Sahabat2 mama bercerita kisah anak2 murid mereka menerima result UPSR .. Ada yang menangis gembira krn berjaya dgn apa yg dicapai.. Namun ramai lagi yg menangis hiba krn keputusan yg tak disangka..
Mama teringat pada adik...
Adik sedih apabila ada mualimah yg membandingkan adik dengan abang..adik dikatakan nakal dan tidak terfokus berbeza dgn abg n angah..
Sewaktu menerima keputusan.. adik datang kat mama di kereta dan menangis....adik kata: saya bimbang nanti mama sakit sebab mama tak happy dgn result itu.. Berkali2 adik minta maaf krn tak dapat happy kan mama.. Adik takut mama dikatakan tak pandai jaga anak2, krn mama seorang shj bersama kami..
Allah ya Rabb, begitu sekali hati dan jiwa adik.. Sama seperti angah n abang.. Semua yg dibuat adalah utk keceriaan mama.. Mama tahan air mata dari terjatuh.. Mama mesti kuat utk anak2..
...abang dan angah juga bersama2 mententeramkan jiwa dan perasaan adik.. Kita berempat lalu berkumpul bersama dan mengangkat tangan mengucap syukur..
Sebelum mama balik sekali lagi adik bertanya.. Kenapa saya tak pandai macam abang? Walaupun sebenarnya pada mama result adik cukup cemerlang..cuma not fully straight A..
Mama cakap kat adik " Adik. .. u don't have to be like your brother...u are special in ur own way. Look at you...always look cheers and handsome...i love u just the way u are! "
Bagi mama, parents lah yg menaikan esteem kendiri anak2 dgn highlight each one of them differently
Seringkali most parent bila ada masalah dgn anak2 selalu kata:
" saya tak pernah membezakan anak saya"
....
N i told them... itulah sebenarnya masalah..
Anak2 ini berbeza diciptakan Allah...kelebihan mereka berbeza2 ada anak yg diajar sekali faham ... ada anak yg ajar 10 kali tak faham2
Anak yg ajar sekali dah faham ... kena ajar sekali sahaja... yg 10 kali tak faham2 perlu diajar lebih dari 10 kali dan mungkin minta org lain tolong ajarkan... cara mengajar mungkin tidak kena..
ALHAMDULILLAH ..mama bangga dengan semua anak2 mama.. Walaupun hanya mama bersama kalian, namun anak2 mama berjaya dgn cara masing2..kalian adalah amanah Allah utk mama.. Sehingga nafas terakhir mama akan sentiasa mendoakan kalian..
Mama love u all so much..
No comments:
Post a Comment