Sebab itu sehingga hari ini aku masih lagi kekal di UKM sebagai tenaga pengajar dan rasa ingin membalas budi dan berbakti kepada universiti tercinta sentiasa membara dan meluap-luap.
Oleh sebab itu setiap kali majlis konvokesyen pelajar aku jarang tidak menghadirkan diri kerana ingin merasai gema dan semangat lagu ini bila dinyanyikan oleh kumpulan koir UKM. Begitu juga dgn lagu 'Varsiti Kita'. Mmg terasa bangga yg teramat sangat tatkala menyanyikan lagu ini. Seolah-olah macam baru semalam menjejakkan kaki ke UKM, segala nostalgia zaman pelajar akan datang menerpa satu persatu di ingatan.
Terkenang minggu orientasi, berjalan di subuh hari ramai2 ke DECTAR. .ada yg tersepak rakan dan ada juga yg terjatuh dlm parit. .Terkenang menapak dari Kolej Aminudin Baki ke dewan kuliah di FSKK n FPI, kadang2 malamnya aku dan teman2 berjemaah di masjid kalau tidak ke TSL. .tapi biasanya bilik ISIUKM di Pusaneka menjadi pilihan kami lepak2 di situ,sementara menunggu kuliah yg seterusnya.. Kalau nak makan murah pergi saja ke Kolej Dato Onn.. Best juga borak2 kat bilik kawan2..biasanya bilik Aton jadi sasaran kami..
Terkenang juga, seringkali aku menerima bingkisan surat salam perkenalan..kadangnya bersama sekuntum mawar, namun tak pernah aku balas dan ditolak dgn cara baik. .semuanya aku simpan rapi dlm kotak kertas buatan sahabat baik..
Atas permintaan sahabat, aku keluar dari kolej di final year, menyewa rumah no. 5. lebih dikenali sbg rumah jemaah IPU..banyak suka duka tercipta di sini. .Aku juga lebih mengenali sikap pimpinan dan batas pergaulan. .dari situ aku mula menjauhkan diri..
Pastinya, aku bangga menjadi anak UKM dan aku bangga dapat mencurah bakti kepada UKM, Universiti KeBanggaan Malaysia.
💕💕💕 UKM 💕💕💕
No comments:
Post a Comment