Wednesday, 25 December 2019

Day 11

Alhamdulillah n finally I’ve got home
Benar, ibadah itu adalah hubungan antara kita dan Tuhan. Untuk kita menunaikan hak Allah.
Tapi jangan lupa. Dalam melaksanakan ibadah, ada hubungan antara kita dan hamba Tuhan yang lain perlu dijaga. Untuk kita tunaikan hak sesama manusia; hamba Allah.

Menyakiti orang lain atas nama ibadah, bukan dari ajaran Nabi.
Mengasari orang lain kerana ibadah bukan petunjuk dari Nabi.

‘Tamak’ dalam kebaikan itu bagus. Tetapi apalah namanya kebaikan andai ia dilakukan dengan keburukan.

Fahamilah bahawa pahala diperoleh dengan cara mulia, justeru ia juga perlu dilaksanakan dengan cara mulia.

No comments: