Saturday, 24 March 2018

Jadikan kami dari kumpulan yg sedikit

إذا نصحت أحداً بترك معصية كان رده:
Apabila kamu nasihatkan seseorang agar dia tinggalkan sesuatu maksiat yang dia biasa lakukan, maka biasanya dia akan jawab,

أكثر الناس تفعل ذلك لست وحدي !!
Kebanyakan orang lakukannya, bukan seorang aku sahaja yang lakukannya.



وﻟﻮ ﺑﺤﺜﺖ ﻋﻦ ﻛﻠﻤﺔ ” ﺃﻛﺜﺮ ﺍﻟﻨﺎﺱ ” ﻓﻲ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻟﻮﺟﺪﺕ ﺑﻌﺪﻫﺎ
Jika kamu cari dalam al Quran, frasa 'kebanyakan orang'  maka kamu akan dapati selepas frasa itu,

(أكثر الناس ﻻ‌ ﻳﻌﻠﻤﻮﻥ -أكثر الناس ﻻ‌ ﻳﺸﻜﺮﻭﻥ -أكثر الناس ﻻ‌ ﻳﺆﻣﻨﻮﻥ )
Kebanyakan orang tidak mengetahui, kebanyakan orang tidak bersyukur, kebanyakan orang tidak beriman.


ﻭﻟﻮ ﺑﺤﺜﺖ ﻋﻦ ﻛﻠﻤﺔ ” ﺃﻛﺜﺮﻫﻢ ” ﻟﻮﺟﺪﺕ ﺑﻌﺪﻫﺎ
Jika kamu cari frasa 'kebanyakan mereka' pula, kamu akan dapati selepasnya

(أكثرهم  ﻓﺎﺳﻘﻮﻥ – أكثرهم ﻳﺠﻬﻠﻮﻥ -أكثرهم  ﻣﻌﺮﺿﻮﻥ -أكثرهم ﻻ‌ ﻳﻌﻘﻠﻮﻥ -أكثرهم ﻻ‌ ﻳﺴﻤﻌﻮﻥ )
Kebanyakan mereka ialah orang yang fasiq, kebanyakan mereka orang yang jahil, kebanyakan mereka berpaling (tidak menghiraukan peringatan yang diberikan), kebanyakan mereka tidak memikirkan, kebanyakan mereka tidak ingin mendengar (teguran dan nasihat).



ﻓﻜﻦ أﻧﺖ ﻣﻦ ﺍﻟﻘﻠﻴﻞ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻓﻴﻬﻢ :
Maka jadikanlah diri kamu dari kalangan orang2 yang sedikit yang Allah swt telah firmankan berkenaan mereka,

{ ﻭﻗﻠﻴﻞ ﻣﻦ ﻋﺒﺎﺩﻱ ﺍﻟﺸﻜﻮﺭ }
Dan sedikit sahaja hamba-Ku yang bersyukur.

{ ﻭﻣﺎ ﺁﻣﻦ ﻣﻌﻪ ﺇﻻ‌ ﻗﻠﻴﻞ }
Tidaklah beriman bersamanya kecuali sedikit sahaja.
{ ﺛﻠﺔ ﻣﻦ ﺍﻷ‌ﻭﻟﻴﻦ ﻭﻗﻠﻴﻞ ﻣﻦ
 ﺍﻵ‌ﺧﺮﻳﻦ }
Banyak daripada kalangan orang2 terdahulu dan sedikit dari kalangan orang2 terkemudian.


اللهم ارحمنا وغفرلنا واهدنا السراط المستقيم

No comments: