بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
🌾السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته🍂
Alhamdulillah
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
@2 Syaaban 1438H
Bermanis Muka Ketika Bertemu
Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.” (Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
Islam itu mengambil berat tentang hal kebaikan, walau sekecil mana amalan kebajikan dilakukan pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Umat Islam dilarang memandang enteng perkara-perkara kebajikan walaupun sekadar senyum semasa bertemu dengan kawan-kawan dan saudara-saudara seagama, kerana senyuman itu juga akan mendapat balasan pahala. Senyuman boleh menumbuhkan rasa cinta dan sayang antara yang bersaudara dan sesama manusia.
Sumber : Kitab Riyadh als Salihin
No comments:
Post a Comment