*ISU DOA & PAKATAN JAHAT/GOLONGAN ZALIM*
Muqaddimah
*Doa Ustaz Dusuki Abd Rani selari dengan syariat*
Tidak perlu kita bising-bising jika kita bukan pakatan jahat (Al-Ahzab)
Renungi hukum dan bicara Alim Ulamak tentang isu doa keburukan.
*1-HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA GOLONGAN ZALIM*
Imam Nawawi RA telah meletakkan satu tajuk berkaitan hukum berdoa kepada golongan zalim dalam kitabnya al-Azkar iaitu:
*"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."*
Syeikh Muhammad Allan As-Siddiqi As-Syafie menghuraikan dengan berkata di bawah tajuk ini:
" Maksud *HARUS* yang disebut Al-Imam Nawawi RA adalah merangkumi *SUNAT*. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat."
Ini jelas disebut dalam Al-Quran:
لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا.
Maksudnya:
"Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(Surah An-Nisa':148)
Perkara ini disebut dalam hadis Rasulullah SAW seperti berikut:
أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية
Maksudnya:
*"Sesungguhnya Nabi SAW mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz Al-Quran dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan*. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, Zakwan dan 'Usayyah (Nama2 kabilah)."
(Hadis Sahih. Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
*Contoh Doa Keburukan Di Zaman Para Sahabat*
Di zaman pemerintahan Saidina Umar RA, beliau telah melantik Saidina Saad bin Abi Waqqas RA sebagai gabenor di Kufah. Terdapat seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Saidina Sa'ad dengan kata-katanya:
أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية
Maksudnya:
"Sekiranya kamu bertanya kami tentang Sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."
Lalu Saidina Sa'ad berdoa:
اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن.
Maksudnya:
"Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."
Kemudian setelah tua, lelaki yang menuduh Saidina Sa'ad RA berkata: " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair RA perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tersebut selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba mereka."
(Hadis Sahih: Riwayat: Imam Bukhari & Imam Muslim)
*2- SIAPAKAH GOLONGAN-GOLONGAN ZALIM*
Berdasarkan Al-Quranul Karim pengertian zalim sendiri terdiri dari beberapa jenis, yaitu di antaranya menurut beberapa surah dibawah ini:
1. Menurut Surah Al-Kahf ayat 35, makna zalim sendiri merupakan *sifat keangkuhan* maupun perbuatan dari kekafirannya.
2. Menurut Surah Al-Maidah ayat 44 makna dan orang zalim ialah tidak mahu menerima dan melaksanakan hukum Allah.
3. Menurut Surah Al-Ankabut ayat 46, orang zalim menurut surah ini yaitu orang yang masih tetap membantah meskipun sudah diberikan penjelasan dan keterangan kepadanya melalui cara paling baik, serta tetap mengutamakan permusuhan.
*4. Menurut Surah An-Nisa` ayat 140, orang zalim ialah orang yang masih bersama golongan kafir dan munafik yang mengingkari dan mengejek-ngejek ayat-ayat Allah*.
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا.
Maksudnya:
"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.
*3- KESIMPULAN RINGKAS*
1. Harus dan Sunat berdoa kepada golongan zalim.
2. Golongan zalim antaranya ialah golongan yang membantu orang kafir dalam memerangi kaum muslimin juga ianya adalah salah satu tabiat orang munafik. Ia merupakan bahagian dari cabang kemunafikan yang selalu muncul untuk meyerang Islam. Allah Ta’ala telah menjelaskannya dalam berbagai macam nas Al-Qur’an, di antaranya adalah:
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا .الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا. وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا .
Maksudnya:
"Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam neraka Jahannam".
(Surah An-Nisa’ 138-140)
Para ulama pun telah sepakat bahwa barangsiapa yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpinnya, penolongnya, atau ikut bergabung dan membantu mereka dalam memerangi ummat Islam maka dia telah murtad, keluar dari agama Islam.
(Tafsir At-Tabari, 3/140)
Sekadar membicarakan keharusan doa keburukan dan siapa golongan zalim. Selebihnya kita sama-sama berserah kepada Allah. Jangan bimbang sekiranya kita bukan pakatan jahat.
Semoga Bermanfaat Dalam Mencari Kebenaran.
Al-Faqir Nik Bakri Nik Mat
https://www.facebook.com/groups/625023094246556/permalink/1627992290616293/
No comments:
Post a Comment