Friday, 7 September 2018

..realiti kini

Bila seorang isteri berdepan dengan suami yg abaikan nafkah zahir maka si isteri diminta untuk bersabar dan bersabar dan bersabar. 😢😢
Bila si isteri tidak melayan nafkah batin suami dengan alasan tak de 'rasa' sebab diri tak dihargai lantaran rasa dikhianati atau suami gagal laksana tanggungjawab maka si isteri akan diingatkan dengan dosa sebab enggan melayan kehendak batin suami.

Hmmmm...apakah perkahwinan hanya milik suami? Zalimkah Islam bila hak isteri tidak diendahkan? Apakah hanya isteri perlu bersabar? Apakah hanya isteri yg berdosa? Lupakah suami juga berdosa kerana gagal laksana tanggungjawab nafkah zahir? Gagal menjaga emosi dan perasaan isteri? Tidak perlukah suami bersabar dan bersabar dan bersabar memahami emosi isteri yg merasa 'jijik' untuk melayan suami yg hanya mempergunakannya untuk nafsu sendiri?

Jangan sewenangnya menuduh isteri nusyuz sebab gagal penuhi kehendak suami sedangkan suami terlebih dulu sudah nusyuz dengan perintah Ilahi. Dalam surah an-Nisa’ ayat 128 Allah SWT berfirman yg bermaksud: “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap  tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua2nya mengadakan sulh yg sebenar2nya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”.

Nusyuz seorang suami bermaksud:
1- mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi dengannya);
2- tidak memberi nafkah;
3- menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, Asas fi at-Tafsir)

No comments: