Wednesday, 30 August 2017

Puasa Arafah

Bangunkanlah

Puasa hari Arafah adalah disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan haji.

Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda :

صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده

"Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang". [Shahih Muslim (1162)]

Oleh kerana pahalanya yang besar, maka sepatutnya seseorang itu memastikan isteri, anak dan sesiapa yang berada di bawah kekuasaannya untuk berpuasa pada hari itu.

Sa'id bin Jubair rahimahullah berkata:

أيقظوا خدمكم يتسحرون لصوم يوم عرفة

 "BANGUNKANLAH (daripada tidur) pembantu-pembantu kamu supaya mereka bersahur untuk berpuasa pada hari Arafah"

Berpuasalah dan ajaklah manusia untuk berpuasa pada hari Arafah.

Semoga Allah "tenggelamkan" dosa kita dengan tenggelamnya matahari pada hari Arafah.


No comments: