Wednesday, 8 February 2012

ujian nikmat

Dari fb seorang rakan katanya: 
"....Sesungguhnya ujian atas nikmat kejayaan lebih 'berbisa' dari derita kegagalan..."

Kerana nikmat kejayaan mudah menjadikan jiwa meninggi diri dan sukar menerima nasihat dari insani, dan lebih berbahaya apabila merasakan dirinya sentiasa benar dan hebat di dunia ini. Adakalanya juga merasakan doa tidak diperlukan sangat kerana telah 'terpesona' dengan kehebatan dirinya sendiri.
Dan kekadang derita kegagalan pula mampu melunakkan hati hingga membuat jiwa merendah diri.. Namun jika dalamnya derita yang dihadapi, boleh mengundang diri berputus asa dan bersangka buruk terhadap Ilahi...

Maka, berhati-hatilah dengan kedua-dua ujian ini, kerana ia boleh merebahkan diri dalam kebinasaan hati..

No comments: