Friday, 24 November 2017

Permata dari Honey

Seusai solat subuh..suamiku menyampaikan tazkirah.. tentang keikhlasan dalam perjuangan.. 
Hakikatnya, kalimah ikhlas ringan di lidah namun amat berat utk penghayatan.. Kata suami berjuang utk dikenang adalah silap. 

Manusia sebenarnya ramai yang tidak mengenang budi. Bukan sekadar pejuang biasa, pemimpin ternama lagi berjasa pun, jika hilang kuasa, ramai yg akan lupa..

Aku teringat firman Allah berkaitan sikap manusia yg tidak bersyukur. Firman Allah : (maksudnya)  Dan sesungguhnya Tuhanmu(wahai Muhammad) sentiasa melimpah ruah kurniaNya kepada ummat manusia tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (al Namlu:73) 

Sesiapa yang berbuat jasa atau berbakti agar tidak dilupai, dia mungkin kecewa pada akhir hayatnya. Namun yang berbuat jasa kerana Allah Yang Maha Esa lalu mengharapkan ganjaran-Nya tidak akan merana jiwa. Biarlah manusia melupakan, namun Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya yang jujur. Maka seorang pejuang mestilah terlebih dahulu membetulkan titik tolak ini dalam hidupnya. 

Ingatan untuk aku dan semua.. Perlu kembali kpd sabda Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Jika titik tolak ini tidak dibetulkan, hidup kita akan dipenuhi kekecewaan. Begitu juga dalam rumahtangga.. Kalau melakukan sesuatu dengan mengharap jasa dikenang, tentu kita akan kecewa, jika yang berlaku sebaliknya. Namun, jika kita lakukan dengan penuh tanggungjawab adalah perintah Allah yang mesti ditunaikan, maka apa pun yang berlaku, perasaan kecewa dapat diringankan.
 Walaupun tidak dinafikan perasaan keinsanan itu tetap akan mengguris kalbu. Namun mengingati keadilan Allah dapat mengubat jiwa yang parah.

No comments: