Tuesday, 20 February 2018

Minda Profesional

*BNM PERLU BERTINDAK SEGERA BANTU MERINGANKAN BEBAN PENGGUNA*


Kenyataan terbaharu daripada Bank Negara Malaysia (BNM) melalui buletin suku tahunannya berkenaan kedudukan Rumah Mampu Milik (RMM) adalah amat bercanggah dengan tindakan dan polisi BNM sendiri. Dalam kenyataan tersebut BNM menyatakan bahawa Malaysia sekarang menghadapi kekurangan RMM dan kedudukan bekalan dan harga rumah Malaysia sekarang adalah amat tidak mampu milik.

Antara data-data yang dikemukakan oleh BNM adalah dalam suku pertama 2017 hanya 24% daripada projek rumah baharu yang dilancar adalah pada harga RM250,000, iaitu harga yang mampu dimiliki oleh 35% isi rumah Malaysia. Data itu juga menyatakan bahawa antara tahun 2007 hingga 2016, harga rumah telah meningkat sebanyak 9.8% manakala pendapatan isi rumah Malaysia hanya meningkat 8.3%. Dalam tempoh tersebut, iaitu 2012 hingga 2014, harga rumah meningkat lebih daripada sekali ganda peningkatan pendapatan isi rumah, iaitu 26.4% berbanding 12.4%.

Inilah yang menyebabkan wujud ketidaksetaraan antara bekalan dan permintaan RMM, sepertimana yang berlaku sekarang. Dan kemuncak fenomena ini adalah jumlah rumah yang tidak dapat dijual adalah yang paling tinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu 146,497 unit setakat pada suku kedua 2017.

Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (PAS) telah pun menyedari hakikat ini dan dalam banyak kenyataan kami, telah menyaran dan mendesak kerajaan, terutama BNM mengambil langkah proaktif dan mesra pengguna dalam menangani masalah ini. Oleh kerana itulah kami amat tidak bersetuju dengan tindakan BNM menaikan Kadar Faedah Semalaman (OPR) kepada 3.25% yang lalu kerana ianya akan memburukkan lagi keherotan pasaran, termasuk pasaran rumah Malaysia.

Kami menegaskan bahawa pengguna masih amat terbeban dengan suasana ekonomi negara sekarang, jesteru kenaikan OPR akan terus menekan pengguna. Malah dari perspektif pasaran rumah, keupayaan pengguna untuk mendapatkan pinjaman akan lebih terjejas dengan OPR yang lebih tinggi sekarang. Ini secara langsung akan menjejaskan permintaan termasuk memburukkan lagi herotan yang berlaku kepada pasaran rumah Malaysia.

Malah tekanan yang dihadapi oleh pengguna ini bukan saja dapat dibuktikan melalui sektor perumahan yang terjejas teruk, malah melalui sektor peruncitan yang penguncup. Ini terbukti dengan kenyataan dan pemerhatian yang dinyatakan oleh Dato’ Wira Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad melalui temuramah dengan stesen radio BFM, bahawa sektor hypermarket menyaksikan penguncupan disebabkan pengguna tidak berbelanja. BNM seharusnya lebih awal peka dengan semua yang berlaku dalam pasaran kini, lantas sepatutnya lebih tuntas bertindak.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa dengan semua tekanan yang dihadapi oleh pengguna sekarang, BNM tidak seharusnya menaikkan OPR, malah tindakan itu adalah bercanggah dengan data suasana ekonomi negara, yang dikeluarkan sendiri oleh BNM. Walaupun tindakan menaikkan OPR itu lebih kepada untuk menormalisasikan pasaran terhadap potensi tekanan inflasi, tindakan itu adalah amat pra-matang. Seperti yang kami hujahkan bahawa keutamaan sekarang sepatutnya ialah untuk memberi lebih ruang kepada pengguna untuk menyerap tekanan seterusnya menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang amat menekan, sepertimana data-data diatas.

Oleh itu, langkah pembetulan yang drastik harus dibuat oleh BNM sekarang bagi menyokong daya saing pengguna yang seterusnya memperkasa permintaan domestik.


*MAZLI NOOR*
Timbalan Pengerusi,
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

06 Jamadil Akhir 1439H
22 Februari 2018

Monday, 19 February 2018

..bukan tanah liat biasa

........
 ..perempuan itu bukanlah tanah liat biasa. ..tapi tanah itu sudah ditiup roh oleh Allah SWT sehingga dia hidup. ..dia punya hati yang harus disiram...apakah harus engkau memarahinya andai dia tersilap..
..... Ingatlah dia sudah memberikan seluruh jiwa dan raganya padamu. .kesetiaan yg satu tiada dua tiada tiga. ..TETAPI andai engkau mengabaikannya. ..dan tidak memberinya HAK... Ingatlah bahawa. ..Dia akan mencari di tempat lain..

Sunday, 18 February 2018

Hadith maudu'


Hadis Mauduk adalah Hadis Da'if yang paling buruk.

Berkata al-Imam al-Nawawi rahimahullah:
النوع الثالث: الضعيف وهو ما لم يجمع صفة الصحيح أو الحسن. ويتفاوت ضعفه كصحة الصحيح، ومنه ما له لقب خاص: كالموضوع، والشاذ، وغيرهما.
Maksudnya: Jenis ke 3: al-Da'if iaitu sesuatu yang tidak mengumpulkan sifat hadis sahih atau hasan. Kedaifannya berbeza seperti berbezanya kesahihan hadis sahih. Daripada hadis da'if ini, ada yang mempunyai gelaran tersendiri; seperti al-mauduk, al-syaz dan selainnya.
(al-Nawawi, al-Taqrib, dalam al-Suyuti (1423H), Tadrib al-Rawi Fi Sharh Taqrib al-Nawawi, Hlm. 199)

Kemudian al-Imam al-Nawawi rahimahullah berkata lagi:
النوع الحادي والعشرون: الموضوع: هو المختلق المصنوع، وشر الضعيف، وتحرم روايته مع العلم به في أي معنى كان إلا مبينا.
Maksud: Jenis yang ke 21: al-Mauduk iaitu sesuatu yang dicipta dan direka, dan merupakan tingkatan yang paling buruk daripada tingkatan-tingkatan hadis da‘if.  Diharamkan semua bentuk periwayatannya bagi orang yang tahu tentang kepalsuannya kecuali untuk tujuan menjelaskan kepalsuannya.
(al-Nawawi, al-Taqrib, dalam al-Suyuti (1423H), Tadrib al-Rawi Fi Sharh Taqrib al-Nawawi, Hlm. 323)

Pesanan:
Ada orang kata hadis mauduk bukan hadis da'if. Nah, baca sendiri kalam al-Imam al-Nawawi rahimahullah yang jelas mensifatkan hadis mauduk sebagai salah satu hadis da'if, bahkan ianya adalah hadis da'if yang paling buruk.
Apapun, jom #hadithsahih !

Wednesday, 14 February 2018

di sini kami mencipta warna


..take time
to stop and enjoy the beauty all around you

..ku sapa angin yg berlalu..
 nyanyikan lagu rindu buat semua temanku..
..bisikkan melodi syahdu nan indah buat semua sahabatku..
katakan ada insan yg pernah menemani menghiasi pelangi memori..
setia menanti di alur ilmu

Sesekali pinjamlah hati mereka yang kamu lukai,yang kamu ambil hak nya , agar kamu tahu rasanya sabar, agar faham bagaimana ikhlas

Tuesday, 13 February 2018

Happy Anniversary

(..rushing in between back to back classes.. .hampir melupakan aku dgn tarikh ini. .)

...14 Feb
satu detik yg menambahkan corak dan pelbagai warna dalam kanvas hidupku dan permata hatiku
..di sini aku kenali maqam ulya
..di sini aku sedari maqam sufla
di dalamnya ada bahagia
di dalamnya ada derita
Langkahku terus tanpa menoleh lagi..
    meskipun perjalanan panjang penuh berliku
kutempuhi selagi izinNya mengiringi...

..Terima kasih ALLAH atas kurniaan ini
..Terima kasih ALLAH atas limpahan anugerah ini

Doaku dari sudut hati yg paling dalam. .
  Moga isteri yg hina ini menjadi lebih baik dari tahun2 yg terlewati..
Maafi diri ini yg sentiasa khilaf dan alpa

Barakallahulakuma. ..

Kasihku...


Andainya dengan tawfiq Allah aku memiliki sekelumit kejayaan, maka wanita mulia ini adalah rahsia dan kunci segalanya.
Aku tidak pernah khuatir dengan sebarang ujian dan dugaan hidup andainya aku mempunyai doa wanita ini yang aku bersangka baik termasuk dalam golongan yang Allah mustajabkan doanya.

Wanita ini tidak pernah lupa untuk mendoakan aku berpuluh-puluh minit lamanya, bersungguh-sungguh meminta setiap hari, setiap waktu solat fardu dan sunatnya..
Aku terasa kuat dan tenang dengan doanya.

Sewaktu di alam bergelar pelajar saat aku ditanya rakan pada malam peperiksaan: “Kenapa nampak macam relaks je esok nak periksa?”, aku akan menjawab: “Apa nak risau, aku ada doa mak yang Allah pasti makbulkan” penuh keyakinan.

Ya, wanita yang menjadi rahsia kejayaan ini ialah insan teristimewa bergelar ibu yang telah berkorban segalanya melalui pelbagai keperitan hidup demi kebahagiaan anak-anaknya.

Walaupun pelbagai “luka” dan air mata yang telah beliau titiskan tika aku kepiluan dengan ujian rumahtangga atau sikapku menggurisnya namun wanita yang aku panggil sebagai "mak"  ini tidak pernah berputus asa dari doa dan bimbingan.

Namun jika doa seorang ibu telah dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa, siapakah lagi yang mampu menghalangnya??

Bagi yang masih memiliki "rahsia" ini, hargailah ia dan janganlah lupa memanfaatkannya selagi kita dan dia masih bernyawa.
Kelak apabila dia sudah tiada, segala penyesalan sudah tiada guna.
Barangkali kejayaan juga "terbang" entah ke mana...