Monday, 26 February 2018

Ghutah


Umat Islam dikejutkan lagi dengan gegaran bumi Ghutah di Syria yang dibom serta dibedil dengan dahsyat oleh pihak rejim Basyar Asad dan sekutunya!

Betapa banyak nyawa yang telah melayang.
Betapa banyak kediaman yang telah hancur musnah.
Betapa ramai anak-anak yang telah menjadi yatim-piatu, isteri-isteri yang telah menjadi balu, ibu-ayah yang sedih lagi pilu.

Namun dunia terus mendiamkan diri, seolah ia sekadar mercun dan bunga api yang dimainkan di malam-malam Aidilfitri.

Sedangkan bumi Ghutah sebuah bumi barakah yang pernah disebut oleh junjungan baginda SAW:

فُسْطَاطُ الْمُسْلِمِينَ يَوْمَ الْمَلْحَمَةِ: الْغُوطَةُ، إِلَى جَانِبِ مَدِينَةٍ يُقَالُ لَهَا: دِمَشْقُ، مِن خَيْرِ مَدَائِن الشَام

"Benteng pertahanan muslimin saat terjadinya peperangan berada di Ghutah, di samping sebuah kota yang disebut Damsyik, kota terbaik di Syam" [riwayat Ahmad & Abu Dawud].

Begitu juga menerusi sabda baginda SAW:

سَيُفْتَحُ عَلَيْكُمْ الشَّامُ، وَإِنَّ بِهَا مَكَانًا يُقَالُ لَهُ: الْغُوطَةُ، يَعْنِي دِمَشْقَ، مِنْ خَيْرِ مَنَازِلِ الْمُسْلِمِينَ، يَعْنِي فِي الْمَلَاحِمِ

"Akan dibuka pada kalian Syam, yang berada padanya sebuah tempat yang disebut Ghutah, iaitu Damsyik yang merupakan sebaik tempat kediaman muslimin ketika hari peperangan" [riwayat Ahmad].

Saya menyeru sahabat-sahabat semua dan semua umat Islam yang telah mengetahui akan khabar ini untuk berdoa kepada Allah supaya diringankan keperitan serta musibah mereka.
Bantulah saudara seagama kita nun jauh di sana walaupun dengan secebis doa yang sangat bermakna.

Hanya Allah sebaik-baik pelindung bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

No comments: