Kanak-kanak feel attracted dengan orang dewasa itu biasa. Kerana itu wujudnya kanak-kanak yang manja dengan Paksu Maksunya, yang rapat kamcing dengan gurunya, yang sangat sayang dengan sesetengah orang di sekelilingnya pada tahap luar biasa.
Itu normal. Yang luar biasa ialah apabila sexually attracted sehingga jatuh cinta dan timbul rasa ingin hidup bersama. Ini bukan biasa untuk kanak-kanak yang diusia main zero point dan lompat tikus lagi.
Sexual attraction pula selalunya hanya akan bermula jika ada ‘grooming.’
Jika ada grooming, jangankan umur 13 tahun, umur 7 tahun pun boleh mempunyai perasaan untuk hidup seperti pasangan bernikah. Kita sendiri tahu kan, kisah sebegini bukan terpencil lagi. Cuma mereka tidak nyatakan mereka mahu bernikah, sedar-sedar sudah ramai yang terlanjur dengan rakan sekelas.
Kalau nak bercakap tentang grooming ini pula, di zaman it dan zaman ‘ibubapa berfikiran terbuka’ ini, bersepah indirect grooming yang mengekori pemikiran anak kita sebenarnya.
Grooming paling basic, adalah dalam drama-drama TV yang acah-acah sweet. Acah-acah benci kena kahwin paksa suami isteri, lepastu eksiden di malam pertama. Laki tanpa baju tayang badan sado, perempuan berbaju ketat. Berdiri rapat-rapat. Tiba-tiba terjatuh atas katil. And there you go.
Sikit saja ni. Dalam drama dan filem Melayu, bersepah sexual grooming untuk anak-anak suci kita. Belum kira drama Hollywood apatah lagi Bollywood yang sentiasa menampilkan tarian erotic hero dan heroinnya. Nak describe lebih, saya tak sanggup. Cukuplah contoh satu di atas.
Ya, grooming paling nampak okey dan dapat green light sendiri dari ibubapa, adalah dalam drama dan tv yang anak-anak bebas menontonnya.
Grooming kedua, youtube.
“Eh youtube? Anak saya tengok Youtube Kinder Joy Surprise Eggs je sambil belajar, ‘What colour is this…? REDD! GREEN! BLUEEE!” Mana ada groomingnya.
Ya, ada. Tengoklah sendiri. Bersepah video lucah tahap kanak-kanak sebaris dengan video-video yang nampak noob tu. Parents, PANTAU.
Video grooming di Youtube sendiri pernah ditengok oleh anak saya. Apa saya buat bila saya nampak dia dah mula exposed to the virus? Ini nanti saya cerita lain kali. Point saya di sini, yes. Youtube.
Sumber grooming ketiga, Anime, Manga dan game-game online.
Watak-watak kartun, hero dan heroinnya, especially heroinnya yang selalu terpampang di muka utama dan paling kerap ditayangkan di skrin. Heroin yang berseluar pendek, selayaknya seluar dalam, dengan punggung yang montok dan terdeah, dengan baju yang menunjukkan alur dan buah dada besar yang ditutup dengan sangat sedikit baju – setiap saat anak tengok cerita atau main game dengan karikatur seksi sebegini – ADALAH PROSES GROOMING buat mereka.
Ada anak lelaki yang belajar melakukan onani kerana kerap bermain game online. Setiap kali gambar kartun heroin keluar, dia berasa triggered di alat sulit dan akhirnya, dia belajar onani tanpa ada sesiapa yang mengajarnya.
Bagi yang ada anak lelaki di bawah umur 12 tahun, berhati-hatilah dengan ancaman ini terhadap mereka. Di bawah umur 12 tahun, selalunya mereka akan beronani dahulu kerana kurang maklumat. Tapi sesudah masuk alam sekolah menengah, di sini banyak kucing-kucing yang boleh dijinakkan. Anak perempuan ke sekolah dengan tudung singkat dan tali bra berwarna hitam dan warna warni – bagi anak lelaki yang dah sexually groomed sebelum ini, ini hidangan tersedia! Mereka tak gusar-gusar ambil langkah pertama.
Nanti masa akan datang saya akan tulis bagaimana berdepan dengan anak lelaki di ambang akil balighnya. Dan anak perempuan, ya. Bagaimana mengajar mereka jadi wanita bermaruah. Nanti next-next pos inshaALLAH.
Cuma yang saya ingin highlight di point ketiga saya ialah, grooming dari game online dan anime-anime sememangnya wujud dan sentiasa berlaku. Siapa kata main game online sebegini okay? Fikir sekali lagi.
Sumber grooming yang seterusnya, antara yang paling teruk membunuh dan paling buruk padahnya adalah NOVEL.
Ya, novel Melayu yang bersepah di pasaran dengan pelbagai topik. Baik novel cinta, mahupun novel bukan fully tentang cinta (which is VERY RARE IN OUR INDUSTRY). Novel Melayu cinta kita, ‘boleh tahan’.
“Langkah kakinya yang tersalah diatur menyebabkan dia terjatuh dan menindih diriku. Wajah mulusnya betul-betul tertelangkup di atas dadaku yang bidang. Nafasku berdegup laju. Pinggangnya yang ramping kini dalam pelukanku. Mata kami terpaku melihat antara satu sama lain. Dari jarak dekat ini baru aku perasan, bibirnya sangat cantik dan semerah delima. Mahu saa aku sentuh lembut bibirnya itu… Bla bla bla”
Belum cerita bab tercabut tuala, tercabut butang baju, tersondol punggung dan sebagainya. Saya berani klasifikasikan, banyak dari novel-novel cinta Melayu ditulis dengan cukup ‘daring.’
Bagaimana saya tahu? Sebab saya sendiri adalah pembaca novel sewaktu saya bersekolah menengah. Sehingga ke satu tahap bila dah bijak sedikit, pada usia 15 tahun saya mengisytiharkan bahawa novel cinta Melayu adalah novel sampah yang takkan saya sentuh lagi sampai bila-bila kerana kesan-kesan buruk dan mesej menjijikkan yang terkandung dalamnya.
Saya suka baca buku. Saya baca macam-macam buku. Bila baca novel saja, saya rasa macam saya orang bodoh. Di situ saya sedar mana silapnya, dan sampai sekarang saya anti novel cinta Melayu sampai saya rasa MALU nak sentuh pun novel Melayu. Tapi, novel-novel ini lah sekarang yang banyak diterjemahkan menjadi drama. You see? Generasi kita sedang sakit.
Apabila membaca buku dan novel, otak kita bekerja untuk membayangkan segalanya. Dan membaca novel sebegini, kita ‘dipaksa’ untuk membayangkan benda yang orang dewasa saja tahu? Ini grooming namanya. Tapi ramai tak sedar.
Sedari usia itu juga saya berkempen dengan rakan-rakan saya untuk tidak membaca novel cinta Melayu KECUALI SEGELINTIR sahaja yang selalunya adalah novel dari negara luar yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, novel yang ilmiah dan mendidik seperti Maria dan Isabella.
Masih ada yang ditulis dengan nilai murni yang baik dan bebas dari unsur sexual grooming, tapi percayalah, yang majoriti mendominasi pasaran adalah yang ada unsur sexual grooming. Sebab apa penulis perlu masukkan unsur sebegini? Sebab permintaannya dari PEMBACA ITU SENDIRI TINGGI!
Kecik-kecik tengok Youtube dan sebahagian game online dengan wanita seksi, besar sikit baca novel, kemudian tonton gambar dan video lucah, kemudian di university, anda tahu berapa ramai pelajar hilang teruna dan daranya sebelum tamatkan zaman sekolah lagi? Kita fikir ini semua berlaku sekelip mata?
Tidak. Ini berlaku bertahun lamanya secara sedikit demi sedikit.
Jadi ibaubapa, tak perlulah 'open minded sangat'.
Sometimes, our 'opennnes' is what open the door to Jahannam for us and our kids.
Belum cerita lagi, grooming dari GAMBAR-GAMBAR DI FACEBOOK yang dishare sendiri oleh ibubapa.
Gambar macam mana? Ini dalam kategori sumber grooming yang kelima.
Gambar infografik yang kononnya membawa mesej/poster kesetiaan pasangan apabila diuji. Kata-kata motivasi dalam perhubungan, percintaan atau entah apa-apa lagi. Tapi, gambar backgroundnya apa?
Gambar lelaki peluk wanita dari belakang dalam selimut dengan pakaian tidur yang seksi.
Gambar wanita seksi peluk lelaki tanpa baju yang cuma bertuala mandi dalam bilik tidur, kononnya romantis.
Gambar cium mulut pasangan suami isteri yang diibaratkan memiliki cinta sejati tulus dan murni.
Dan macam-macam lagi. Tak tertulis semuanya.
Ini 5 sumber sexual grooming yang nampak 'ok' je dan di'benarkan' dalam masyarakat kita tanpa kita sedari.
ARE WE PARENTS AWARE OF ALL THIS?
Benda ini BERSEPAH di sekeliling kita dan anak-anak kita memang EVERYDAY IS ACTIVELY BEING SEXUALLY GROOMED dari banyak sudut! Jadi, kalau anak umur 9 dan 10 tahun minta nak berkahwin dan setuju nak berkahwin, dari mana puncanya? Dari persekitaran kita!
Belum kira bab handphone ibu/bapa atau dalam group whatsapp ibubabap yang ‘ingatkan’ tentang ‘malam Jumaat’ dengan gambar wanita seksi yang selak baju sambil menggigit jari.
Kalau nak cerita lagi, banyak!
Pos-pos di facebook tentang perkara-perkara lucu yang dilucahkan yang tak sanggup saya mahu sebut. Tapi, ianya semua sedang berleluasa dalam masyarakat kita.
Jadi, kalau ada anak-anak yang bawah 12 tahun sudah pandai berhubungan kelamin, sudah pandai mengorat suami orang, sudah pandai hantar surat mengorat cikgu dan sebagainya – itu bukan KESILAPAN DARI MEREKA – MERAKA ADALAH MANGSA – YANG SILAP DAN BERSALAH ialah kita SANG DEWASA YANG GAGAL MELINDUNGI MEREKA!
Ibubapa, anak-anak kita perlukan perlindungan kita. Perlindungan ini bukan saja kecukupan makan minum, pakaian dan persekolahan. Perlindungan ini ramai sudah bagi yang TIP TOP kepada anak mereka. Tetapi perlindungan yang paling penting yang kerap kali terlepas pandang oleh kita ibubapa ialah, PERLINDUNGAN MEREKA DARI JALAN-JALAN MENUJU LUBANG-LUBANG NERAKA.
Grooming ini sebenarnya adalah salah satu dari jalan yang menghantar anak kita memushanhkan masa depan mereka. Saya namakan ini sebagai TEROWONG KE NERAKA. Biar saya namakan dengan nama yang menyetap jiwa, SUPAYA SAYA TAK TERLEKA dan selalu sebut kepada diri;
“Ini terowong ke neraka ni. Aku kena handle anak aku betul-betul. Aku kena selamatkan anak aku. Aku kena begitu dan begini..”
Kerana istilah ‘TEROWONG NERAKA’ itu cukup membuatkan saya berasa sungguh tidak selesa dan lebih aware dalam membesarkan anak-anak.
Membiarkan anak terdedah dengan sexual grooming ini, sama seperti hantar anak melalui terowong untuk ke neraka.
Bayangkan, anak yang kita sayang, ulit, belai, kasih sepenuh jiwa dan raga itu, KALAU SALAH DIDIKAN DARI KITA, KALAU JAHILNYA PUNCA DARI KITA, KALAU CUAINYA PUNCA DARI KITA, MEREKA AKAN BERTRANSIT DI NERAKA? Ya, dengan kita-kita sekali transit di sana.
Ya transit di neraka.
NAUZUBILLAH MIN ZALIK! Ampunkan kami Ya ALLAH…
Kesimpulan saya, sexual attraction antara anak lelaki dan perempuan di usia sangat muda, bukan perkara normal. Kerana itu saya cukup hairan kenapa ada parents membiarkan anak-anak mereka bercinta di usia begitu awal? Hujah mereka, “Kita juga dulu begitu. Macam kita tak pernah bercinta.”
Pheww… Saya garu kepala. Dia belum kenal terowong ke neraka.
Attraction lelaki dan perempuan itu tetap akan berlaku, tetapi kita akan BIARKAN IA BERLAKU apabila sampai masanya dan kemudian ia diuruskan pada masa yang bersesuaian dengan jalan yang bersesuaian.
Membiarkan anak-anak kita mempunyai sexual attraction pada usia kanak-kanak bukan satu perkara yang betul. Salah satu tanda anak dah sexually groomed adalah bila dia pandai bercinta lagaknya orang dewasa. Ini fenomena (anak kecil bercinta) yang sudah dianggap biasa orang zaman sekarang.
Ketahuilah, ini perlu dibendung.
Lindungi anak kita.
KAMBUS SEMUA TEROWONG-TEROWONG KE NERAKA. PANTAU MEREKA, APA YANG MEREKA BACA, APA YANG MEREKA LIHAT, APA YANG MEREKA DENGAR DAN APA YANG MEREKA RASA.
Jadi sahabat paling baik untuk mereka, agar mereka percaya pada kita dan TIDAK BERAHSIA dengan kita.
Kita ibubapa, mesti ambil cakna, dan jauhi sumber grooming/terowong-terowong ke neraka ini.
Sementara masih ada masa dan upaya.
Disclaimer: Susunan isi dan gaya bahasa kurang tersusun. Ini adalah tulisan spontan.
Seorang Ibu Yang Risau,
Sharifah Zahidah
3 Julai 2018
#TrainerHati Diri Sendiri
Abunour Learning Center
#sebelumsenja
No comments:
Post a Comment