Aku tahu wanita penat.
Bukan satu.
Tetapi, ramai wanita mengadu kepadaku mereka PENAT.
Kalian tahu apa yang mereka penatkan?
PENAT MENJADI ISTERI YANG BAIK.
Isunya sekarang, wanita asyik ditekankan tentang tanggungjawab mereka, ciri-ciri menjadi isteri solehah, pahala dan dosa, ibu yang baik dan pelbagai macam lagi disogokkan kepada wanita.
Tujuannya: WANITA menjadi SESOLEHAH mungkin.
Namun, kesibukan untuk mendidik wanita menjadi solehah telah melupakan bahawa lelaki juga perlu diperingatkan dan dididik tentang SOLEH.
Berapa ramai wanita memendam rasa, terpaksa berdiam, terpaksa merelakan kelakuan dan ketiadaan adab seorang suami terhadap mereka.
Hal ini serius!
Lelaki bila cuba dijelaskan tentang tanggungjawab mereka, apa kata mereka?
Kata mereka: "Wanita kurang adab dan suka menjawab"
Entah.
Aku tidak boleh menyelamatkan semua wanita yang kesedihan. Cuma aku minta kepada mana-mana pihak yang berautoriti, kalian tinggalkanlah topik ceramah tentang wanita.
Perbanyakkanlah ceramah mendidik lelaki.
Perkasakanlah lelaki bukan sahaja dengan ilmu akidah, fiqah dan sunnah Nabi. Tetapi, perkasakanlah mereka menjadi suami yang berakhlak Islami.
Mereka sering menyerang peribadi isteri.
Mereka tidak mahu mendengar apa kesalahan mereka terhadap isteri.
Mereka hanya perlukan isteri yang kenal diuntung atau dengan bahasa kasarnya: "Dah bagus aku bagi kau itu dan ini. Kau tak payah cakap banyak"
Aku simpati kepada semua wanita ini.
Bahagia itu terpaksa mereka cipta sendiri.
Bersabar mungkin hingga mati.
Moga Jannah milik kalian,
Wahai Isteri.
Nasihatku untuk diri sendiri dan para isteri:
Jangan penat menjadi BAIK.
Teruskan....
No comments:
Post a Comment