Monday, 18 May 2020

HBD 50th UKM


Rindu
Tidak hanya muncul
Kerana jarak yang terpisah.
Tetapi  juga kerana desakan hati

Rindu
Membuatkan
Kita tidak pernah jauh
Selalu di dalam hati
Kemanapun aku pergi
Kau selalu ada
Yang jauh hanya raga
Bukan hati kita.

Rindu
Hanya sebuah rasa
Dalam setiap denyut nadiku
Jarak dan waktu memisahkan kita
Tapi aku menunggu
Satu masa nanti
Kita  akan bertemu kembali

Rindu
Tiba-tiba datang
Mengusik memori
Di ketenangan  ini
Yang ku dengar hanya bisikan
Sedang hati terus bertahan
Memendam rindu yang tak sudah
Yang mengajarku makna perpisahan
Dalam sebuah ikatan
Yang diatur Tuhan















We❤️UKM
Selamat menyambut ulangtahun ke 50 UKM. Universiti yang tertubuh dengan keinginan ‘rakyat’ yang amat sangat untuk melihat sebuah universiti kebangsaan terbina. Kita berterima kasih pada semua yang telah menyumbang dari seawal ianya diilhamkan. Apa jua peranannya, setiap seorang adalah Warga berjasa. Semoga Allah SWT merahmati semuanya.

Kita Warga UKM hari ini mewarisi universiti yang sarat amanatnya. Bukan amanat biasa tetapi amanat yang nenuntut kita memenuhinya bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan, tanpa penyudahnya. Kita Pendaulat Amanah Negara.

Sempena 50 tahun UKM, dengan roh penubuhannya, marilah kita menilai sejauhmana kita telah memenuhi amanat berzaman ini. Sudahkan kita...

...Mengilham harapan
...Mencipta masa depan
...Menyepadukan iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat
...Menggabungan teori dengan amal
...Mengembangkan ilmu
...Membina masyarakat terpelajar
...Membangunkan Universiti
...Menjadi Universiti terkehadapan
...Mendahului langkah masyarakat dan   zamannya
...Membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia
...Menjadi Universiti terpilih
...Memartabat bahasa Melayu
...Mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

Jangan sesekali kita ketepikan amanat ini. Jangan sesekali kita lupa amanat ini. Jangan sesekali menjadikannya malap. Membaranya amanat ini adalah tanggungjawab kita semua. Mesti dipahat dalam. Mesti dipasti kekal berzaman. 

Kita kemudikan universiti ini dengan penuh wibawa, kita fahami universiti ini dengan penuh jiwa. Dalami erti maksudnya penubuhannya. Mari kita beriltizam untuk terus bersama menjulang nama universiti kita. Tersohor dan dihormati semua. 

Selamat menyambut Ulangtahun ke 50 UKM. 

18 Mei, 1970 - 18 Mei, 2020.
C&P

No comments: