Saturday, 3 July 2021

Bicara Ulama

Minda Presiden PAS


MENOLAK MUDARAT KEWAJIPAN BERSAMA


Sabda Rasulullah SAW:


‌لَا ‌ضَرَرَ ‌وَلَا ‌ضِرَارَ.


“Jangan lakukan perkara yang mendatangkan mudarat dan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.” (Riwayat Ahmad 2865, Ibn Majah 2341 dan lain-lain)


Sabda berhikmah daripada Rasulullah SAW kepada umatnya dan seluruh manusia yang hidup bermasyarakat secara fitrah (naluri). Maka, seseorang manusia itu tidak seharusnya bersikap mementingkan diri, keluarga dan kaumnya sahaja, bahkan mereka wajib menjaga orang lain di sekelilingnya.


Hal ini demikian kerana, mereka saling berhajat sesama mereka dalam kehidupan di dunia, tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Inilah maksud yang boleh difahami daripada firman Allah SWT:


﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا١﴾


“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kalian yang telah menjadikan kalian (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawwa), dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhan yang kalian selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kalian.” (Surah al-Nisa’: 1)


Ayat ini menegaskan betapa eratnya hubungan kemanusiaan, sehingga meletakkan mereka dalam satu keluarga besar yang berasal daripada ibu dan bapa yang sama, iaitu Nabi Adam AS dan Hawwa AS.

  

Firman Allah SWT:


﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ١٣﴾


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kalian berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kalian berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwan antara kalian, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kalian).” (Surah al-Hujurat: 13)


Dalam ayat ini pula, Allah SWT menegaskan bahawa manusia itu wajib berhubungan sesama mereka, walaupun masing-masing hidup dalam masyarakat majmuk dengan kepelbagaian bangsa dan suku kaum, yang berkonsepkan tolong-menolong dan saling berhajat antara satu sama lain.


Ibn Khaldun RH, seorang ulama’ yang terkenal dalam ilmu kemasyarakatan menegaskan: 


أنّ قدرة الواحد من البشر قاصرة عن تحصيل حاجته من ذلك الغذاء غير موفية له بمادّة حياته منه ولو فرضنا منه أقلّ ما يمكن فرضه وهو قوت يوم من الحنطة مثلا فلا يحصل إلّا بعلاج كثير من الطّحن والعجن والطّبخ وكلّ واحد من هذه الأعمال الثّلاثة يحتاج إلى مواعين وآلات لا تتمّ إلّا بصناعات متعدّدة ‌من ‌حدّاد ‌ونجّار ‌وفاخوريّ.


“Kesanggupan manusia tidak cukup menggerakkannya untuk mendapatkan makanan yang diperlukan, dan tidak memberinya makanan secukupnya sebagaimana yang diperlukan untuk hidup. Walaupun makanan paling mencukupi untuk sehari seperti sedikit gandum boleh didapatkan hanya setelah melalui persediaan seperti menggiling, menguli dan membakar. Bagi ketiga-tiga peringkat itu memerlukan beberapa perkakas dan alatan yang hanya boleh didapati dengan bantuan seperti kepandaian seorang tukang besi, tukang kayu dan pembuat tembikar.” 


وهب أنّه يأكله حبّا من غير علاج فهو أيضا يحتاج في تحصيله أيضا حبّا إلى أعمال أخرى أكثر من هذه من الزّراعة والحصاد والدّراس الّذي يخرج الحبّ من غلاف السّنبل ويحتاج كلّ واحد من هذه من الزّراعة والحصاد والدّارس الّذي يخرج الحبّ من غلاف السّنبل ويحتاج كلّ واحد من هذه آلات متعدّدة وصنائع كثيرة أكثر من الأولى بكثير ويستحيل أن تفي بذلك كلّه أو ببعضه قدرة الواحد فلا بدّ من اجتماع القدر الكثيرة من أبناء جنسه ليحصل القوت له ولهم فيحصل بالتّعاون قدر الكفاية من الحاجة لأكثر منهم بأضعاف.


“Katakanlah seseorang manusia itu boleh memakan biji-bijian yang tidak dikupas, malahan beberapa peringkat lagi adalah perlu bagi mendapatkan biji-bijian itu melalui proses menyemai dan menuai serta menumbuk untuk memisahkan kulitnya. Setiap peringkat proses memerlukan pelbagai alatan dan perkakas serta keahlian seperti yang telah dinyatakan. Sememangnya adalah di luar kemampuan semua proses dilakukan secara sendirian keseluruhan atau sebahagiannya. Dengan demikian seseorang tidak mampu melakukannya tanpa ada penggemblengan tenaga daripada semua pihak yang terbabit, sekiranya dia mahu mendapatkan makanan untuk dirinya dan mereka juga. Dengan cara kerjasama, maka keperluan kepada bantuan beberapa orang bahkan lebih daripada itu akan dapat dipenuhi.” (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, pentahqiq: Abdullah Muhammad ad-Darwisy, terbitan Dar Yu’rab, ms. 137)


Kenyataan ini menunjukkan bahawa mustahil bagi seorang manusia untuk hidup secara bersendirian, maka Allah SWT membahagikan sumber alam yang berbeza dan kebolehan atau kepakaran yang berlainan antara setiap manusia. Inilah maksud yang menerangkan tentang konsep manusia bermasyarakat secara fitrah (naluri), kerana semua hasil sumber alam dan penggunaannya mewajibkan gabungan kehidupan secara bermasyarakat madani. 


Ilmu Maqasid al-Syari‘ah menerangkan hikmah hukum Allah SWT untuk menjaga dan mengatur perkara ‘dharuriyyat’ (aspek terpenting bagi kehidupan manusia). Perkara yang wajib dijaga dan dihormati secara individu dan bermasyarakat ialah aspek agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.  


Islam meletakkan peranan untuk mengurus dan mengatur, dengan tertib yang istiqamah. Contohnya, apabila seorang Badwi (orang kawasan pedalaman yang tidak berpelajaran) datang mahu memeluk Islam dengan syarat dihalalkan kepadanya untuk berzina tidak seperti orang yang lain. Rasulullah SAW menahan para sahabat daripada bersikap kasar terhadapnya, sebaliknya memanggil Badwi tersebut datang mendekatinya, lalu berlakulah dialog antara Baginda SAW dengan lelaki tersebut: 


"أَتُحِبُّهُ لِأُمِّكَ؟" قَالَ: لَا. وَاللهِ جَعَلَنِي اللهُ فِدَاءَكَ. قَالَ: "وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأُمَّهَاتِهِمْ". 


“Adakah kamu menyukai berzina dengan ibumu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, sudah tentu aku tidak merelakannya.” Nabi SAW bersabda: “Orang-orang juga tidak menyukai kamu berzina dengan ibu-ibu mereka.”


قَالَ: "أَفَتُحِبُّهُ لِابْنَتِكَ؟" قَالَ: لَا. وَاللهِ يَا رَسُولَ اللهِ جَعَلَنِي اللهُ فِدَاءَكَ قَالَ: "وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِبَنَاتِهِمْ".


Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu menyukai berzina dengan anak perempuanmu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, sudah tentu aku tidak merelakannya.” Nabi SAW bersabda: “Orang-orang juga tidak menyukai kamu berzina dengan anak perempuan mereka.”


قَالَ: "أَفَتُحِبُّهُ لِأُخْتِكَ؟" قَالَ: لَا. وَاللهِ جَعَلَنِي اللهُ فِدَاءَكَ. قَالَ: "وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأَخَوَاتِهِمْ".


Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu menyukai berzina dengan saudara perempuanmu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, sudah tentu aku tidak merelakannya.” Nabi SAW bersabda: “Orang-orang juga tidak menyukai kamu berzina dengan saudara perempuan mereka.”


قَالَ: "أَفَتُحِبُّهُ لِعَمَّتِكَ؟" قَالَ: لَا. وَاللهِ جَعَلَنِي اللهُ فِدَاءَكَ. قَالَ: "وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِعَمَّاتِهِمْ".


Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu menyukai berzina dengan ibu saudaramu dari sebelah ayahmu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, sudah tentu aku tidak merelakannya.” Nabi SAW bersabda: “Orang-orang juga tidak menyukai kamu berzina dengan makcik-makcik mereka.”


قَالَ: "أَفَتُحِبُّهُ لِخَالَتِكَ؟" قَالَ: لَا. وَاللهِ جَعَلَنِي اللهُ فِدَاءَكَ. قَالَ: "وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِخَالَاتِهِمْ".


Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu menyukai berzina dengan ibu saudaramu dari sebelah ibumu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, sudah tentu aku tidak merelakannya.” Nabi SAW bersabda: “Orang-orang juga tidak menyukai kamu berzina dengan makcik-makcik mereka.” (Riwayat Ahmad 22211)


Soalan Rasulullah SAW telah mencetuskan keinsafan dan kefahaman hidup bermasyarakat. Sesungguhnya perbuatan zina menunjukkan akhlak yang keji dan diharamkan kerana boleh mendatangkan kemudaratan buat diri sendiri, institusi keluarga dan masyarakat, termasuklah merosakkan kehidupan dan mendatangkan penyakit. 


Rasulullah SAW terus mendoakan lelaki tersebut dan dia kembali merasa benci dan jijik terhadap perbuatan zina.


Dalam menghadapi bencana wabak taun, Rasulullah SAW bersabda secara khusus:


إِذَا ‌سَمِعْتُمْ ‌بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا.


“Apabila kalian mendengar ada wabak taun di mana negeri maka jangan kamu masuk dan apabila kamu berada di negeri wabak itu jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari 5728 dan Muslim 2219)


Saranan Rasulullah SAW dalam hadis ini bermaksud larangan Baginda SAW agar tidak masuk ke tempat berlakunya wabak, kerana boleh menjadi mangsa jangkitannya. Pada masa yang sama, dilarang agar tidak membawa wabak kepada orang yang lain. 


Ini menunjukkan bahawa Islam telah memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani wabak sejak beberapa abad yang lalu, mendahului perubatan moden. Semua pihak wajib menghadapi wabak yang membunuh dengan mengambil langkah kawalan pergerakan. Tindakan ini sangat penting demi menjaga nyawa manusia daripada jangkitan dan penularan wabak penyakit, bukan sahaja melindungi diri daripada pembunuhan melalui peperangan atau pergaduhan.


Maka, kaedah yang sama wajib dilaksanakan pada hari ini dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 yang merebak ke seluruh pelosok dunia. Kewajipan ini adalah perintah yang mengikut hukum Islam, bukan sahaja berdasarkan undang-undang ciptaan manusia.


Tugas menjaga nyawa manusia adalah wajib, sama ada kepada diri sendiri atau orang lain. Firman Allah SWT:


﴿قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ  ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ١٥١﴾


“Katakanlah: ‘Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kalian kepada kalian, iaitu janganlah kalian menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun; dan hendaklah (kalian) berbuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kalian membunuh anak-anak kalian kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberikan rezeki kepada kalian dan kepada mereka; dan janganlah kalian menghampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kalian membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara‘). Dengan yang demikian itulah, Allah memerintahkan supaya kalian memahaminya.” (Surah al-An‘am: 151)


Ayat ini menunjukkan betapa besarnya dosa membunuh sehingga disenaraikan bersama dengan dosa melakukan syirik, membunuh anak sendiri  kerana takutkan kemiskinan, melakukan maksiat yang keji dan dosa menderhakai ibu bapa.


Firman Allah SWT:


﴿وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا٩٣﴾


“Dan sesiapa yang membunuh seorang Mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya; dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 93)


Firman Allah SWT:


﴿مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا  وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ٣٢﴾


“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami menetapkan ke atas Bani Isra’il, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan daripada mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.” (Surah al-Ma’idah: 32)


Ayat ini juga menunjukkan bahawa membunuh adalah sangat besar dosanya. Maka, tanggungjawab dan kewajipan untuk menyelamatkan nyawa manusia lain juga besar ganjaran pahalanya. 


Hal ini secara tegas menunjukkan bahawa menjaga nyawa manusia menjadi kewajipan semua pihak kerana nyawa adalah kurniaan Allah SWT yang sangat besar bagi membolehkan manusia itu berperanan dalam memakmurkan kehidupan dunia dengan kemampuan menguruskan makhluk yang lain.  Bahkan perbuatan yang boleh mengorbankan nyawa manusia adalah suatu dosa yang sangat besar. 


Menjaga nyawa termasuk dalam aspek rukun kehidupan manusia yang wajib dipertahankan dengan perintah Allah SWT dan kebijaksanaan Rasulullah SAW yang menjadi teladan kepada seluruh manusia.


Teladan Baginda SAW termasuk dalam urusan agama ataupun urusan dunia yang menjadi jambatan ke alam akhirat. Firman Allah SWT:


﴿لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا٢١﴾


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta dia pula menyebut-nyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (pada masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)


ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

 

Bertarikh: 21 Zulqa‘dah 1442 / 1 Julai 2021

Friday, 11 June 2021

seuntai doa

Aku tidak memiliki puisi yg indah dan kata kata mutiara yg bijak 

Tapi hanya memiliki seuntai doa yg terucap setiap waktu

Semoga Allah kurniakan rezeki yang diberkati ,kurniakan kesihatan yang baik,sentiasa  melindungi keluarga kecilku dri segala bala bencana... semoga aku, anak2 ku keluargaku bahagia bersama hingga ke syurga.😘🤗🥰

Aamiin Ya Rabb🤲🤲

menggali ilmu

Hari ini saya membelek2 kitab al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra karya Ibn Hajar al-Haytami (m. 974H). Asalnya mencari satu permasalahan spesifik, namun pelbagai permasalahan lain turut menarik perhatian saya. Buku ini penuh ilmu dan perbahasan yang mantap. Sayang, fiqh bukan bidang saya.

Salah satu perbahasan yang menarik perhatian saya berkaitan dengan pernikahan kali kedua. Ibn Hajar ditanya: "Jika seseorang hendak kahwin kali kedua, adakah pihak yang melangsungkan akad nikah baginya sunat menasihati dia agar tidak menzalimi salah seorang isterinya?"

Ibn Hajar menjawab: "Ya disunatkan bagi pihak yang melangsungkan akad nikah untuk melakukan perkara itu."

Saya rasa perkara ni perlu dipopularkan memandangkan ramai suami yang gagal dalam bab adil ni.

Berikut ini teks fatwa lengkap:


وَسُئِلَ إذَا أَرَادَ أَنْ يَتَزَوَّجَ ثَانِيَةً فَهَلْ يُسْتَحَبُّ لِلْعَاقِدِ وَعْظُهُ بِأَنْ لَا يَظْلِمَ إحْدَاهُمَا وما هو من الْوَعْظِ أَوْجَزُ وَأَنْفَعُ في ذلك ؟ فَأَجَابَ بِقَوْلِهِ : نعم يُسْتَحَبُّ لِلْعَاقِدِ ذلك كما شَمِلَهُ اسْتِحْبَابُهُمْ تَقْدِيمَ الْخُطْبَةِ على الْخِطْبَةِ وَعَلَى الْعَقْدِ قالوا وَمِنْ جُمْلَةِ تِلْكَ الْخُطْبَةِ الْوَصِيَّةُ بِالتَّقْوَى وَمِمَّا يُصَرِّحُ بِذَلِكَ أَيْضًا قَوْلُهُمْ يُسَنُّ لِلْوَلِيِّ أَنْ يُقَدِّمَ على الْعَقْدِ أُزَوِّجُكَ هذه أو زَوَّجْتُكهَا على ما أَمْرِ اللَّهِ تَعَالَى بِهِ من إمْسَاكٍ بِمَعْرُوفٍ أو تَسْرِيحٍ بِإِحْسَانٍ وَمِنْ جُمْلَةِ الْإِمْسَاكِ بِالْمَعْرُوفِ أَنْ لَا يَظْلِمَ إحْدَاهُمَا إذَا تَقَرَّرَ ذلك عُلِمَ أَنَّهُ يَكْفِي في هذه السُّنَّةِ قَوْلُهُ أُزَوِّجُكهَا على ما أَمَرَ اللَّهُ تَعَالَى بِهِ إلَخْ وَأَنَّ هذا أَوْجَزُ وَأَنْفَعُ في الْوَعْظِ لِأَنَّ فيه تَنْبِيهًا على ما أَمَرَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى بِذَلِكَ وَعَلَى أَنَّهُ مَعْرُوفٌ وَالْمَعْرُوفُ لَا يَنْبَغِي لِذِي مُرُوءَةٍ أو دِينٍ أَنْ يَعْدِلَ عنه وَعَلَى أَنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى سَهَّلَ ذلك على هذه الْأُمَّةِ حَيْثُ لم يُوجِبْهُ عليهم عَيْنًا بَلْ خَيَّرَهُمْ بين هذا الْمَعْرُوفِ وَتَرْكِهِ بِقَوْلِهِ أو تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَعَلَى أَنَّ الْإِنْسَانَ يَنْبَغِي له أَنْ يَتَحَرَّى الْخَيْرَ في كُلٍّ من أَحْوَالِهِ لِأَنَّهُ أَمْرٌ بِالْإِمْسَاكِ بِالْمَعْرُوفِ أو التَّسْرِيحِ بِالْإِحْسَانِ وَكُلٌّ من الْمَعْرُوفِ وَالْإِحْسَانِ خَيْرٌ وَاَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَعْلَمُ.

Guruku; Dr Umar

Thursday, 10 June 2021

kiranya begitu..

 Beruntunglah mereka yg dinaungi ketua keluarga yg begini..

Pesan guruku..

Ketua keluarga yang terbaik adalah  yang selalu ingat anak dan isterinya di mana sahaja dan dalam keadaan apa sahaja.  Mereka selalu berada dalam ingatannya. Dan tiada sesuatu yang dapat melupakan beliau daripada mereka. Sifat ini akan terus terbawa-bawa hingga ke akhirat.    

Said bin Jubair berkata: “Apabila seorang mukmin masuk Syurga, dia bertanya dimana ibubapa, anaknya, adik beradiknya. Maka dikatakan kepadanya: sesungguhnya mereka tidak mencapai darjat seperti  darjatmu. Orang itu berkata: wahai tuhan, sesungguhnya aku beramal untuk diriku dan untuk mereka! Allah lalu memerintahkan untuk mengumpulkan keluarga ini semula.” (Tafsir Ibn Kathir) 

Tuesday, 8 June 2021

muhasabah dirimu

 Prof MZaki Kamsah menulis: 

"Jika anda tidak menjalani kehidupan dengan fikiran yang terrbuka, anda akan menemui banyak pintu yang tertutup..."


...Sambungan


Semalam kita membicarakan tentang isu pentingnya kita berfikiran terbuka dan tidak bersikap berfikiran tertutup.. Orang yang berfikiran tertutup tidak mahu idea mereka dicabar. Mereka biasanya akan merasa kecewa jika orang lain tidak bersetuju dengan mereka dan bukannya ingin tahu mengapa orang lain tidak bersetuju.

Orang yang berfikiran tertutup lebih cenderung memberikan pandangan daripada bertanya. Mereka adalah orang yang duduk dalam mesyuarat dan lebih bersedia memberikan pendapat mereka, tetapi tidak pernah meminta orang lain untuk  menjelaskan idea mereka. Orang yang berfikiran tertutup sentiasa memikirkan bagaimana cara mereka akan menyanggah pemikiran orang lain, daripada berusaha memahami apa yang mereka tidak faham.

Orang yang berfikiran tertutup lebih mahu diri mereka difahami daripada memahami orang lain. Tingkah laku seseorang boleh memberi gambaran mudah tentang sikapnya. Misalnya apabila anda tidak bersetuju dengan seseorang, apa reaksi mereka? Sekiranya mereka cepat menyatakan semula apa yang mereka katakan atau, lebih buruk lagi, mengulangi setiap patah perkataan yang mereka ucapkan, maka mereka menganggap bahawa anda tidak memahaminya, dan bukannya anda tidak bersetuju dengannya.

Orang yang berfikiran tertutup akan selalu mengeluarkan kenyataan seperti berikut: "Saya mungkin salah ... tapi inilah pendapat saya..." Ini adalah isyarat klasik yang menggambarkan sikap mereka. Ia merupakan isyarat yang jelas minda tertutup apabila terus tegas berpegang dengan pendapat mereka sendiri sambil meyakinkan diri mereka bahawa mereka berfikiran terbuka. Sekiranya pernyataan mereka dimulakan dengan "Saya mungkin salah" ..., sewajarnya mereka harus menamatkannya dengan soalan dan bukan penegasan.

Orang yang berfikiran tertutup menyekat orang lain daripada bercakap. Mereka tidak mahu membincangkan lagi  sesuatu yang sudah mereka utarakan. Mereka tidak mahu mendengar suara orang lain melainkan suara mereka.

Orang yang berfikiran tertutup menghadapi masalah untuk menyimpan dua pandangan secara serentak di dalam fikiran mereka. Mereka lebih berpegang kepada pandangan yang mereka gemari. 

Orang yang berfikiran tertutup juga tidak mempunyai sikap rasa rendah diri. Pandangan serta idea mereka dirasakan paling baik dan harus didengari.

Awas dengan sikap ini.. ia boleh menyebakkan ahli keluarga, rakan serta teman sekerja menjauhi diri kita.. 


usah ego

 Bukan kamu yang hebat

                    .....tapi Allah yang mudahkan urusanmu 



anugerah cinta

 Cinta Yang datang kepadaku..  Itulah kasih Dan sayangku..Nikmat bersama Dalam hidupku

Takdir menentukan Kau kekasihKu..Antara janji sehidup semati denganku

Kaulah kekasih Dalam lena tidurku..Umpama mimpi bertemu bidadaraku



..

Suratan takdir menentukan segalanya..Yang tidak pernah terlintas dan terduga.. Angin Malam berbisik Dalam bicara..Indah Bahasa pada madah pujangga..

Rindu merindu hanyalah sementara.. Kerana Dalam cinta itu buta Dan jaga..usah dikenang pada cinta kita yang gila..

mungkinkah..

 ...tanpa sedari 

   Cinta itu terlalu complex..ada tikanya kita merasakan teramat yakin menyintainya..namun jauh di sudut hati yg paling dalam kita tidak tenang kerana realitinya menyintai orang

Tuesday, 1 June 2021

Wednesday, 26 May 2021

😍

 "Semakin ke depan hari berlalu semakin lama ditinggalkan ke belakang. Engkaulah memori itu"








Friday, 7 May 2021

Laylatul Qadar

Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar?

============

1. Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar? Dalam tafsirnya, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan. Kata Sheikh al-Azhar itu:


والقدر الذي أضيفت إليه الليلة، بمعنى الشرف والعظمة، مأخوذ من قولهم: لفلان قدر عند فلان، أى: له منزلة رفيعة


“Dan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai “memiliki Qadar” iaitu memiliki kemuliaan.


2. Manakala sebahagian sarjana yang lain pula berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman:


وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ


“dan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.” (Surah al-Fajr)


3. Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambanya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sendiri.


4. Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti pula, dinamakan malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau:


أَنَّهَا سُمِّيَتْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ; لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَدِّرُ فِيهَا وَقَائِعَ السَّنَةِ،


“Dinamakan sebagai lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.”


5. Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Mlm 26 Ramadhan

C&P dari page Dr MAZA

Wanita Haid di Lailatul Qadar 


Dr MAZA: Ramai wanita bertanya saya, apakah yang patut dibuat oleh wanita haid agar tidak terlepas kelebihan Lailatul Qadar?


Jawapan ringkas saya secara pantas ialah, wanita yang haid tidak wajar terlepas dari kelebihan Lailatul Qadar. Menghidupkan Malam al-Qadar itu adalah dengan beribadah. Wanita haid masih boleh beribadah sekalipun tidak boleh solat. Antara yang boleh mereka lakukan ialah;


1.      Berdoa kepada ALLAH. Doa adalah ibadah. Sabda Nabi s.a.w:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ، {قَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ}

 “Doa itulah ibadah. (Kemudian Nabi s.a.w membaca firman ALLAH dari Surah al-Gahfir ayat 60) -maksudnya-“Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKU nescaya AKU memustajabkan untuk kamu” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Hadis sahih)

 

2.      Beristighfar. Istighafar iaitu memohon keampunan ALLAH, ia mempunyai fadilat yang sangat besar. Begitu banyak dalil mengenai fadilatnya dalam al-Quran dan al-Sunnah. Wanita haid sama seperti orang lain digalakkan berdoa dan beristighfar. Dalam hadis Nabi s.a.w menyebut:

ينْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

 

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun (dengan makna yang layak bagi keagunganNYA) setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 

3.     Membaca pelbagai zikir seperti tasbih (subhanalLah), tahmid (alhamdulillah), tahlil (la ilaha illa ALLAH), solawat dan pelbagai lagi. Haid tidak menghalang mereka menghayati zikir-zikir ini.

 

4.     Membaca al-Quran. Wanita haid boleh membaca al-Quran merupakan pendapat dalam Mazhab Malik, riwayat qaul qadim Mazhab al-Syafii, salah satu qaul al-Imam Ahmad, Mazhab Zahiri, pendapat Ibn Jarir al-Tabari, pendapat ini yang ditarjih oleh al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim dan al-Imam al-Syaukani dan ramai tokoh tarjih yang lain termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Lajnah Fatwa Arab Saudi juga mentarjihkan pendapat ini. Hujah dan alasan pihak yang membenarkan dilihat kukuh di segi dalil nas dan akal. Namun, majoriti ulama khususnya dari Mazhab Hanafi, Syafii dan Hanbali tidak membenarkan. Mereka juga mempunyai hujah dan alasan yang tersendiri. Kalangan mereka mengizinkan jika ada keperluan seperti untuk guru al-Quran dan pelajar yang memerlukan.

 

Bagi yang memilih pendapat yang membolehkan wanita haid membaca al-Quran, dia sewajarnya membaca dari ingatan atau dari HP atau apa skrin, tanpa menyentuh mashaf al-Quran. Adapun menyentuh mashaf al-Quran, kebanyakan ulama tidak membenarkan termasuk ulama yang membenarkan wanita haid membaca al-Quran juga tidak membenarkan mereka memegang mashaf.

Thursday, 6 May 2021

Mlm 25 Ramadhan 1442H

 Ya Rabb..kurniakan kami laylatul qadar..amin ya mujib 

Bolehkah solat sunat duduk tanpa uzur?

Solat sunat boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk walaupun seseorang itu mampu berdiri. Imam al-Nawawi  


Inilah ijmak (kesepakatan) ulamak  dalam Syarh Shahih Muslim, 


Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada ‘Aisyah r.a dia berkata:


 ...وَكَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ فِيهِنَّ الْوِتْرُ


وَكَانَ يُصَلِّي لَيْلاً طَوِيلاً قَائِمًا وَلَيْلاً طَوِيلاً قَاعِدًا


 

وَكَانَ إِذَا قَرَأَ وَهُوَ قَائِمٌ رَكَعَ وَسَجَدَ


 

وَهُوَ قَائِمٌ وَإِذَا قَرَأَ قَاعِدًا رَكَعَ وَسَجَدَ وَهُوَ قَاعِدٌ... 


Maksudnya:


baginda mengerjakan solat malam sebanyak sembilan rakaat, termasuk di dalamnya solat Witir. Pada suatu malam baginda mengerjakannya lama sekali sambil berdiri dan pada malam yang lain baginda pernah mengerjakannya begitu lama dalam keadaan duduk. Jika baginda membaca al-Fatihah dan surahnya sambil berdiri, baginda rukuk dan sujud sambil berdiri pula; dan jika baginda membaca al-Fatihah dan surahnya sambil duduk, baginda rukuk dan sujud sambil duduk pula… 


Hadis riwayat Imam Muslim 


Boleh beramal tak dgn hadis ni ustaz?


Jawapan:


Waalaikumussalam wbt.


Ya benar.


1- Solat sunat boleh dilakukan dalam keadaan duduk tanpa uzur. Akan tetapi pahala solat itu akan berkurangan berbanding solat secara sempurna.


2- Untuk solat fardhu wajib berdiri jika mampu, kerana ia rukun solat. Boleh solat duduk apabila tidak mampu berdiri.


Wallahua'lam.



Monday, 1 March 2021

tanpa syarat



الشمس لا تنتظر استيقاظك لتمنككالنور. ولا الزهر ينتظر اقترابك ليمنحك العطر. كن مثلهما، بادر الخير ولا تنتظر المقابل.


"Mentari tak menunggu bangunnya dirimu untuk memberikanmu cahaya. Demikian juga bunga tak menanti engkau menghampiri untuk memberi harumnya aroma.


Jadilah seperti keduanya. Yang selalu berbuat baik tanpa perlu syarat harus diterima."



Saturday, 27 February 2021

rindu yg tidak berpenghujung

 ..ku pasti kini tiada lagi deringan panggilan dari abah ..sering abah bertanya kabar..

pastinya aku akan sentiasa rindu sapaan abah..

“apa kabar menantu Abah..?” ..”tipah sihat? abg sihat? angah sihat..aiman kat mana?..

Layananmu padaku seperti anak, itu juga yg sering abah lafazkan..tiada beza

..

Abah, bukan shj ayah tetapi seperti rakan dan sahabat..berilah apa shj topik, abah akan melayan bicaraku..isu semasa dan politik kegemaran abah..seringkali d saat aku kesedihan menerima panggilan dari abah..abah spt memahami rasa hatiku, sering Abah memberi nasihat motivasi diri..setiap kali juga abah mengungkap dia amat berbangga dgn aku sbg menantunya..sedangkan aku tiada apa yg dibanggakan..abah juga amat berharap anakandanya yg sorang berjaya sbg graduan ijazah tertinggi itu..kalau boleh abah mahu cucu2nya juga begitu..itulah harapan yg selalu abah bisikkan padaku..bagi abah insan2 yg belajar tinggi perlu dihargai..terima kasih abah 


Abah, walau tidak lama aku bersamamu, namun amat ku syukuri dikurniakan seorang abah yg amat menyayangi dan mengambil berat aku dan anak2 walau bukan darah dagingmu..


Abah, maafkan aku kerana tidak mampu tinggal lama menemani kekasih hatimu..tiap sudut ruang rumah itu mengingatkan Aku pada mu..air mata mengalir laju..sungguh, aku lemah aku sunyi..tiada siapa untuk aku luah rasa ini..berteleku aku di sudut bilik atas..menangisi pemergianmu..


Abah,..

Perjalanan yg jauh, hanya diberi kesempatan menatap wajah suci abah buat beberapa ketika sahaja..untuk terakhirnya kukucup pipi dan dahi abah, ku seka air mata agar tidak tumpah..ku bisik kpd abah..abah tenang ya, lantas doaku..ya Allah Engkau ampuni abah dan tempatkan abah dalam kalangan para auliya..InshaAllah aku juga akan ke sana


Abah..,

Sampai saat ini, adakalanya sukar untuk menerima hakikat abah telah meninggalkan kami. Perginya yang tak mungkin akan kembali. Yang mampu aku tatapi hanyalah foto-foto..


Abah,

Perkhabaran pemergianmu melalui panggilan pada jam 1.30 pagi merupakan suatu kejutan yang tak mampu dihadam oleh minda ketika itu. Tak mampu berfikir apa tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan walaupun sebenarnya pakaian perlu dikemas untuk segera pulang. 


Hembusan nafas terakhir abah di rumah yang dibina hasil titik peluh abah dan mama. Rumah tempat anak2 abah membesar dengan didikan mama abah. Rumah yang dipenuhi dengan kasih sayang mama dan abah. 


Kali terakhir kubertemu abah ialah pada September yg lalu selepas dibenarkan merentas negeri..walau tidak kerap menziarahi Abah dan mama, namun Allah swt yg tahu betapa aku rindu kalian..


Abah..tenanglah abah di 'sana'. anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah..Terima kasih atas segala kasih sayang abah kepada aku dan anak-anak. Kami akan sentiasa merindui Abah..


Abah..maafkan atas segala kekurangan dan kekhilafan anakmu ini..


al Fatihah untuk abah Hj Mohd Noor yang amat kusayangi dan kasihi..Moga abah ditempatkan bersama soliheen di jannah.


اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأدخله الجنة


***


Catatan ini bukan bermaksud diri ini tidak dapat menerima ketentuanmu,Ilahi.

Hanya sekadar menzahirkan rasa hati yang merindui abah...


Latifah, redakanlah pemergian ini..

😭😭❤️

Friday, 19 February 2021

Kenali muhadith

 Al-Jami' al-Saghir merupakan antara karya terakhir yang ditulis oleh Imam al-Suyuti. Sebagaimana maklumat yang tercatat dalam gambar, penulisan karya ini ditamatkan pada 907H dan Imam al-Suyuti meninggal dunia pada tahun 911H. 


Karya ini merupakan ringkasan daripada karya beliau yang lebih besar iaitu al-Jami' al-Kabir a.k.a Jam' al-Jawami'. Namun, didapati ada juga hadith yang terdapat dalam al-Jami' al-Saghir tidak terdapat dalam al-Jami' al-Kabir. Gabungan kedua-dua karya ini menjadi satu ensiklopedia hadith terbesar yang belum pernah ada sebelum era Imam al-Suyuti. Justeru itu, idea penulisan karya ini dipuji ulama semisal Syeikh Muhammad Sayyid al-Tantawi dan Syeikh 'Abd al-Halim Mahmud, mantan Syeikh al-Azhar. 


Walau bagaimanapun, karya al-Jami' al-Saghir ini tidak terlepas daripada mendapat kritikan daripada ulama yang datang selepasnya kerana Imam al-Suyuti dilihat tidak memenuhi syarat yang beliau tetapkan sendiri dalam mukadimah karya ini. Justeru itu, beliau dikritik sebagai bersikap tasahul dalam menilai status bagi sesebuah hadith. 


Antara yang mengkritik ialah Syeikh Ahmad al-Ghumari. Justeru, beliau menulis sebuah karya berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah  fi al-Jami‘ al-Saghir. Walau bagimanapun, ada juga berpandangan bahawa Imam al-Suyuti mempunyai manhaj lain yang berbeza daripada apa yang digunakan oleh para ulama. Allah lebih mengetahui.


Apa yang nak disampaikan di sini, kita tidak tahu bilakah tarikh kematian kita. Justeru itu, berusahalah semampu mungkin untuk mengisi setiap detik dalam kehidupan dengan melakukan kebaktian dalam segenap lapangan yang kita mampu.