Penyelesaian luar mahkamah kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng (LGE) terhadap Ketua Penerangan PAS YB Ustaz Nasrudin Hassan (UNH) pada Isnin 18 Januari 2016 lalu sebenarnya mendedahkan beberapa lagi fakta yang menarik bagi tatapan rakyat Malaysia. Sebagai ulangan, saman LGE itu adalah terhadap artikel FB UNH yang bertajuk “Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel?”.
Dalam fakta kes disebut bahawa projek tersebut akan menelan belanja sebanyak RM4.6 billion untuk panjang terowong 6.3 kilometer. Ini menurut UNH terlalu mahal dengan tidak logik. Mengikut akhbar The Edge melaporkan pada 11 Januari 2016, kos sebenar projek tersebut adalah RM6.3 billion yang melibatkan pembinaan tiga jajaran lebuhraya dan juga terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer.
“Macam mana pulak. Kita-PKR, Amanah dan DAP-satu pasukan. UMNO,MCA dan MIC satu pasukan. Dia (PAS) tidak tahu pergi ke mana-mana.
“Jadi kalau menyebabkan tiga penjuru, bukan (disebabkan) kita (PH). Dia lah (PAS).
“Kita ni dah kemas (mengikat perjanjian) dah tiga (sambil merujuk kepada YB Azam dan Pengerusi PKR Terengganu itu menganggukkan kepala), jadi dia (PAS) yang menyebabkan bukan kita,”kata Raja Kamarul.
Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail (foto) turut mengesahkan kenyataan Raja Kamarul itu.
“Sebenarnya, kemas tak kemas bezanya, dulu (semasa Pakatan Rakyat) kita bercakap sahaja.
“Orang kata kerbau dipegang dengan tali, manusia dipegang dengan janji.
“Dah tahu dah janji tak tepat. Jadi saya tak mahu dah..(ketawa). Kita dalam PH, cepat-cepat kita rangka strategi, tanda tangan MoU (memorandum of understanding).
“MoU ini bukan main stail lama dah. Bukan stail tok kaduk dulu, kita main atas kertas, kita tanda tangan, kita isytihar.Butir-butir tu dah ada. Maka kita ada panduan.
“Kita juga telah berjanji..kalau PAS mari berbincang dengan kita pun, kita tidak akan pergi seorang diri. PKR tidak akan pergi seorang. DAP tidak pergi seorang dan Amanah pun tidak akan pergi seorang. Jadi kita selamat di Terengganu, Insya Allah.
“Terengganu telah terkedepan dalam soal ini, Insya Allah tempat lain akan buat begitu juga,”katanya.
Raja Kamarul dan Azam membuat kenyataan itu apabila ditanya salah seorang peserta program Dialog Bersama Pimpinan Pakatan Harapan di Dewan Ulek Beach Resort Jalan Pantai Dungun, Terengganu, 6 November.
[caption id="attachment_686" align="alignright" width="300"] Wan Mohd Tarmizi[/caption]Peserta itu bernama Wan Mohd Tarmizi (foto) bertanyakan “Adakah PH bersedia menerima PAS sekiranya PAS bersedia bekerjasama dengan PH. Jika tidak, mengapa PH tidak menetapkan satu tarikh (date line) kepada PAS bahawa pada tarikh tersebut tiada lagi kerjasama yang dapat dijalinkan bersama PAS”
Menjawab persoalan itu, Raja Kamarul berkata Amanah telah membuat beberapa kali tawaran kepada PAS untuk berbincang, namun ditolak parti Islam itu.
“Tentang date line dengan PAS ini, saya telah beberapa kali meminta Pesuruhjaya PAS Terengganu duduk berbincang tentang masalah IMDB dan sebagainya, tetapi mereka dengan tegas macam dululah
“Dia kata PAS tidak mahu berbincang. Dia kata kita (Amanah) ini pengkhianat.
“Tetapi yang pentingnya, kita telah buat tawaran, kita telah pelawa beberapa kali untuk duduk berbincang, dia (PAS) tak nak terima, orang boleh menilai,”katanya.
Sebelum itu, Raja Kamarul turut menuduh Ahli-ahli Parlimen PAS sebagai hipokrit kerana sikap berbeza ketika berada di Dewan Rakyat dan ketika berjumpa pengundi.
“Di kampung dia (PAS) cakap lain. Nada dia lain. Masuk parlimen, kadang-kadang dia tak bersuara pun, orang tertentu.
“Yang bercakap inilah, tiga empat orang inilah(sambil merujuk kepada Khalid Samad dan Hanipa Maidin). Balik kampung, macam dia seorang sahaja yang perjuang Islam. Dia seorang sahaja yang bercakap pasal hudud.
“Pada sesi parlimen yang lepas, hari terakhir, tidak ada seorang pun ustaz-ustaz bercakap pasal hudud. Yang bukan ustaz bercakap pasal hudud. Pelik.
“Lepas muktamar (PAS), mana dia bercakap pasal hudud dah. Dah tenggelam. Ini semua sandiwara. Jadi siapa sebenarnya pengkhianat ?,’soalnya.
Beliau juga turut mengkritik tindakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak mahu menentang kelulusan bajet 2016.
“Apa yang Tuan Ibrahim kata tidak sepatutnya kita menentang kelulusan bajet 2016. Kerana dia kata ini akan menyusahkan orang ramai dan PAS nak berkecuali.
“Saya rasa mana ada, orang pilih wakil rakyat, masuk parlimen, jadi pemerhati. Berkecuali,”katanya.
Raja Kamarul turut mempertikaikan kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali yang berkata PAS mengambil sikap berkecuali dalam Bajet 2016 tetapi menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya terbaca (kenyataan) Cikgu Pa (Mustafa Ali) kata PAS tidak akan menyokong penolakan bajet 2016 tetapi akan menyokong undi tak percaya. Hah, dia nak cover.
“Tetapi speakar (Dewan Rakyat) dah kata, undi tak percaya ini, dia tidak akan melayan.
“Kalau ada usul-usul yang lebih kecil daripada itu, misalnya usul rusuhan, kita bawa (tetapi) speaker tolak, tak kan dia nak benar undi tak percaya.
“Jadi, dia (Mustafa) mengatakan dia akan menyokong benda yang dia tahu speaker tidak akan lulus. Tengok tak silap mata. Jadi siapa yang khianat sebenarnya,”katanya lagi.
[facebook url="https://www.facebook.com/panshahalam/videos/1508284859497746/" /]
_______________________________________________________________________
Menurut laporan The Edge pada 11 Januari 2016, consortium yang dikurniakan projek tersebut adalah Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG). Mengikut terma yang dilaporkan, CZBUGG akan dibayar dengan tanah yang, secara logiknya, mempunyai nilai komersial semasa atau masa hadapan yang sama atau lebih tinggi daripada RM6.3 billion.
Namun untuk memaju tanah-tanah komersil tersebut CZBUGG menubuhkan dua usahasama dengan syarikat Ewein Berhad (EB). Usahasama ini adalah pada pegangan 40% oleh CZBUGG. Syarikat usahasama ini akan memajukan tanah-tanah ini dan pulangannya akan digunakan untuk membayar kontraktor utama projek iaitu China Railway Construction Corp Ltd (CRCC). Juga dilaporkan bagi memenuhi tuntutan aliran tunai, CZBUCG bercadang untuk mengurangkan lagi pegangan mereka dalam usahasama tersebut kepada 20% pada masa hadapan.
Berdasarkan analisa, didapati pengalaman EB dalam bidang hartanah adalah amat mencurigakan. Mengikut maklumat daripada laman sesawang EB, aktiviti utama EB adalah sebagai pengeluar dan pembuat fabrikasi kepingan besi, ajuan dan ajuan suntikan. Dengan tiada pengalaman langsung dalam bidang hartanah, apakah EB mampu untuk memajukan tanah-tanah komersil yang bernilai tinggi ini?
Perlu diingat bahawa satu-satunya sumber dana CZBUCG untuk membayar kos pembinaan projek adalah hasil jualan komersil hartanah tersebut. Adakah EB mampu untuk memajukan hartanah tersebut ke tahap nilai sekurang-kurangnya RM6.3 billion? Sekiranya ianya gagal, bagaimanakah CZBUCG boleh melunaskan kos projek?
Bukan setakat itu, apa yang lebih membimbangkan ialah EB adalah pemegang saham majoriti didalam usahasama tersebut pada 60% dan akan bertambah kemudiannya kepada 80%. Oleh kerana pembiaya utama projek adalah syarikat usahasama CZBUCG dan EB, maka dengan kata lain keseluruhan projek ini akhirnya akan menjadi hak milik EB.
Mampukah sebuah syarikat pembuatan besi dan tiada pengalaman langsung dalam pembinaan lebuhraya dan terowong dan bidang hartanah melaksanakan keseluruhan projek ini. Kalau sebelum ini DAP lantang mengkritik pihak lain kerana menganugerahkan projek-projek mega kepada syarikat-syarikat yang tiada pengalaman, mengapa sekarang LGE dan DAP dengan hipokrik mengamalkan perkara yang sama?
Siapakah di belakang CZBUCG dan EB sehingga mereka diberikan keistimewaan begini?
Laporan Amresearch pada 9 September 2013 juga ada menyatakan bahawa antara syarikat lain yang turut bersama menyertai tender projek ini adalah IJM, WCT, Gamuda and MRCB. Ini merupakan nama yang sudah terkenal dalam bidang pembinaan, terutama Gamuda yang juga kontraktor yang menyiapkan terowong SMART. Mengapakah mereka ini tidak dipertimbangkan? Apakah kelebihan yang ada pada CZBUCG dan EB?
Sikap hipokrit LGE dan DAP juga terserlah dalam isu konsesi tol yang diberikan kepada CZBUCG selama 30 tahun. Mengapa LGE dan DAP bersikap “double standard” dengan menentang dengan lantang amalan tol di lebuhraya-lebuhraya Malaysia tetapi menerima kutipan tol untuk projek yang dimiliki sendiri kerajaan Pulau Pinang.
Apa yang lebih pelik adalah mengikut laporan Amresearch, 9 September 2013, kos pembinaan terowong ini akan dibiayai dari dana pembangunan tanah-tanah komersil yang akan dibangunkan oleh usahasama CZBUCG dan EB. Jadi mengapa perlu ada lagi kutipan tol. Untuk apakah kutipan tol itu selain daripada hanya untuk membebankan rakyat.
Projek terowong Pulau Pinang adalah amat mencurigakan. LGE dan DAP sebenarnya berhutang banyak penjelasan-penjelasan kepada rakyat berkenaan kedudukan dan pelaksanaan projek ini. Dalam masa yang sama rakyat juga berhak dan sepatutnya menuntut lebih maklumat berkenaan projek ini yang mana perlaksanaannya dalam keadaan amat tergesa-gesa.
Kebenaran harus dituntut daripada LGE dan DAP.
MAZLI NOOR
Timbalan Presiden
Ikatan Ilmuwan Nasional (Ilmuwan)
Timbalan Presiden
Ikatan Ilmuwan Nasional (Ilmuwan)
Advertisements
4 thoughts on “Kes Saman Nasruddin Serlahkan Sikap Hipokrit Lim Guan Eng & DAP”