Tuesday, 2 May 2017

..coretan buat anak2 mama

untuk tatapan abang angah n adik..moga anak2 mama memahaminya...
......
............
..................
..ingatlah pemuda yg baik adalah mereka yg menunduk pandangan,yg takut kpd Allah,pemudi yg baik adalah yg memelihara kesucian diri,memelihara agamanya.
Bila telefon di tangan,tiada siapa yg nampak,tiada siapa yg boleh menyekat,ditangan kitalah memilih utk menjadikannya laluan ke syurga atau ke neraka.
Dua malaikat yg disisi tetap tidak akan leka mencatat tiap sentuhan jari anda dan jari itulah akan memetik buah disyurga atau dibakar hangus di neraka.
Kemajuan teknologi ini menjadikan syaitan lebih mudah kerjanya mengheret manusia bersamanya kerana maksiat dan kejahatan boleh dibuat tanpa keluar dari rumah, tidak seperti zaman Abu Jahal dan Abu Lahab dahulu,tapi dosanya mungkin sebesar itu juga
...Namun teknologi juga membolehkan kita melaung kebaikan,menyeru kpd kebenaran seluas isi dunia ini,melebihi suara para nabi, menakluk ruang lebih luas dari Iskandar Zulkarnain,tetapi semua terletak kpd diri kita,nak merebutnya atau nak melihatnya shj..
....
.......
...(suatu hari d 2016....)

No comments: