Monday, 2 July 2018

..cinta hatiku

Setiap kali mak atau ayah tertidur, aku membelek kulitnya yang kian mengendur, urat-urat di tubuhnya kian menimbul. Emak sebenarnya tidak sekuat dulu. Ayah juga begitu. .
Hanya semangat mereka sahaja yang masih kuat. Aku lihat mereka  kini kerap tidur seperti bayi. Aku sedar dan terima apa sahaja perubahan yang berlaku itu kerana aku faham, mereka perlu dilayan seperti seorang anak kecil sesuai dengan usianya.. Semoga semua anak-anak mak ayah turut faham bahawa mak ayah kita bukan seperti dahulu lagi. Usia mak dan ayah sudah melewati usia baginda rasul... Mereka perlukan kita disamping seperti kita perlukan mereka disamping kita suatu ketika dahulu.

No comments: