yang ada hanya imam dan bilal. Saling merenung sesama tidak terkata apa.

Teguran Tuhan kali ini bukan hanya kita yang rasa. Bahkan satu dunia.

Kota Mekah sunyi sepi. Derap kaki orang tawaf dan berlari anak dari Safa ke Marwah itu hilang. Kota Madinah sama juga.

Dua kota yang tidak pernah sunyi itu pun hilang seri bagai dilanggar garuda. Dua kota yang paling meriah di atas dunia saat Ramadan tiba hari ini menjadi kota mati. Sepi dan sunyi.

Dan kita, terkunci di daerah sendiri. Daerah yang kita kenali menjadi asing bila manusia pakat keluar bertopeng.

Ah, aneh.

Suatu keanehan yang mungkinkah akan kita harungi lagi di Ramadan akan datang? Atau ia bakal terpahat dalam buku Sejarah sebagai bahan bacaan generasi akan datang?

Yang sebelum ini megah mendabik dada, kini ramai berteleku sendiri menghitung rugi. Satu persatu kemewahan dahulu dilepaskan. Satu persatu kebanggaan dahulu hilang.

Yang susah, bertambah sempit. Yang sempit makin terhimpit. Yang sedia terhimpit bagai tiada harapan untuk bangkit.

Dan menjelma ribuan dermawan tidak bernama. Menghulur sini sana dalam diam hanya mengharap redha.

Dan di Ramadan terakhir kali ini, kita masih bernadi untuk menghirup secangkir udara percuma.

Menikmati segala nikmat yang dikurnia walau dalam sempit, walau dalam lega.

Tuhan. Terima kasih atas Ramadan kali ini.

Biar tidak sesempurna yang biasa. Biar ia aneh dan asing. Biar ia pelik tidak terperi.

Namun nikmat nyawa ini besar tidak tertanding. Untuk kita terus berjuang demi sebuah kehidupan di sini dan di alam sana.

Selamat tinggal Ramadan. Dan terima kasih Tuhan.

#MFS
- Pejuang kehidupan -
.

Monday, 18 May 2020

HBD 50th UKM


Rindu
Tidak hanya muncul
Kerana jarak yang terpisah.
Tetapi  juga kerana desakan hati

Rindu
Membuatkan
Kita tidak pernah jauh
Selalu di dalam hati
Kemanapun aku pergi
Kau selalu ada
Yang jauh hanya raga
Bukan hati kita.

Rindu
Hanya sebuah rasa
Dalam setiap denyut nadiku
Jarak dan waktu memisahkan kita
Tapi aku menunggu
Satu masa nanti
Kita  akan bertemu kembali

Rindu
Tiba-tiba datang
Mengusik memori
Di ketenangan  ini
Yang ku dengar hanya bisikan
Sedang hati terus bertahan
Memendam rindu yang tak sudah
Yang mengajarku makna perpisahan
Dalam sebuah ikatan
Yang diatur Tuhan















We❤️UKM
Selamat menyambut ulangtahun ke 50 UKM. Universiti yang tertubuh dengan keinginan ‘rakyat’ yang amat sangat untuk melihat sebuah universiti kebangsaan terbina. Kita berterima kasih pada semua yang telah menyumbang dari seawal ianya diilhamkan. Apa jua peranannya, setiap seorang adalah Warga berjasa. Semoga Allah SWT merahmati semuanya.

Kita Warga UKM hari ini mewarisi universiti yang sarat amanatnya. Bukan amanat biasa tetapi amanat yang nenuntut kita memenuhinya bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan, tanpa penyudahnya. Kita Pendaulat Amanah Negara.

Sempena 50 tahun UKM, dengan roh penubuhannya, marilah kita menilai sejauhmana kita telah memenuhi amanat berzaman ini. Sudahkan kita...

...Mengilham harapan
...Mencipta masa depan
...Menyepadukan iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat
...Menggabungan teori dengan amal
...Mengembangkan ilmu
...Membina masyarakat terpelajar
...Membangunkan Universiti
...Menjadi Universiti terkehadapan
...Mendahului langkah masyarakat dan   zamannya
...Membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia
...Menjadi Universiti terpilih
...Memartabat bahasa Melayu
...Mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

Jangan sesekali kita ketepikan amanat ini. Jangan sesekali kita lupa amanat ini. Jangan sesekali menjadikannya malap. Membaranya amanat ini adalah tanggungjawab kita semua. Mesti dipahat dalam. Mesti dipasti kekal berzaman. 

Kita kemudikan universiti ini dengan penuh wibawa, kita fahami universiti ini dengan penuh jiwa. Dalami erti maksudnya penubuhannya. Mari kita beriltizam untuk terus bersama menjulang nama universiti kita. Tersohor dan dihormati semua. 

Selamat menyambut Ulangtahun ke 50 UKM. 

18 Mei, 1970 - 18 Mei, 2020.
C&P

Sunday, 17 May 2020

Dakapan ramadhan 25

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

..ikatan bukan utk disakiti

..Allahuakbar
Di pagi bulan yg mulia ini menerima panggilan dari sahabat..sekian lama tak berhubung entah mengapa digerakkan hatinya menghubungiku...
Firasat hati ini saat dia memperkenalkan diri, pastinya ada yg terbeban di hatinya lantas mencari seseorang utk diluah rasa..
Benar sekali..kehidupan yg dilaluinya setelah bergelar ibu tunggal setelah pemergian suami dlm membesarkan anak2 amat menyesakkan dirinya..tapi kehidupan mesti dilalui dan onak ranjau pasti ditempuhi dgn tawakal pada Illahi
Namun, dlm keselesaannya mengharungi kesukaran..ada hati insan2 yg cuba menumpang bahagianya.. mula2 ditepis dgn baik sehinggalah muncul seseorang yg pernah bertahta di hatinya suatu ketika dulu..hanya dari permulaan sekadar bertanya kabar tetapi kini sudah bertukar arah, segala perkara dikongsi bersama..hati mereka sudah terikat..hendak diikat si dia milik orang...hendak dipisah hati sudah kasih..buntu dan  bagaimana..??
Sahabat
Dalam perbualan kita selama 3 jam..sering aku  ditanya bagaimana kehidupan kembali berstatus isteri..bahagiakah..adilkah...padaku biarlah Allah swt sahaja tempat ku mengadu tidak pd yg lain dariNya..
Sahabat
Aku tahu walau apa pun pengalaman yg kukongsikan..walau apa pun nasihat yg ku titipkan pastinya hatimu sudah ada keputusan..dan seandainya dirimu tegar melangkah jua ke alam itu..bersedialah krn padaku ikatan perjanjian itu bukan utk disakiti

Saturday, 16 May 2020

Happy teachers’ day

Day 60 of PKP/PKPKB
Ramadhan 23 1441H/ 16 Mei 20
..since 1994 aku di sini, berkhidmat dan berbakti sebagai pendidik.
 Tidak mungkin aku tertaqdir menjadi guru oleh Allah swt melainkan ada kelebihan anugerah Allah swt dan Aku percaya hanya insan terpilih tertaqdir menjadi seorang guru...
.terlalu banyak kenangan dan menghargai insan2 yg begitu berjasa buatku yang Aku ingin coretkan, namun kerana keterbatasan waktu dlm mengejar Laitul qadar aku’sepikan dulu’..InshaAllah may b d lain masa
ALHAMDULILLAH
Ku titipkan d sini antara ucapan yg diterima












Tuesday, 12 May 2020

ku pinta redhaNya

Ramadhan 20..anugerahkan kami lailatul qadar ya Rabbi
Allahuakbar terasa sayu sekali di tahajjud ini
saat mengenang anugerah terindah ini akan betangkat pergi
yang entah nanti akan bertemu kembali

Doaku di pagi yang hening ini
moga diri ini
dan
semua insan yg kukasihi  dilimpahi Rahmat dan dianugerah kasih sayang  Illahi.

Mensyukuri nikmat
Pemberian Tuhan
Meredahi setiap ujian
Dan kesusahan..
Sabar meneruskan
Perjuangan itulah
Kehidupan insan
Beriman..

🍃🌹 Menggapai Redha Allah 🌹

Monday, 11 May 2020

Jst sharing

KUNCI ILMU

Imam Shatibi (muqaddimah ke-12) berkata, “ilmu itu di dalam dada ulama, kemudian berpindah ke dalam buku, maka kuncinya di tangan-tangan mereka”.

Malangnya, yang baru mengenali satu dua ayat hadis, satu dua buku kemudian berijtihad sedangkan makna huruf “waw” pun tak tau.

Sangkaan mazhab itu satu pendapat satu kekeliruan. Akhirnya menyalahkan amalan setempat kerana satu pandangan lain dalam mazhab.

Dr. Ahmad Irdha Mokhtar




Sunday, 10 May 2020

Let go

🌸 WHEN U ❤THE WRONG PERSON 🌸

When you love the wrong person
It always ends up by you learning a lesson
When you love the wrong person
Your heart constantly aches but still
For the sake of what you feel
You try to make it things work
You always have endless thoughts

When you love the wrong person
Your eyes constantly cry
No matter how hard you try
To put on a smile
When you love the wrong person

Your words are salty
Because of tears
Your thoughts and logic becomes faulty
Because of fear
There's this constant pain
That pierces through your heart again and again

When you love the wrong person
You wear the crown of sadness
Because they steal your happiness
You try to persist
With the believe
That they will change
But still they remain the same
Next thing you get your heart broken
Out of pain
You start feeling every (wo)man is the same

When you love the wrong person
The next thing is you'll stop believing in love
You'll never give out your trust
Not ever again
Love is that one thing that can turn sane to insane

When you love the wrong person
There is no reason to your reason
You always forgive them
Trying to live out of reality in pretence

When you love the wrong person you becomes wicked
No one can ever convince you there is try love
When you love the wrong person
You always end up learning a lesson

When you love the wrong person it breaks your heart
It tears you apart
You feel stranded in the land of loneliness

When you love the wrong person
They break your trust
The break your love
They steal your joy
And the joy of finding true love
Because
When you love the wrong person
All they do it fit into the broken pieces of your heart the wrong ideas about love

When you love the wrong person...
When it doesn't feel right just let go

Let go!

Friday, 8 May 2020

..hanya satu

_Memilih untuk diam, memperhatikan dari jauh, atau mendoakan diam-diam. Setiap orang punya caranya sendiri untuk jatuh cinta tanpa membaginya dengan orang yang dia cinta. Setiap hati selalu mempunyai sebuah nama. Jatuh cinta diam diam._

✍🏻Tinta Jumaat 15 Ramadhan

Tuesday, 5 May 2020

Jst a thought

Day 50 MCO/CMCO
Just a thought
...
That was not the first time we talked about how we are going to die. With the passing of my dear friends, uncle, atok.., I can listed many things good about them..but surely missing them all

Moving in my 50's, husnul khatimah death would be my aim. Yet, what have I done to be awarded such?

One of the things that got me excited is still death, leaving this world behind ( as if I have enough good deeds😔). Talking about death makes this world shrink to the size of a ‘guli’ ball, get me busy preparing for it and making sure my offsprings are well 'equipped' and 'installed' with faith.

With Ramadhan, day 13, let me pray that we prepare all the deeds that could qualify us for Allah's Rahmah and living in a wonderful, beautiful abode in heaven.

Speaking of which, I’m happy wth juz 24..The group has moved to to its 23rd round and I'm stil there

Monday, 4 May 2020

Ramadhan Kareem

Allahu Akram
Day 11 of Ramadhan..masih dlm situasi CMCO Conditional Movement Control Oder /PKPB
...tazkirah to my self indeed

Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti...
Katakan yang benar, sungguh pun  ia pahit dan tidak digemari orang..

Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji...
Jika kita hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka kita sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan....

Janganlah kau tunda-tunda kebaikan sampai esok hari, kerana engkau tak tahu apakah umurmu sampai esok hari,

Setiap MANUSIA adalah dalam keadaan MATI, kecuali mereka yang mempunyai ILMU  dan setiap  yang mempunyai ILMU adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal KEBAIKAN .

Dan setiap yang mengamal KEBAIKAN adalah dalam keadaan tertipu, kecuali mereka yang IKHLAS. Dan mereka yang IKHLAS sering dalam keadaan risau, kerana ditakuti amalannya tidak diterima.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat...

Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya...

Jangan harap pada manusia untuk jadi kuat, tapi berharaplah pada Allah untuk diberi kekuatan.

Hidup lah mencari Redha Allah.