bila sesuatu perkara berlaku dalam hidupku..
pelbagai respon yang telah kuberikan..
mungkin adakalanya perasaan marah..benci..geram..merajuk..
dan adakalanya suka..senyum..sayang..
mungkin perkara itu berlaku kerana Allah swt mahu melihat bagaimana aku melaluinya..
with fully care..half care..or no care at all..
akhirnya dapat dibuktikan adakah aku seorang pemarah..penyabar atau pemaaf
dan juga tahap redhaku
maafkan aku..
kerana membuat insan2 di sekelilingku tidak berpuas hati denganku..
apa yang aku buat bukan terdorong dari sikap tergesa-gesa ..
atau sikap tidak berfikir panjang..
aku ingin hidup tenang..
aku akan menarik nafas lega setelah kuserahkan kembali kepada si Pemberi melalui sujud-sujuk yang termampu kulaksanakan..
benar,..
airmataku tertumpah jatuh..
namun aku pasrah
aku ingatkan diri..
biar segala tindakanku datang dari si Penciptaku..
bukan dari kehendak hati yang kurang bersihnya..
akhirnya..
doaku..
moga yang datang itu
adalah sebuah keredhaan..
sebuah kemaafan..
sebuah silaturrahim..
No comments:
Post a Comment