Alhamdulillah perantauan dan rehlah itu amat membahagiakanku..syukur padaMu Illahi atas anugerah ini
16/12.. berakhirlah Trip Kembara ilmu d Bumi Anbiya'
Di sini aku mengambil ibrah dari peninggalan para Anbiya dan sahabat, perjalanan para Rasul menyebarkan Dakwah itu tidak mudah penuh kesukaran ditambah lagi dgn kepanasan terik mentari dan kesejuka atau al shita’ padang pasir.. Allah ya Rabb..kerdilnya hambamu ini
Di sini juga kukenal ukhuwah, mengikat kasih bersama akhawat..Alhamdulillah ..
.terima kasih semua ats persahabatan kita...
Bermula dari bumi Mesir...Palestin dan Jordan.....bertemu 2 keajaiban dunia yg diringgalkan Allah swt sebagai ibrah kpd hambaNya..Piramid dan Bandar Petra.....beziarah 2 maqam sahabat yg dijamin syurga oleh Allah swt iaitu Abu Ubaidah al Jarrah dan Abdul Rahman bin Auf..juga maqam imam al Shafie...berziarah ke Maqam para Anbiya’;nabi Danial, Nabi Saleh,Nabi Ishaq,Nabi Musa,Nabi Daud,Nabi Ibrahim,Nabi Yusak, Nabi Syuaib A.S dan peninggalan para anbiya' tiang dan batu bata Nabi sulaima, mihrab Nabi Zakaria ..
Sujudku di al Aqsa menuntut kesayuan tanpa sedar tertumpah jua airmata..rinduku kpd Rasulullah saw, peristiwa al isra dan mikraj menguji keimanan para sahabat..adakah mungkin ia berlaku dlm satu malam??hanya yg beriman akur dengannya.
Semoga segala doa dan amalan kami sepanjang permusafiran ini diberkati dan dirahmatiNya...
No comments:
Post a Comment