Wednesday, 4 April 2018

hari yang berbaki..

Melihat wajah2 yg suatu ketika dulu pernah bersama di alam persekolahan, universiti mahupun pekerjaan dan ketika cuti2 berkelana di bumi Tuhan...sungguh meleraikan sedikit rasa rindu ini. ..

Walaupun dalam samar2 memoriku agak letih utk mengingati semula wajah2 dahulu. Masing2 sudah berubah penampilannya. Hingga terkdg terfikir benarkah ini anak didikku yg pernah aku ajari dahulu? Yg kini sudah berkeluarga anak satu dan dua...? Benarkah itu anak2 yg suatu ketika dulu melambai tgn dan menangisi pemergianku?Dan ini pula benarkah dia kawanku 30 tahun dahulu? Ada yg sudah bermenantu atau bercucu...Dan mereka ini pula adalah guru2ku yg masih tersenyum dgn kasih mesranya?

Subhanallah...
Sempadan masa memang benar2 menjadikan aku pelupa.....Apapun meneroka ruang sedikit yg ada ini membuka gambaran luas tentng kehidupan yang pelbagai. Teruskanlah dgn kehidupan masing2 walau di mana pun jua, walau dlm bidang apapun jua...asalkan atas landasan yg satu iaitu menuju redha Ilahi.
Kerana suatu ketika nanti....daku berharap kita akan dijemput Allah swt dan dibawa bersama2 bertemu di Jannatul Firdausi...yg kekal abadi...

No comments: