dalam bisik bicaraku lewat dinihari..
duhai Yang Maha Pengasih..
terkadang jiwaku letih dan semangatku hilang pergi..
namun..
dengan kekuatan rohaniku..
mengingatkan daku
bahawa Engkau ya Allah ..
sentiasa mengetahui hakikat usahaku yang sudah sedaya upaya untuk berubah menjadi lebih baik..
terkadang
tangisanku berpanjangan
dan hatiku dihimpit kedukaan
namun
pantas kusedar
bahawa Engkau ya Allah..
kan menghitung setiap titisan air mataku..
ku juga sedar
bahawa Engkau ya Allah..
tidak akan mensia-siakan usaha hambaNya..
kerana sesunguhnya Engkau ya Allah..
Maha Adil lagi Amat Penyayang..
lindungilah aku dibawah lembayung rahmahMu..
No comments:
Post a Comment