Thursday, 30 August 2018

Tazkirah diri di hari sayangi malaysiaku..

“Apabila hati nurani manusia sudah mati dan menolak kebenaran, maka tidak akan memberi manfaat hafazan Quran dan pengajian hadis kepadanya”

Monday, 27 August 2018


Doa tidak mampu mengembalikan mereka yang kita cintai 
        Tapi mampu memberikan kebahagiaan kepada mereka
      Doa tidak mampu mengulang waktu
tetapi mampu membuat kesempatan datang kembali
Doa tidak selalu memperbaiki hati yang hancur
tetapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan
dan penenang kalbu

Terima kasih Tuhan


Sunday, 26 August 2018

Terasa bahagia dgn rindu itu

Walaupun telah 24 tahun meninggalkn zaman prasiswazah di UKM, tetapi lagu ini masih lagi segar dalam ingatan. Meremang rasanya bila dgr lagu ini, seperti ada satu semangat dlm diri yg tak dpt nak digambarkan. Hanya mereka yg pernah melalui zaman itu dan menghayati lagu ini sahaja yg dpt memahami perasaan tersebut.
Sebab itu sehingga hari ini aku masih lagi kekal di  UKM sebagai tenaga pengajar dan rasa ingin membalas budi dan berbakti kepada universiti tercinta sentiasa membara dan meluap-luap.

Oleh sebab itu setiap kali majlis konvokesyen pelajar aku jarang tidak menghadirkan diri kerana ingin merasai gema dan semangat lagu ini bila dinyanyikan oleh kumpulan koir UKM. Begitu juga dgn lagu 'Varsiti Kita'. Mmg terasa bangga yg teramat sangat tatkala menyanyikan lagu ini. Seolah-olah macam baru semalam menjejakkan kaki ke UKM, segala nostalgia zaman pelajar akan datang menerpa satu persatu di ingatan.
Terkenang minggu orientasi, berjalan di subuh hari ramai2 ke DECTAR. .ada yg tersepak rakan dan ada juga yg terjatuh dlm parit. .Terkenang menapak dari Kolej Aminudin Baki ke dewan kuliah di FSKK n FPI, kadang2 malamnya aku dan teman2 berjemaah di masjid kalau tidak ke TSL. .tapi biasanya bilik ISIUKM di Pusaneka menjadi pilihan kami lepak2 di situ,sementara menunggu kuliah yg seterusnya.. Kalau nak makan murah pergi saja ke Kolej Dato Onn.. Best juga borak2 kat bilik kawan2..biasanya bilik Aton jadi sasaran kami..
Terkenang juga, seringkali aku menerima bingkisan surat salam perkenalan..kadangnya bersama sekuntum mawar,  namun tak pernah aku balas dan ditolak dgn cara baik. .semuanya aku simpan rapi dlm kotak kertas buatan sahabat baik..
Atas permintaan sahabat, aku keluar dari kolej di final year, menyewa rumah no. 5. lebih dikenali sbg rumah jemaah IPU..banyak suka duka tercipta di sini. .Aku juga lebih mengenali sikap pimpinan dan batas pergaulan. .dari situ aku mula menjauhkan diri..
Pastinya,  aku bangga menjadi anak UKM dan aku bangga dapat mencurah bakti kepada UKM, Universiti KeBanggaan Malaysia.


💕💕💕 UKM 💕💕💕

Saturday, 25 August 2018

Enjoy wth my beloved kids

Nampak bertiga, hakikatnya kami berempat
Walau adik tiada di sisi
Namun dia ada dalam hati dan jiwa kami
Setiap waktu doaku pada mereka tidak pernah putus
Anak2 adalah penggerak masa depan
Alhamdulillah 










Bahagia di Eid al adha 2018


Alhamdulillah segala puji dan tahmid..  ku panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa yang masih mengizinkan kami sekeluarga ber eid al adha.. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar ! 
Tahun ini tak sempat bergambar di pagi raya krn sibuk dgn acara korban..moga Allah menerima amalan ibadah korban ayah dan aku juga kami sekeluarga..setiap titisan darah yg mengalir itu menjadi asbab utk kami ke firdausi.  Amin ya Rabb
Sempat juga bawa mak dan anak2 buah ziarah perkuburan almarhum Ust Fadhil Noor dan Ust Azizan Razak.. suasana tenang sekali
Rindu pada anakanda yg jauh di Turki, hanya doa sebagai kekuatan buat kami..


















Thursday, 23 August 2018

Persahabatan kami

ALHAMDULILLAH  syukur padaMu Allah atas anugerah pertemuan ini. .
Hampir 30 tahun kami berpisah sejak sekolah rendah dan semalam kami bersua di Eid al adha..
Benar, akhir2 ini aku rindu dgn sahabat lama juga kenangan bersama mereka. .Teman sepermainan, teman seperguruan, teman sepengajian mengenal perkataan dan huruf ABC..mengenal dan mengaji alQuran. .Semuanya indah ..Teramat indah
Dan semalam kami mengalir air mata bersama, melepaskan rindu yg menyesak jiwa. .berbual lama tanpa sedar menghampiri senja. .
Hahaha. ..Bertambah lagi wassap group aku.. kali ini sekolah rendah pula.😍😍 .Lama menghilang nama2😉 zarina, zabidi, shukri,adnan,fadil, sakinah, milah, noriah, zawiyah dan lain2...meriah sekali. .InshaAllah janji kami akan selalu berhubung menyambung ikatan yg terpisah sementara. .Alhamdulillah  ya Rabb
Sepi bukan beerti hilang..Diam bukan beerti lupa..Jauh bukan beerti putus kerna kita ada satu ikatan seoanjang hayat. PERSAHABATAN

Wednesday, 22 August 2018

Honey's collection_august

As long as Allah pleased wth me, enough for me