Saturday, 10 February 2018

..rainy day

Aku terlupa pada DIA yg amat memahami
Aku terlupa pada DIA yg amat mengasihi
Aku terlupa pada DIA yg amat mengerti
Aku terlupa pada DIA yg amat mendengar
DIA yg sentiasa berada di sisi
DIA yg sentiasa merindui titipan doa
DIA yg sentiasa menenangkan jiwa
..DIA sering berpesan serahkan KEPADANYA segala urusan ...bukan pada insan sekeliling mahupun insan terdekat kerana mereka hanyalah seperti diriku jua..

...bila airmata tidak mampu ditakung.. laju mengalir membasahi. .bila luahan mohon dimengerti... namun sukar sekali utk difahami..hanya kerana ingin berkongsi. . namun, disimbahi dan dihukumi diri ini tiada punyai kesabaran. ...
..Benar sekali,
sabarku limit tidak meninggi..
    tidak sekali ini ..kerana sudah kesekian kali kumeminta meleraikan kekusutan diri... .tapi ia bagaikan hembusan angin dingin . .menyapa seketika dan berlalu pergi..
Benar,
ujian ini dari DIA
...tidak sekali aku menyalahkan sesiapa kerana semuanya adalah kekhilafanku..mengkoreksi diri atas segala kesilapan..
...
Dengan izinNya
..aku kembali mengingati sabda baginda..mereka adalah anugerah DIA..mereka adalah amanah DIA buatku.. Moga menjadi asbab utk jannah yg dicita

...ampuniku atas 'kezaliman diri'
...ampuniku atas 'kemudaratan diri'

..
ربنا حبلنا من ازواجنا و زريتنا قرة اءعين وجعلنا للمتقين إماما


No comments: