Hasil karya sahabatku.. Rosnani Ahmad
thanks so much my dear and i really appreciate it
telah merakam
detik-detik kegagalan
menitiskan air mata
dari kesedihan dan kehampaan.
Selepas tersungkur dengan ketentuan
langkah makin mara ke hadapan
mencari diri dalam kekabutan
untuk kembali berpencak
di gelanggang kehidupan.
Mentari menumpahkan cahaya
gelora di tasik semakin tenang
tidak lagi menjulang gelombang
kuntum-kuntum kiambang
kian berputik dan berkembang.
Kehidupan mesti diteruskan
keberanian perlu dibawa
mendaki ke gunung pendirian
tanpa perlu meyelak semula
lembaran lama yang membeban atma.
07022012
No comments:
Post a Comment