Sunday, 18 February 2018

Hadith maudu'


Hadis Mauduk adalah Hadis Da'if yang paling buruk.

Berkata al-Imam al-Nawawi rahimahullah:
النوع الثالث: الضعيف وهو ما لم يجمع صفة الصحيح أو الحسن. ويتفاوت ضعفه كصحة الصحيح، ومنه ما له لقب خاص: كالموضوع، والشاذ، وغيرهما.
Maksudnya: Jenis ke 3: al-Da'if iaitu sesuatu yang tidak mengumpulkan sifat hadis sahih atau hasan. Kedaifannya berbeza seperti berbezanya kesahihan hadis sahih. Daripada hadis da'if ini, ada yang mempunyai gelaran tersendiri; seperti al-mauduk, al-syaz dan selainnya.
(al-Nawawi, al-Taqrib, dalam al-Suyuti (1423H), Tadrib al-Rawi Fi Sharh Taqrib al-Nawawi, Hlm. 199)

Kemudian al-Imam al-Nawawi rahimahullah berkata lagi:
النوع الحادي والعشرون: الموضوع: هو المختلق المصنوع، وشر الضعيف، وتحرم روايته مع العلم به في أي معنى كان إلا مبينا.
Maksud: Jenis yang ke 21: al-Mauduk iaitu sesuatu yang dicipta dan direka, dan merupakan tingkatan yang paling buruk daripada tingkatan-tingkatan hadis da‘if.  Diharamkan semua bentuk periwayatannya bagi orang yang tahu tentang kepalsuannya kecuali untuk tujuan menjelaskan kepalsuannya.
(al-Nawawi, al-Taqrib, dalam al-Suyuti (1423H), Tadrib al-Rawi Fi Sharh Taqrib al-Nawawi, Hlm. 323)

Pesanan:
Ada orang kata hadis mauduk bukan hadis da'if. Nah, baca sendiri kalam al-Imam al-Nawawi rahimahullah yang jelas mensifatkan hadis mauduk sebagai salah satu hadis da'if, bahkan ianya adalah hadis da'if yang paling buruk.
Apapun, jom #hadithsahih !

No comments: