Beruntunglah mereka yg dinaungi ketua keluarga yg begini..
Pesan guruku..
Ketua keluarga yang terbaik adalah yang selalu ingat anak dan isterinya di mana sahaja dan dalam keadaan apa sahaja. Mereka selalu berada dalam ingatannya. Dan tiada sesuatu yang dapat melupakan beliau daripada mereka. Sifat ini akan terus terbawa-bawa hingga ke akhirat.
Said bin Jubair berkata: “Apabila seorang mukmin masuk Syurga, dia bertanya dimana ibubapa, anaknya, adik beradiknya. Maka dikatakan kepadanya: sesungguhnya mereka tidak mencapai darjat seperti darjatmu. Orang itu berkata: wahai tuhan, sesungguhnya aku beramal untuk diriku dan untuk mereka! Allah lalu memerintahkan untuk mengumpulkan keluarga ini semula.” (Tafsir Ibn Kathir)
No comments:
Post a Comment