Sunday, 14 June 2020

segerak usia

Waktu remaja dahulu suka berkawan. Memiliki ramai kawan karib. Akrab sehingga mengikut mereka balik ke kampung ketika cuti hujung minggu.Sikap peramah dan suka bergurau adalah menifestasi semulajadi dalam diri. Apabila berkahwin dan memiliki keluarga, kesibukan mengurus rumah tangga itu membataskan perhubungan.Satu persatu mereka hilang ditelan arus waktu. Diri mulai belajar hidup sendiri tanpa keriuhan sahabat bertanya khabar seperti dahulu. Lama kelamaan ia menjadi suatu kebiasaan. Kehilangan demi kehilangan mengadap diri silih berganti.Tiba-tiba hati menjadi takut untuk mendekati dan mengakrabi sesiapa sahaja kerna dibimbangi sejarah lalu akan berulang...tafsirlah  apa sahaja tentang diriku kerana kita berdiri di batas takdir yang berbeza.

No comments: